MERANTI dihatiku!

Lewat 4 Ogos yang lalu.... saya dan kawan2 lama sempat iftar bersama! Hari sabtu yang sangat indah. Terasa lama sungguh tidak bersua dengan kawan2 seperjuangan di Kolej Meranti UiTM. Yang penting juga, saya adalah mantan Yang Dipertua Perwakilan Kolej, dan antara wakil pelajar yang sangat lama! hehe! Masa yang berlari dengan pantas telah mendewasakan kami, ada yang sudah berumah tangga, punyai anak dan kerjaya yang bagus.

Sungguh hebat perancangan Allah buat saya dan rakan-rakan. Walaupun tidak ramai yang dapat berkumpul tetapi ia cukup meriah untuk kami berkongsi cerita dan gosip terkini. Hahah, gosip2 lama pun dibongkar jua...kami manfaatkan masa yang singkat itu dengan sebaiknya! Semoga ALLAH mempertemukan kami lagi. InsyaAllah... 

Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz