Owwh Julai!
Sebenarnya, saya mengharapkan Julai ini dilalui dengan baik-baik sahaja. Walaupun minggu pertama Julai turut dilalui dengan tekanan yang agak hebat. Saya tetap kuat menempuhnya. Bertabahlah wahai hati! Sungguh lega apabila saya berjaya melunaskan program yang agak besar tahun ni iaitu Pertandingan Koir Selangor Shines Edisi Kebangsaan pada 7 Julai yang lalu.. syukur Ya Allah!
Menghadiri konsert Dir oleh Koir Kebangsaan memberi aura kepada saya. Rasa bersemangat melihat kegigihan yang ditampilkan dalam persembahan tersebut! Gabungan pelbagai jenis suara amat mengujakan. Tahniah untuk produksi tersebut!
Comments