Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!


Semalam saya berkesempatan menonton filem muzikal Hoore Hoore. Sedikit mengenai sinopsis filem ini. Ia mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan popular. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu. 


Komentar saya!

Berlatarkan keindahan Janda Baik, filem ini memukau mata memandang dengan permainan sinematografi yang baik. Filem ini sarat dengan falsafah kehidupan yang sangat baik. Bahasanya sangat puitis. Penerapan nilai kekeluargaan sangat bagus. Keharmonian dan kerukunan masyarakat juga ditampilkan dalam naskah ini.

Ia adalah sesuatu yang luar biasa apabila ia diarahkan oleh sutradara Cina tetapi bercirikan Melayu! Ia nampak hebat dan sangat hemah. Saya juga memuji dengan penulis skrip yang nampak begitu prolifik. Banyak pengajaran dari filem ini. Anda rugi kalau tidak menontonya! Tidak keterlaluan saya katakan ia antara filem Malaysia yang dalam senarai yang bagus bagi tahun 2012 selepas Bunohan! A untuk Hoore Hoore!


Comments

Popular posts from this blog

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz