Semalam saya berkesempatan menonton filem muzikal Hoore Hoore. Sedikit mengenai sinopsis filem ini. Ia mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan popular. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pert...
Pelantun lagu Cindai sememangnya seorang figura yang hebat! Awal minggu ini beliau berdiri dengan penuh anggun untuk mempromosikan Set Istimewa Vantage di GoShop dan berjaya menjual 22,000 set! Fuyoo Datuk Seri Siti Nurhaliza!!!! Tepukkkkkk Difahamkan 1 set berharga RM369.00 dan jumlah keseluruhan (laku keras) ialah 8.1 juta! Saya yakin sehingga hari ini masih laku keras!Januari yang sangat "awesome" dalam keadaan ekonomi yang kurang menentu. Rakyat Malaysia terutama kaum wan ita masih mempunyai kuasa membeli yang sangat hebat! Aura Datuk Seri Siti Nurhaliza cukup gah. Beliau seolah-olah membina "city" yang mempunyai jelatanya sendiri. Sebenarnya, setiap antara kita mempunyai aura sendiri. Kita juga boleh hebat dan berjaya! Tak perlu membandingkan kita dengan "CT". Beliau kalau menjual sambal belacan pun mesti berjuta-juta juga! Apa yang kita boleh lakukan ialah menggali peluang, mencipta peluang, memperbaiki diri, menerokai potensi, perlu bertindak...
Malaysia hari ini telah dikejutkan dengan berita perletakkan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa serta merta. Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz melalui kenyataan media Istana Negara hari ini. Dalam kenyataan itu, turut dinyatakan bahawa baginda berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan. Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016. Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan ketua negara menggunakan sistem penggiliran yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sultan Muhammad V bercuti sejak Nov lalu dan Timbalan Yang...
Comments