Posts

Lamanya tak berblog!!!

Aduyai sangat lama x berblog! Mungkin saya lebih suka untuk bermuka buku?? sebenarnya faktor masa. Ada hal-hal yang boleh kita kongsi dengan orang, dan ada hal-hal yang harus kita tutup kejap dan menjadi rahsia diri. Berblog kadang-kadang memugar paradigma, dan kadang2 tiada apa yang hendak dikata. Kosong, kelu dan "kejong", menggunakan bahasa Kelatan. Untuk tatapan, saya tinggalkan kata2 ini.... "Hidup kita biarlah bertujuan..."

Today My Birthday!!!

Image
9 August - Thursday Today is my birthday..... "The thing about turning the "number" is that you are looking your life right in the eye. Fahmee.. you are still young, but you are too old to kid yourself. It is when you know what you have made of your life"... There were things I would have liked more of, and things I would have like less of. More money. Less weight. More buddies. Fewer strangers. More hair. Less work...Hahaha... Can I? Anyhow, thank you very2 much for those wished me my birthday. Through my life, my mum had done so many things to me! I loved you so much bonda! To my buddies… thank you very2 much because always in my side either happy or sadness… to “dia”..tq very2 much and do trust me that I appreciated you.. Dear Allah...Thank you Allah for everything you gave me, for everything you didn’t give me, for everything you protected me from that which I know and that which I’m not even aware of, thank you for blessings that I didn’...

MERANTI dihatiku!

Image
Lewat 4 Ogos yang lalu.... saya dan kawan2 lama sempat iftar bersama! Hari sabtu yang sangat indah. Terasa lama sungguh tidak bersua dengan kawan2 seperjuangan di Kolej Meranti UiTM. Yang penting juga, saya adalah mantan Yang Dipertua Perwakilan Kolej, dan antara wakil pelajar yang sangat lama! hehe! Masa yang berlari dengan pantas telah mendewasakan kami, ada yang sudah berumah tangga, punyai anak dan kerjaya yang bagus. Sungguh hebat perancangan Allah buat saya dan rakan-rakan. Walaupun tidak ramai yang dapat berkumpul tetapi ia cukup meriah untuk kami berkongsi cerita dan gosip terkini. Hahah, gosip2 lama pun dibongkar jua...kami manfaatkan masa yang singkat itu dengan sebaiknya! Semoga ALLAH mempertemukan kami lagi. InsyaAllah... 

Dari tirai Ramadhan...

Image
Ramadhan datang lagi... terima kasih Allah kerana memberi kesempatan padaku untuk bertemu dengan bulan yang penuh kemulian. Terasa diri ini sangat kerdil.. sungguh kecil. Aku bersimpuh kepadamu agar aku dapat melalui Ramadhan ini dengan sebaiknya. Perkayakanlah nikmatmu kepada aku dan seluruh umat Islam. Hati berlapang dada kerana hari pertama Ramadhan dapat dilalui bersama-sama dengan bonda tercinta. Walaupun bonda uzur, faktor diri dimamah alam, sedang pula menanggung ujian Tuhan dengan kesakitan yang membelenggu.. namun wajah tua bonda masih mampu mengukir senyum. Adanya bonda, saya makan dengan selera! Memanfaatkan cuti hampir seminggu di desa rasa amat mendamaikan. Kadang-kadang terkenang dengan masa lalu yang jauh ditinggalkan. Keadaan juga turut berubah. Cuma menjadi sedikit jengkel apabila harga makanan di sini agak mahal berbanding di Shah Alam sendiri..sesetengahnya, Shah Alam jauh lebih murah.. pada hemat saya, segelintir peniaga turut mengambil kesempatan. S...

Owwh Julai!

Image
Selamat datang Julai.. hal Mei dan Jun yang meresahkan saya cuba tinggal jauh-jauh. Lewat 1 Julai yang lalu, saya bersama rakan2 seperjuangan  semasa di UiTM ke Manjung Perak. Kami menghadiri majlis perkahwinan seorang teman lama iaitu Inspektor Hasryman. Lama sungguh x bersua! Hampir 5 tahun lebih! Shafiq aka Tedi, Afiq Luqman, Safwan, Walid, Reimy dan Nazrul yang turut hadir. Banyak perkara yang dibualkan.. dalam suasana yang matang dan penuh hemah, masih berselang seli gelak tawa. Is a such nice gathering! Alhamdulillah kami manfaatkan pertemuan pada hari itu dengan sebaik mungkin. Sebenarnya, saya mengharapkan Julai ini dilalui dengan baik-baik sahaja. Walaupun minggu pertama Julai turut dilalui dengan tekanan yang agak hebat. Saya tetap kuat menempuhnya. Bertabahlah wahai hati! Sungguh lega apabila saya berjaya melunaskan program yang agak besar tahun ni iaitu Pertandingan Koir Selangor Shines Edisi Kebangsaan pada  7 Julai yang lalu.. syukur Ya Allah! ...

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Image
Semalam saya berkesempatan menonton filem muzikal Hoore Hoore. Sedikit mengenai sinopsis filem ini. Ia mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan popular. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pert...

"MAHAKARYA SHAH ALAM"

Image