Posts

Belasungkawa Sosilawati Lawiya, Ahmad Kamil, Kamaruddin dan Noorhisham

Image
Daripada Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Seluruh jiwa-jiwa kecil rakyat Malaysia direntap dengan rasa pilu dek pembunuhan kejam dan sadis oleh "para binatang" terhadap empat umat Islam. Pembunuhan yang paling keji sifatnya itu tidak akan dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Pembalasan karma sedia menunggu "para binatang" tersebut. Semoga tertegak keadilan. Semoga roh-roh mangsa kekejaman pembunuhan itu diampuni dosa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.....

Sisipan Adilfitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitti. Ia tetap disambut dengan rasa sederhana. Bersyukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang tercinta... semoga dapat bersua lagi di Aidilfitri yang mendatang....

Katarsis...

" Ahlan Ya Ramadhan, Kau datang jua menemuiku yang kerdil ini. Semoga bertemu lagi hingga ke akhir hayatku nanti"... "Salam Ramadhan Al-Mubarak" 10 Ogos *Saya amat cemas apabila rakan sekerja Hj Arifin tidak sedarkan diri semasa perhimpunan pagi. Saya dan rakan-rakan lain bergegas ke DEMC. Rasa bersyukur semasa menjadi orang pertama dapat melawat dan bercakap dengan Haji Arifin dengan keadaan beliau semakin stabil. Semoga beliau terus diberi kesihatan yang baik. Amin. *Selamat Hari Jadi buat little bro Ahmad Afiq. Semoga kamu merintis jalan hidup yang baik dan terus mendapat kasih sayang Allah (S.W.T). "LEO RULES" *Saya menerima panggilan dari teman di Labuan, saudari Masdayana, teman lama yang sekarang ini tengah menuju kejayaan dalam hidup. Teruja apabila mendengar bingkisan kejayaan teman. Saya pun mempunyai impian yang sama!!! *Hati sangat gembira apabila 11 Ogos bersamaan Rabu disahkan hari berpuasa untuk umat Islam. Rasa girang lahir dari hati yang...

"Leo Rules"

Cepat sungguh masa berlari, saya bertemankan Ogos untuk terus menghirup udara keamanan. Berbekalkan keyakinan diri dan tujuan hidup yang sebenar saya harus bersemangat hingga akhir hayat. Semalam, 9 Ogos bertambahlah lagi usia saya, dengan penuh syukur saya memanjatkan rasa kerdilnya sebagai hamba kepada MAHA PENCIPTA di atas peluang dan kesempatan untuk terus merasai nikmat dan peritnya dunia. DIA MAHA SEGALANYA!!! Saya lemparkan senyuman saya untuk dunia, saya yakin jiwa akan terus muda. Saya juga ingin dedikasikan rasa terima kasih buat bonda tercinta. Bonda tiada galang ganti walau dengan nyawa sendiri. Saya suka ringkaskan hidup ini, tidak mahu ia menjadi rumit dan melankolik. Apabila hidup penuh dengan krisis pasti ia akan menjeratkan diri dengan konflik. Sebagai manusia, kita harus akur dengan catitan dan kamus hidup yang sememangnya telah tertulis sejak azali. Tidak salah menjadi yang terbaik dan menjadi manusia yang luar biasa. Setiap orang punyai impian, tak khilaf untuk berm...

Dari Jendela Surabaya....

Saya memanjatkan syukur pada yang Esa kerana program Lintas Budaya di Surabaya telah lunas dengan penuh bermakna. Delagasi Shah Alam seramai 22 orang telah selamat pulang ke Shah Alam pada 25 Julai 2010. Lewat berada di sana kumpulan kami telah membuat dua kali persembahan iaitu di BG Junction Mall bermula jam 4.00 petang waktu Surabaya 23 Julai 2010 dan persembahan kedua bermula jam 8.00 malam waktu Surabaya 24 Julai 2010 di Taman Surya, Balai Kota Surabaya. Sepanjang di sana, saya sangat teruja kerana dapat mengenali Kota Surabaya secara dekat. Kota yang sangat bingit dan penduduknya yang padat membuat saya sedikit kekok namun saya adalah jenis orang yang cepat menyesuaikan diri. Kami menginap di Hotel Singgasana yang terletak di luar Kota Surabaya. Pilihan yang sangat baik, nyaman dan sangat selesa. Saya amat cerewet mengenai makanan, teman-teman saya maklum mengenai perihal itu. Di Surabaya saya nampaknya “melantak” apa yang ada tanpa banyak soal. Uhh sedap banget foods dia.. pa...

Shopping is really gud therapy...

Pagi-pagi lagi saya ke Taman Tasik Shah Alam bagi menjayakan program gerakan membaca perdana yang turut disertai lebih 14000 rakyat negeri Selangor, sungguh ramai. Kesesakkan pun agak luar biasa. Walaupun matahari mula menerik, orang ramai tetap setia di Taman Tasik Shah Alam. Saya juga sempat menghabiskan 3 majalah ilmu tika itu. Saya beransur meninggalkan majlis kerana agenda Sabtu akan diteruskan dengan shopping. Agak sukar mendapat parking di Sunway, nasib baik di level 7 tanpa bumbung masih ada ruang. Uhh.. singgah di restoren ayam penyek bagi menu tengahari, saya teruskan "jalan-jalan" cari barang.. bez sangat apabila sales masih belum tamat. Sangat benar shopping is really gud therapy .... rasa sangat puas, barang yang dibeli berkualiti, dan sekali-sekala tidak salah untuk berhabis untuk diri sendiri. Dengan berberlanja hampir 1.4k saya bersyukur mendapat barang-barang yang saya inginkan... beshhh!!!

Indahnya Jumaat 25 Jun...

Saya amat menyukai Jumaat! kalau di tempat kelahiran sendiri Jumaat adalah hari cuti. Jumaat adalah waktu yang singkat. Lewat 25 jun, pagi Jumaat saya dan Puspa ke Masjid Biru Shah Alam bagi menjayakan program Selangor Fam Trip 2010. Kami tidak dapat menyertai keseluruhan program yang berlangsung pada 25-29 Jun dek banyak kerja dan mesyuarat yang perlu dilunaskan. Untuk itu, saya dan Puspa hanya menjadi LO prgram yang berlangsung di Bandaraya Shah Alam sahaja. Perjalanan pagi diteruskan ke Denai Alam iaitu kawasan produk pelancongan baru. Ternyata ada ketenangan di situ. Angin sepoi bahasa dan persekitaran sedap mata memandang. Saya sempat bersarapan dengan Pengrus DARC, Mr Teo dan PR person Zharif (insan istimewa yang kaliber). Habis kemeja saya kotor kerana didera oleh "Red Indian" yang ada disitu. Terpercik peluh kerana "Red Indian" memang berniat mendera saya di depan umum... dan buat pertama kali juga dalam hidup, saya menunggang kuda. Sungguh teruja!! Perjal...