Posts

Malam Puisi Riong-Shah Alam lunas akhirnya....

Hujan lewat petang 30 April pada mulanya amat menggusarkan jiwa. Angin petang yang bertiup kencang membuatkan saya sedikit tidak senang duduk. Alhamdulillah tika senja mula melabuh, hujan seakan-akan faham bahawa “Wasilah Cinta Pencipta & Manusia” bakal bermula. Jika dua minggu sudah saya amat sibuk untuk meguruskan hal-hal “hitam putih” dan pengesahan persembahan bagi Malam Puisi Riong-Shah Alam. Akhirnya tarikh 30 April muncul jua. Sedaya upaya saya menggalas tangunggjawab sebagai Pengarah Projek bagi program tersebut dengan sokongan semua pihak. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk turut beraksi pada malam tersebut bersama Kumpulan Kesenian MBSA dengan membawakan persembahan yang bertajuk “Kerdil Jiwa Hamba”. Kehadiran peminat puisi pada malam itu adalah amat membanggakan kerana lebih dari 1000 orang yang membanjiri Laman Budaya. Para pengunjung terlebih dahulu dihidangkan dengan persembahan video pendek “Sujud” dan dokumentari. Membuka tirai puisi pada malam tersebut ialah...

Malam Puisi Riong-Shah Alam,Selangor

Image

Jalan2 di Melaka...

Jumaat yang indah.. Jumaat dilalui dengan menikmati pemandangan di kota bersejarah, Melaka bersama dengan para media. Menikmati ikan bakar, ikan 3 rasa, sotong goreng tepung, udang, ketam, lala dan macam-macam lagi lauk pauk amat menyelerakan. Kerana Umbai, saya ketepikan untuk seketika nasihat Doktor Pakar. Tidak keterlaluan kalau saya katakan Umbai, adalah dertinasi yang harus dikunjungi jika singgah di Melaka. Saya dan kawan-kawan meneruskan perjalanan ke Bandar Hilir bila malam mula menyinggah. Buat pertama kali saya menikmati suasana malam yang sungguh mengujakan di atas  boat sambil mengelilingi bandar pelancongan Melaka. Terasa menyelusuri kota Venice walaupun diri tidak pernah pun menyinggah ke sana. Sambil menikmati muzik malam, saya sempat menikmati aiskrim Nestle sebagai desert malam sebelum pulang ke Shah Alam. Walaupun badan terasa penat, tetapi ia sungguh menyeronokkan.. minda juga terasa lapang seketika.

Gamat yang "menggamatkan"

Image
Khamis lalu, saya sempat menonton teater muzikal gamat. Saya teruja apabila tiket untuk menonton di sponsor. Lebih terharu saya menerima 4 tiket untuk menonton teater muzikal ini. Pada mulanya saya turut mengundang beberapa teman, namun akibat hal-hal tertentu ada yang membatalkan di saat-saat akhir. Saya bersama kawan baik Zk tetap teruja untuk ke MaTiC. Walaupun jalan agak jam, Zk agak arif selok belok KL. Terima kasih juga kepada Pak Guard yang membenarkan kami parking di Zon Larangan, sebab parking telah full. Saya terserempak dengan personaliti Wardina yang turut beratur membeli tiket bagi keluarga beliau. Memandangkan saya masih mempunyai 2 lagi tiket extra , saya tidak teragak-agak memberinya kepada Wardina. Berkali-kali beliau mengucapkan terima kasih dan ingin membayarnya. Saya katakan ini untuk anak-anak Wardina. Terukir rasa terharu di wajah mulus wanita santun Malaysia. Mengenai teater Gamat, saya tidak ingin mengulas mengenai naskah ini dan estitikanya dari sudut...

Trauma!

Hampir sebulan saya tidak menulis, hampir dua bulan juga saya terpaksa berulang alik ke Hospital kerana kurang sihat. Saya tabah untuk menghadapi itu semua. Walaupun " treatment" pada minggu lepas amat menyakitkan, saya akur agar saya pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Kesihatan tidak boleh diperdagangkan! saya akan menjadi lebih berhati-hati dan menjaga pemakanan di samping menjadi pendengar yang baik bagi arahan doktor. Apa-apa pun saya masih trauma dengan rawatan yang lalu. Walaupun kesihatan yang tidak mengizinkan, saya tetap bersemangat dengan rutin "events" di LBSA. Sabtu lepas juga saya sempat mengurangkan ketengangan minda dengan menonton "Alice in the Wonderland" bersama salah seorang kawan baik saya. Agak terhibur dan saya memang menyukai cerita fantasi. Semoga saya terus merintis jalan hidup ini dengan baik. Semoga kesihatan saya baik-baik sahaja dan saya tahu Allah itu Maha mendengar. Semoga Allah melimpahkan r...

Percy Jackson and the Olympians - The Lightning Thief

Image
Last night, I spent my time with my friend to watch Percy Jackson in Bukit Raja. The Movie starts at 11.55pm. Huhu, I'm still smiling. The movie certainly brought back pure fun and magic into the cinema going experience. Part of the fun is to see how other notable names in the casting list get to play up their gods and demon status. Uma Thurman stars as Medusa, spruced up by special effects snakes adorned on her head, which at certain points looked quite CG-ed for its own good. Hahahaha… gud job Medusa! Anyway, for people out there I’m suggesting all of you to see it on the big screen, the bigger the better. The movie was absolutely fun to watch! I give Percy Jackson and the Olympians - The Lightning Thief  9 out of 10! Synopsis...... It's the 21st century, but the gods of Mount Olympus and assorted monsters have walked out of the pages of high school student Percy Jackson's Greek mythology texts and into his life. And they're not happy: Zeus' lightning bolt has...

Persahabatan adalah cinta yang tidak bersayap....

Persahabatan itu adalah "cinta yang tidak bersayap". Sahabat atau teman adalah definisi diberikan untuk orang yang boleh berkongsi jiwa dan rasa. Sebuah persahabatan yang ikhlas lahir dari dan ia tidak akan pergi. Mencari rakan, kawan mahupun kenalan adalah amat senang. Tetapi percayalah mencari sebuah persahabatan itu adalah sukar dan sulit ditemui. Rasulullah (S.A.W) pernah bersabda yang bererti : "Seseorang itu akan mengikuti agama sahabatnya, oleh kerana itu, setiap orang dari kamu sekalian hendaknya memperhatikan siapa yang ia jadikan sebagai teman (Hadith riwayat At Tirmidzi, Abu Daud dan Ahmad) Saya bersyukur kepada Alah (S.W.T) kerana diberi peluang dan dianugerahkan sahabat yang terindah dalam hidup. Saya berjanji pada hati untuk menjaga persahabatan ini sehingga ke akhirnya. Tiada manusia yang sempurna, dan kita tidak perlu menjadi terlalu sempurna, kita manusia biasa tetapi kita harus berusaha untuk memperbaiki kelemahan kita supaya menjadi lebih baik. Say...