Posts

Owwh Julai!

Image
Selamat datang Julai.. hal Mei dan Jun yang meresahkan saya cuba tinggal jauh-jauh. Lewat 1 Julai yang lalu, saya bersama rakan2 seperjuangan  semasa di UiTM ke Manjung Perak. Kami menghadiri majlis perkahwinan seorang teman lama iaitu Inspektor Hasryman. Lama sungguh x bersua! Hampir 5 tahun lebih! Shafiq aka Tedi, Afiq Luqman, Safwan, Walid, Reimy dan Nazrul yang turut hadir. Banyak perkara yang dibualkan.. dalam suasana yang matang dan penuh hemah, masih berselang seli gelak tawa. Is a such nice gathering! Alhamdulillah kami manfaatkan pertemuan pada hari itu dengan sebaik mungkin. Sebenarnya, saya mengharapkan Julai ini dilalui dengan baik-baik sahaja. Walaupun minggu pertama Julai turut dilalui dengan tekanan yang agak hebat. Saya tetap kuat menempuhnya. Bertabahlah wahai hati! Sungguh lega apabila saya berjaya melunaskan program yang agak besar tahun ni iaitu Pertandingan Koir Selangor Shines Edisi Kebangsaan pada  7 Julai yang lalu.. syukur Ya Allah! ...

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Image
Semalam saya berkesempatan menonton filem muzikal Hoore Hoore. Sedikit mengenai sinopsis filem ini. Ia mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan popular. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pert...

"MAHAKARYA SHAH ALAM"

Image

Filem Chowkit yang merimaskan!

Image
    Sinopsis Chow Kit Chow Kit mengisahkan sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi apabila Tika dirogol, mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian jikalau tidak, banyak lagi nyawa yang akan terkorban. Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu tugasan terakhir. Tetapi apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara, dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan jikalau tidak, kebebasan yang baru dikecapi akan hilang begitu sahaja. Komentar saya! Sebenarnya saya telah mengikhlaskan hati untuk menjadi penonton yang baik pada filem Chow Kit. Berdasarkan tajuk, kebanyakan warga tau mengenai kawasan yang bernama Chow Kit itu. Teknik perceritaan nya awalnya nampak bagus tetap diolah dengan beberapa ha...

Hey APRIL!!!

Hye April! ada suka dan duka.... sebuah kehidupan ada turun dan naik. Sedang tawa dan ria datang untuk merapati datang pula duka yang menyergap jiwa.

Fraser Hill...

Image
Hye, lama tak menulis... Semoga yang baik-baik saja untuk kita. Uhh, 3 hari 2 malam di Fraser Hill sesuatu yang bagus untuk merehatkan diri sambil melunaskan tanggungjawab kerja. Im stay at Shahzan Inn..umm just ordinary hotel but still ok.. Kabus yang sejuk, angin yang dingin memang mengujakan tapi saya tak sanggup untuk tinggal lebih lama haha sebabnya kat sana banyak juga makhluk-makhluk yang menggangu... Agak menakutkan dengan gangguan aneh tapi saya usir dengan kalimah ALLAH...

Singapore....

Image
Berpeluang menikmati keindahan Singapore dan UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE sangat mengujakan! pembukaan 2012 yang sangat baik saya kira :)