Posts

Showing posts from June, 2010

Shopping is really gud therapy...

Pagi-pagi lagi saya ke Taman Tasik Shah Alam bagi menjayakan program gerakan membaca perdana yang turut disertai lebih 14000 rakyat negeri Selangor, sungguh ramai. Kesesakkan pun agak luar biasa. Walaupun matahari mula menerik, orang ramai tetap setia di Taman Tasik Shah Alam. Saya juga sempat menghabiskan 3 majalah ilmu tika itu. Saya beransur meninggalkan majlis kerana agenda Sabtu akan diteruskan dengan shopping. Agak sukar mendapat parking di Sunway, nasib baik di level 7 tanpa bumbung masih ada ruang. Uhh.. singgah di restoren ayam penyek bagi menu tengahari, saya teruskan "jalan-jalan" cari barang.. bez sangat apabila sales masih belum tamat. Sangat benar shopping is really gud therapy .... rasa sangat puas, barang yang dibeli berkualiti, dan sekali-sekala tidak salah untuk berhabis untuk diri sendiri. Dengan berberlanja hampir 1.4k saya bersyukur mendapat barang-barang yang saya inginkan... beshhh!!!

Indahnya Jumaat 25 Jun...

Saya amat menyukai Jumaat! kalau di tempat kelahiran sendiri Jumaat adalah hari cuti. Jumaat adalah waktu yang singkat. Lewat 25 jun, pagi Jumaat saya dan Puspa ke Masjid Biru Shah Alam bagi menjayakan program Selangor Fam Trip 2010. Kami tidak dapat menyertai keseluruhan program yang berlangsung pada 25-29 Jun dek banyak kerja dan mesyuarat yang perlu dilunaskan. Untuk itu, saya dan Puspa hanya menjadi LO prgram yang berlangsung di Bandaraya Shah Alam sahaja. Perjalanan pagi diteruskan ke Denai Alam iaitu kawasan produk pelancongan baru. Ternyata ada ketenangan di situ. Angin sepoi bahasa dan persekitaran sedap mata memandang. Saya sempat bersarapan dengan Pengrus DARC, Mr Teo dan PR person Zharif (insan istimewa yang kaliber). Habis kemeja saya kotor kerana didera oleh "Red Indian" yang ada disitu. Terpercik peluh kerana "Red Indian" memang berniat mendera saya di depan umum... dan buat pertama kali juga dalam hidup, saya menunggang kuda. Sungguh teruja!! Perjal...

Catatan istimewa buat Ikin

Saya dedikasikan catatan ini untuk sahabat saya Ikin... mengenali Ikin di UiTM lewat pengajian di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, kami merupakan graduan Perhubungan Awam. Ikin seorang sahabat bercita-cita tinggi dan selalu berkeyakinan. Sifat perempuan yang saya suka, mandiri dan profesional.. ada pada Ikin. Saya turut mengenali papa dan mama Ikin, ternyata mereka sangat baik. Ikin anak En Ahmad Nor! haha.. Pantas masa berlalu, menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda lewat 2006। Haluan dan jalan hidup mesti diteruskan. Saya amat kagum dengan sikap Ikin, saat hatinya pernah remuk redam dia masih boleh tersenyum melawan rawan! Saya tahu bertapa kental hati wanita sepertinya menanggung derita jiwa! chaiiyokk my bff!!! masih teringat saat kitaorang planning sama-sama nak further master di Australia or New Zealand... itu sorotan cerita dua tahun lepas. Sabtu - 12 Jun Selamat Hari Jadi Ikin dan Selamat Pengantin Baru Saat ini saya merasakan Ikin pasti rasa teramat bahagia.. ...

From : Author Unknown :

Take time to think. It is the source of power... Take time to read. It is the foundation of wisdom.. Take time to quiet. It is the opportunity to seek God... Take time to dream. It is the future made of... Take time to pray. It is the greatest power on earth...                                          (author unknown)

Belasungkawa Aminulrasyid…….

Image
Buat Bonda Norsiah (Sempena Hari Ibu) ... saya persembahkan karya ini sempena hari ibu yang lalu dan bingkisan dilontarkan di "Daerah Akar" hujung bulan lalu... Hujan petang di Shah Alam turut merasai kesedihan Air langit pun meratap sebuah kehilangan Berat kami memandang berat lagi derita jiwa Bonda Norsiah menanggungnya… Tiada sesiapapun yang boleh mentafsir akan peritnya sebuah perasaan Bersulam payah 9 bulan bonda menunggu dengan penuh sirna Putera Bonda Aminulrashid….. Daerah ini tahu…. Putera Bonda putera yang baik Anak yang taat, pelajar harapan Ramai yang tahu bonda…. Ramadhannya di Masjid Santun bongsunya penawar resah Bonda Dia adalah pewaris Negara Apakan daya……sempat menjengah sekadar 15 tahun usia Lazim hidup… Langit tidak ceria kalau tiada santun dan nakal Tapi nakal bersulam hemah Tertib tidak pernah disanggah Adat tetap dikejap kemas Bonda Norsiah… Andai kami mampu….. Kami akan tukarkan kebencian dengan sebuah kasih sayang Kami ...