Posts

Showing posts from August, 2009

Saya seorang Islam, Melayu, Malaysia dan MERDEKA

Image
Saya bersyukur dilahirkan sebagai Islam. Sebagai muslim saya wajib beriman kepada Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana menciptakan alam tanpa pertolongan. DIAlah KHALIK yang Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Justeru, saya haruslah sentiasa memperbaiki diri untuk mendapat keredhaan Tuhan dalam erti kata yang sebenar. Semoga saya terus diberi ketetapan hati sehingga saya dikafankan. Akan kuberi hati ini untuk Tuhan yang Maha Pencipta. Saya bangga menjadi anak Melayu Kelantan. Saya akan memastikan semangat Melayu yang kuat dan taat bersendikan adat, bertunjangkan agama akan terus mekar di dalam jiwa saya. Sebagai Melayu, saya memikul tanggungjawab yang besar iaitu untuk hidup serumpun dan harmoni, tanpa mengundang curiga. Sebagai Melayu wirawasta, saya berusaha untuk hidup berdikari selagi ada kudrat. Saya tidak boleh mengharapkan subsidi atau menunggu emas yang tidak akan jatuh dari langit. Saya tidak mahu bermimpi di siang hari. Saya perlu ber...

A Peaceful Ramadhan

Image
Alhamdulillah, thanks God caused giving me a chance to enjoy my life. Today is fourth day month of fasting. This is peaceful month.. Oh my God… My health also 90% recovery after I got a worse fever last 2 week. Time is flying, I faced again RAMADHAN… I hope my self will facing RAMADHAN until the end of life. Allah – the Most High – said: "The month of Ramadhan in which the Qur’an was revealed, a guidance for mankind and clear proofs for the guidance of the Criterion between right and wrong. So whosoever of you sights the crescent for the month of Ramadhan, he must fast that month." [Surah al-Baqarah 2:185] Allah’s Messenger, sallallahu `alayhi wa sallam, said: "Islam is built upon five: Testifying that none has the right to be worshipped except Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah, establishing the Prayer, giving the Zakat, performing Hajj to the House, and fasting in Ramadhan." He sallallahu `alayhi wa sallam said: "There has come to you Ra...

"Ahlan Ya Ramadhan"

Image
Ahlan Ya Ramadhan , kau datang jua menemuiku yang lemah ini. Semoga DIA terus mengizinkan lagi untuk terus bertemu hingga ke akhir hayatku. Untuk teman-teman, saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa. "Awwaluhu Rahmah, wa awsathuhu maghfirah wa aakhiruhu 'itqun minnar naar" - Permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhiraanya pelepasan api neraka.

Selamat Ulang Tahun FAHMEE :)

Image
TQ 4 all wished my bufday... Alhamdulillah, diri ini masih bernafas dan masih diberi kebebasan untuk menghirup udara sebaik-baiknya. Rasa seperti mati hidup semula apabila mengingatkan kejadian petang 7 Ogos lepas, kejadian yang hampir meragut nyawa. Syukur pada Khalik yang Esa. 9 Ogos , tarikh keramat, SELAMAT ULANG TAHUN untuk diri sendiri! semoga Khalik yang Esa terus menerus memberi rahmat dan petunjuk buat saya. Memberi kemurahan rezki, kealfiatan dan segala yang terbaik buat saya, bonda, ahli keluarga dan teman-teman tercinta. Walaupun saya terpaksa bekerja pada 9 Ogos bagi melunaskan tugas SME09, itu tidak mengapa. Saya lunaskan terlebih dahulu tanggungjawab yang tergalas untuk kemaslahatan bersama. Rasa sangat puas apabila kita berjaya menunaikan tanggungjawab dengan penuh komited dan iltizam. Terima kasih pada teman-teman yang mengingati tarikh keramat saya. Terima kasih jua kepada Mr Tan, Kak Nani 99 yang telah mengahantar sebiji kek Secret Recipe ke pejabat saya. R...

Sisipan SME 09

Image
Sekitar Pertandingan Marhaban&Berzanji Selagor 09 Yuna bezz! Rasa sangat puas, apabila SELANGOR SME 09 telah melabuhkan tirainya dengan penuh jaya. Melewati 9 hari berkampung dari 1-9 Ogos 09 dalam menggalas misi SELANGOR MUZIKAL EXTRAVAGANZA 09. Ia sememangnya membawakan festival seni yang unggul. Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai persembahan kebudayaan serta alunan muzik telah dipersembahkan merangkumi aspek budaya dan muzik masyarakat majmuk di Malaysia. Antaranya adalah, Pertandingan Pancaragam, Dram Halilintar, Persembahan Kebudayaan, Konsert Nasyid, Pertandingan Marhaban dan Berzanji, Festival Jalanan, Konsert 1 Heart Selangor, Permainan Tradisional, Sambutan Orang Asal Sedunia, Pertandingan Tarian, Persembahan Teater, Persembahan Puisi dan Lagu Indie, Persembahan Band, Twin Festival, Poco-poco, Pameran Kereta Mini Klasik, Pertandingan Patriotik Idol. Persembahan Akustik, Baca Naskah dan Konsert Penutup yang berlangsung semalam dengan menampilkan artis-artis sepe...

Cerita Nasi Kerabu...

Image
Nasi kerabu, sangat unik, ia digemari ramai, sedap di makan, makanan yang popular di Negeri Kelantan, Negeri Serambi Mekah. Nasi kerabu kadang-kadang nasinya warna biru, putih dan kuning. Ia dihidang bersama dengan ulam-ulaman, kelapa parut, budu adalah wajib, air lada dan kuah tumis. Kecur air liur… nak sedap??? kita letak telur asin, kepok keping, bawang jeruk, daging bakar, solok lada dan ikan celup tepung.. owhhh memang terangkat!!!! Itu cerita nasib kerabu.. saya sekadar memberi analogi tentang nasi kerabu dan rakyat Malaysia. Ini hanyalah sekadar pandangan peribadi yang tidak berpihak kepada mana-mana. Ohhh Malaysiaku, tanah tumpah darahku, negaraku yang aman,hakikatnya 60% daripada penduduknya adalah Melayu yang bertunjangkan Islam sebagai agama rasminya. Pelbagai kaum mewarnai bumi Malaysia, Cina, India dan lain-lain. Bumi Malaysia tidak pernah menghalang atau menyekat mengenai hak-hak yang lain, malah memberi peluang yang cukup meluas. Betapa cukup baik Malaysia dan penduduk a...