Posts

#pulang #filempulang

Lewat 5 Ogos yang lalu, saya sempat menonton filem Pulang arahan pengarah hebat Kabir Bhatia. Saya menonton tayangan filem tersebut jam 9.10 malam di TSR CINEMAX Shah Alam. Saya menonton berseorangan kerana kawan baik saya menolak ajakan saya walaupun saya ingin membayar tiketnya. Sungguh saya tidak tahu apa magis yang digunakan oleh Kabir Bhatia kerana saya hampir tidak pernah ketinggalan menonton filem arahannya di panggung semenjak 2006 lagi. Saya sempat menonton CINTA, SEPI, SETEM, NUR KASIH, SEMBUNYI (AZAZIL), BISIK PADA LANGIT dan kali ini PULANG. Barangkali saya juga terlepas menonton filem2 arahannya yang lain. (kurang pasti). Naskah PULANG diadun secara baik, pelakonnya juga hebat. Saya amat tertarik dengan sinematografinya. Latarnya menterjermahkan betapa indahnya ciptaan Tuhan. Menonton filem Pulang menjadikan jiwa saya runtun. Kadangkala terasa geram dengan beberapa persoalan namun akhirnya terjawab dan dirungkai satu persatu. Naskah ini hebat, ia adalah diinspirasikan dar...

Bebasnya Sang Rajawali

Setelah sekian lama terperangkap di jeriji besi. Saat muda berjuang, diri pernah diangkat dan dijulang. Dek dicemburui sang masa, lalu maruah diinjak-injak dan terbuang, luka lebam dan berdarah. Sesungguhnya, dengan izin Allah jua, mungkin harga sebuah perjuangan, maka saat menjengah madrasah Ramadan maka bebaslah "sang rajawali". Mungkin cerita ini akan tersebar dari generasi ke generasi. Moga terus terbang mengejar indahnya hujung pelangi. Kata mu, hidup dan perjuanganmu untuk ummah. Kata itu kota! Selamat kembali DSAI!!!

Tun Mahathir Negarawan terulung!

Sangat sebak!Saya menyeka air mata sebagai tanda syukur selepas Tun Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Malaysia yang ke 7. 

WANG YANG TIDAK DITUNTUT (WTD)!

Jumaat Sayyidul Ayyam! Memandangkan heboh pasal "WTD" (Wang Yang Tidak Dituntut) maka saya mencuba nasib semalam hihi. Saya ke kaunter Jabatan Akauntan Negara di Bangunan Affin Bank, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam. Tidak ramai yang berurusan di sana dan kakitangan mereka sangat cekap! Saya dipelawa duduk dan mereka sangat mesra pelanggan. Saya harus mengucapkan tahniah atas sikap dan amalan profesional Jabatan itu! Setelah memberi kad pengenalan untuk semakan, saya juga diberi penerangan jelas apa yang perlu saya buat seterusnya. Hehe, rupanya ada juga wang saya tidak dituntut. Lebih kurang dalam RM200++, hihi sudah memadai bagi saya untuk menikmati kfc, sepotong kek dan senaskah buku baru bila wang itu akan didepositkan dalam akaun bank dalam masa 30 hari.. Saya dah semak, awak bila lagi????

Syair Asy-Syafie - Lelaki Sejati

وكُنْ رَجُلاً عَلَى الْأَهْوَالِ جَلْدًا ** وَشِيْمَتُكَ السَّمَاحَةُ وَالْوَفَاءُ Jadilah lelaki sejati menghadapi hal-hal meresahkan, Dengan akhlakmu, yang berlapang dan penuh kesetiaan. وإنْ كَثُرَتْ عُيُوْبُكَ فِيْ الْبَرَايَا ** وسَرّكَ أَنْ يَكُونَ لَها غِطَاءُ Walau bertimbun aibmu di hadapan makhluk, Dan engkau mahukan ada penutup baginya. تَسَتَّرْ بِالسَّخَاء فَكُلُّ عَيْبٍ ** يُغَطِّيْهِ كَمَا قِيْلَ السَّخَاءُ Engkau tutupkan dengan sifat pemurah, kerana setiap aib itu.. Akan ditutupi apa yang disebut orang sebagai sifat pemurah. *Bermaksud: Dengan bersikap pemurah dalam melaksanakan kebaikan, menyebabkan aib-aib kita akan ditutup. [Diwan Imam asy-Syafi'e]

Kembali menulis

Setelah sekian lama tidak berblog. Hari ni 3 September, cuba kembali menjengah dan ingin menulis. Saya berharap Allah memudahkan jalan cerita kita semua. Saya usai melunaskan tanggungjawab menjadi pengacara rasmi bagi Sambutan Kemerdekaan yang ke 58 dan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor pada 30.8.2015 yang bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Alhamdulillah, saya berjaya lunaskan amanah dengan sebaiknya. Terima kasih Allah.

Dari jendela umrah.....

Image
Assalamualaikum w.b.t, didoakan agar kita semua terus berada dalam kasih sayang Allah. Agak lama saya tidak menulis . Entry kali ini saya ingin membingkiskan catatan ringkas saya lewat mengerjakan Umrah pada 23 May-6 Jun yang lalu. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya untuk menjadi tetamunya. Suka r digambar dengan bi cara sehinggakan lidah tidak mampu bersilat kata apabila Allah memudahkan urusan saya. Saya memasang niat lebih dari setahun yang lalu, rasa rindu pada Rasulullah (S.A.W) telah mendekatkan hati saya pada pencipta yang Esa.. Allah yang satu. Allah telah menemukan saya kembali dengan teman lama semasa belajar di UiTM. Kami kerap berjumpa semasa events di Shah Alam iaitu Cikgu Razak. Saya panggilnya Ajak. Melalui Ajak, saya telah mendaftarkan nama untuk ke Tanah Suci. Saya nekad untuk pergi ke sana walaupun saya terpaksa pergi seorang diri. Dari detik itu jua saya berdoa agar saudara saya yang juga sahabat saya Azril agar dapat mengerjakan umrah bers...