Friday, July 21, 2017

WANG YANG TIDAK DITUNTUT (WTD)!

Jumaat Sayyidul Ayyam! Memandangkan heboh pasal "WTD" (Wang Yang Tidak Dituntut) maka saya mencuba nasib semalam hihi. Saya ke kaunter Jabatan Akauntan Negara di Bangunan Affin Bank, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam. Tidak ramai yang berurusan di sana dan kakitangan mereka sangat cekap! Saya dipelawa duduk dan mereka sangat mesra pelanggan. Saya harus mengucapkan tahniah atas sikap dan amalan profesional Jabatan itu! Setelah memberi kad pengenalan untuk semakan, saya juga diberi penerangan jelas apa yang perlu saya buat seterusnya. Hehe, rupanya ada juga wang saya tidak dituntut. Lebih kurang dalam RM200++, hihi sudah memadai bagi saya untuk menikmati kfc, sepotong kek dan senaskah buku baru bila wang itu akan didepositkan dalam akaun bank dalam masa 30 hari.. Saya dah semak, awak bila lagi????

No comments: