Posts

Showing posts from 2013

Dari jendela umrah.....

Image
Assalamualaikum w.b.t, didoakan agar kita semua terus berada dalam kasih sayang Allah. Agak lama saya tidak menulis . Entry kali ini saya ingin membingkiskan catatan ringkas saya lewat mengerjakan Umrah pada 23 May-6 Jun yang lalu. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya untuk menjadi tetamunya. Suka r digambar dengan bi cara sehinggakan lidah tidak mampu bersilat kata apabila Allah memudahkan urusan saya. Saya memasang niat lebih dari setahun yang lalu, rasa rindu pada Rasulullah (S.A.W) telah mendekatkan hati saya pada pencipta yang Esa.. Allah yang satu. Allah telah menemukan saya kembali dengan teman lama semasa belajar di UiTM. Kami kerap berjumpa semasa events di Shah Alam iaitu Cikgu Razak. Saya panggilnya Ajak. Melalui Ajak, saya telah mendaftarkan nama untuk ke Tanah Suci. Saya nekad untuk pergi ke sana walaupun saya terpaksa pergi seorang diri. Dari detik itu jua saya berdoa agar saudara saya yang juga sahabat saya Azril agar dapat mengerjakan umrah bers...

Penang best dan jampi rojak2!

Image
Setelah sekian lama tidak ke Penang, iaitu hampir 11 tahun akhirnya tahun ni kembali menjejaki Penang atas urusan ramsi. Saya bermalam di Hydro Hotel, Batu Ferenggi.. Penang yang best dan sangat "lively" untuk aspek pelancongan! Kat sini sambil melunaskan tanggungjawab kerja, saya mengambil kesempatan untuk rehatkan minda. Sangat best bila dapat jalan-jalan tengok keindahan malam dan menikmati rojak passembor. Satu hal yang saya tidak boleh lupa ialah rojak passembor seolah-olah dijampi atatu ada bahan yang terus melenakan saya haha! Balik jer hotel, tanpa sempat basuh muka, gosok gigi dan salin baju saya terus terlena dia birai katil!! aduyaiiiiiiiiii Penang dari bangunan Komtar Menaiki tangga di Fraser Hill Pemandangan dari Keretapi Elektrik Inilah kedai rojak jampi2.. gua rasa dia letak daum ketum haha Snap pic dulu sebelum menikmati kek Saya pun beli jeruk kat sini jugak! Team saya menang woooo!!!

Movie dan saya!

Saya sangat suka movie! Saya memang tak lokek untuk keluarkan duit poket bagi menonton movie yang mampu menarik minat saya. Boleh dikatakan setiap Jumaat malam, lepas waktu Isyak ataupun Ahad pagi saya akan pergi menonton sorang-sorang.. huhu.. saya bujang!

Meneroka skytrex!

Image
Lewat 23 Februari yang lalu, saya memenuhi jemputan ke Program TS Day Out-Skytrex yang dianjurkan oleh Tourism Selangor Sdn Bhd. Lebih 30 peserta yang turut menyertai program tersebut di Taman Botani Negara Shah Alam. Terasa nyaman bila kaki menjejaki ke sana di samping dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Kisah saya juga telah diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian pada 10 Mac 2013. Terima kasih wartawan Roshlawati. Buat pertama kali saya mencabar diri untuk melakukan aktiviti yang mencabar iaitu Skytrex adventure. Ia adalah aktiviti menempuh halangan di atas udara. Aktiviti ini menguji keberanian kita melawan rasa takut dan gayat. Ini bukan cabaran biasa! Setiap peserta yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan harnest, dua buah caribiner yang diikat pada tali lanyard , pully dan sarung tangan. Sebelum pengembaraan bermula, penerangan dan demonstrasi mengenai cara-cara penggunaan setiap peralatan, soal keselamatan serta langkah-langkah kecemasan a...

Aku dan braces!

Hey! hari ni hari ke 5 aku memakai braces. Dalam erti yang lain aku bergigi besi. Memakai braces bukanlah sekadar untuk suka-suka atau berfesyen. Aku imbas balik sejarah lalu. Sememangnya niat untuk memakai braces ialah bermula dari sekolah menengah lagi. Memandangkan hospital kerajaan terpaksa menunggu lama, sehinggakan bila da belajar di UiTM, giliran tak kunjung tiba. Apakah ini satu birokrasi? huahua..cer tanya Kementerian Kesihatan???? Aku sangat tak mampu untuk membuatnya di klinik swasta memandangkan kos rawatannya sangat tinggi. Tambahan pula, aku anak kampung yang lahir dari keluarga sederhana. Aku belajar pun bergantung kepada PTPTN yang sampai loni hutangnya yang bertimbun aku nak kena bayar bulan-bulan! Bila dah keje dan umo pun makin tua, aku akhirnya nekad untuk memakai braces dan keputusan yang diambil ialah pada hujung tahun lepas. Selepas menyelesaikan beberapa urusan yang perlu seperti x-ray, scaling, tampalan dan hal2 lain yang terkait, maka Ahad 10 Feb adalah ...

Menyingkap tabir 2013

Image
Alhamdulillah, TUHAN masih pinjamkan umur buat aku. Kali ini aku lebih suka untuk menulis secara santai dan mungkin terpaksa langgar bahasa, bermakna penulisan blog aku mungkin aku terdapat caca merba, penggunaan bahasa rojak dan bagai... hurmmm... lebih jujur. Ape2 pun maaf yea! :) Tahun bertambah maka umo pun bertambah. memang tua dah pun aku. Tahun 2012 yang lalu dilalui dengan baik walaupun di penghujung tahun aku dilanda krisis "relationship" yang sangat hebat! jiwa aku tak kuat unutk berkongsi rasa sedih dan sakit itu. Aku tau, LEO ni sensitif orangnya. Demi ALLAH, aku cuba kuatkan hati dan terus bertabah.. parutnya dalam! Semua orang berharap yang baik2 saja dalam hidup mereka. Sama seperti aku, mengharapkan yang baik-baik juga. Kita mampu berharap dan merancang tetapi ALLAH adalah perancang yang besar dan hebat. Kepada DIA yang MENCIPTAKAN.... aku berharap 2013 ada cahaya yang lebih baik. Aku ingin lebih mendekati diri kepada DIA, ingin berusaha menjad...