Aku dan braces!

Hey! hari ni hari ke 5 aku memakai braces. Dalam erti yang lain aku bergigi besi. Memakai braces bukanlah sekadar untuk suka-suka atau berfesyen. Aku imbas balik sejarah lalu. Sememangnya niat untuk memakai braces ialah bermula dari sekolah menengah lagi. Memandangkan hospital kerajaan terpaksa menunggu lama, sehinggakan bila da belajar di UiTM, giliran tak kunjung tiba. Apakah ini satu birokrasi? huahua..cer tanya Kementerian Kesihatan???? Aku sangat tak mampu untuk membuatnya di klinik swasta memandangkan kos rawatannya sangat tinggi. Tambahan pula, aku anak kampung yang lahir dari keluarga sederhana. Aku belajar pun bergantung kepada PTPTN yang sampai loni hutangnya yang bertimbun aku nak kena bayar bulan-bulan!

Bila dah keje dan umo pun makin tua, aku akhirnya nekad untuk memakai braces dan keputusan yang diambil ialah pada hujung tahun lepas. Selepas menyelesaikan beberapa urusan yang perlu seperti x-ray, scaling, tampalan dan hal2 lain yang terkait, maka Ahad 10 Feb adalah tarikh pemakaian braces. Sungguh rasa bedebar dan nak demam. Yup! jam 12.45 tengahari aku akhirnya sah memakai braces. Secara rasminya bergigi besi. Lalu bermulalah satu situasi yang baru..
 
Adoii, doktor cakap gigi aku kompleks sket sebab tulang rahang tak seimbang. Gigi yang atas ke dalam. Jadi dalam soal ini, aku kena memakai retainer khas terlebih dahulu di bahagian atas. Manakala gigi di bahgian bawah telah pun dipakai braces.  Ya Allah, telah bermula satu penyiksaan. Terasa sangat tidak selesa. Disebabkan retainer itu aku susah nak bercakap, terlalu pelat, terlalu susah untuk mengunyah dan amat tidak selesa! Doc arahkan aku perlu memakainya 24 jam, dan perlu menanggalkan retainer tersebut apabila untuk membersihkannya sahaja. Aku amat berharap pemakaian retainer ni tidak lama. Seksa sungguh rasanya! After retainer baru braces akan dipasang di bahagian atas.. :(

Aku berharap cepat-cepatla masa berlalu, pelajaran yang aku dapati ialah belajar menghargai diri dan bersyukur atas nikmat makan. Hari ini aku hilang nikmat makan dan terkadang emosi menjadi tidak stabil. Ada orang cakap nak gigi cantik kena lalui rasa sakit. Inilah "harga" yang perlu dibayar untuk memastikan gigi aku tersusun dan nampak elok. Aku telah memilih situasi ini dan aku perlu hadapi dan sudahi situasi ini dengan setenang yang mungkin. Bersabarlah wahai hati....






Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz