Posts

Showing posts from May, 2010

Sumpah Seranah @#%**%$###

Tidak perlu menjadi terlalu sempurna dalam berteman. Kita juga bukan maksum. Kita adalah manusia biasa yang tidak lari dari khilaf dan membuat dosa. Apabila kita berkawan, berteman, bersahabat atau berakrab maka ia turut melibatkan hati dan perasaan. Kerana kita ini manusia, kadang-kadang jiwa tidak sekental mana untuk menerima sumpah seranah atau maki hamun. Kalaulah bangsat, ba@#, setan, haprak, bahlul, bodoh, pan%$# dan pelbagai lagi kata-kata nista itu begitu bacul dan senang terbit dari mulut si pelaku, sejauh mana tali hati mampu bertahan? Hamba bermohon Ya Allah, agar tidak menjebakkan lidah Hamba dengan pengaruh fatal. Satu hari si pelaku juga pasti akan kena sumpah seranah dengan orang lain. Tuhan itu adil. Lebih baik berdiam, tanpa banyak soal waima mahu banyak bicara.. kerna pasti ada sahaja yang tidak kena. Lebih baik mengelak dari mengundang perselisihan faham yang akhirnya menyumpah seranah. Menjadi pendengar baik kepada orang-orang yang memerlukan adalah satu sifat...

Opps LOCO - 3h2malam...

Saya sangat teruja apabila menerima jemputan dari Tourism Malaysia Selangor/Putrajaya ke program Opss Loco di KKB. Saya sendiri awalnya tidak pasti apa disebalik singkatan Opps Loco sehinggalah saya bertanya kepada seorang teman baru. Terima kasih kepada Cik Hana, pembantu saya kerana menguruskan cuti tanpa rekod bagi menghadiri program yang bermanfaat ini. Saya sepatutnya bersama dari teman SUK ke program ini namun disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan, saya bergerak solo bagi Opss Loco. Jumaat 14 Mei yang sangat mendamaikan. Perjalanan diteruskan dari Shah Alam ke KKB. Saya terlelap sehinggalah bas sudah sampai ke destinasi pertama program iaitu di Dewan orang ramai Parlimen Hulu Selangor bagi Majlis Perasmian oleh Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia. Hidangan tengahari yang sangat menyelerakan, nasi kukus ayam dara, cendol, caramel dan rojak. Uhh, mengenyangkan. Selepas Jumaat kami semua bertolak ke Kem Sinar Dawi. Bermulalah satu pengembaraan yang sangat “menyeronakkan”. ...

Malam Puisi Riong-Shah Alam lunas akhirnya....

Hujan lewat petang 30 April pada mulanya amat menggusarkan jiwa. Angin petang yang bertiup kencang membuatkan saya sedikit tidak senang duduk. Alhamdulillah tika senja mula melabuh, hujan seakan-akan faham bahawa “Wasilah Cinta Pencipta & Manusia” bakal bermula. Jika dua minggu sudah saya amat sibuk untuk meguruskan hal-hal “hitam putih” dan pengesahan persembahan bagi Malam Puisi Riong-Shah Alam. Akhirnya tarikh 30 April muncul jua. Sedaya upaya saya menggalas tangunggjawab sebagai Pengarah Projek bagi program tersebut dengan sokongan semua pihak. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk turut beraksi pada malam tersebut bersama Kumpulan Kesenian MBSA dengan membawakan persembahan yang bertajuk “Kerdil Jiwa Hamba”. Kehadiran peminat puisi pada malam itu adalah amat membanggakan kerana lebih dari 1000 orang yang membanjiri Laman Budaya. Para pengunjung terlebih dahulu dihidangkan dengan persembahan video pendek “Sujud” dan dokumentari. Membuka tirai puisi pada malam tersebut ialah...