Posts

Showing posts from July, 2009

Belasungkawa Yasmin Ahmad

Image
Lewat malam yang dingin pada Sabtu lalu,11.41 saya telah menerima sms dari seorang teman media yang mengkhabarkan Yasmin Ahmad telah pulang ke rahmutullah pada jam 11.25 pagi, saya termenung seketika sambil saya majukan sms yang sama kepada rakan-rakan pengamal perhubungan awam dan teman-teman yang lain. Saya bertuah kerana lewat 2004 di KLCC saya pernah bersua sekali dengan beliau. Pertemuan yang tidak disengaja sewaktu Kak Min berada di ISETAN dan saya penuh yakin memanggilnya Kak Min dan beliau menyambut baik sapaan saya. Saya luahkan pada Kak Min yang saya terlalu minat dan kagum terhadap sentuhan iklan beliau dewasa itu. Dari itu juga saya selalu menjengah blog Kak Min. Anak Johor berkelulusan ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom ini adalah seoarang yang hebat. Kak Min juga disifatkan sebagai seorang sutradara yang bertanggungjawab dan penuh prolifik. Kak Min tidak pernah memandang enteng mengenai rasa berkasih sayang, perasaan cinta dan hormat m...

Hey KHAMIS!

Image
Bersama dengan PR Manager, TSSB-En Saat Sekitar Gimik Pelancaran Rakan-rakan media "Semoga Khamis ini menjadi yang terbaik untuk semua" begitulah text sms yang dikirim oleh teman media Ku Ars Azman. Di tempat yang sama di seksyen 2 Shah Alam, kelihatan JPJ sibuk menyaman pesalah trafik. Masa yang genting dek kesibukan orang ramai berpusu ke tempat kerja. Huh, 2 minggu lepas saya juga telah disaman dan terpaksa membayar RM300 kerana melanggar lampu KUNING! tension sangat! lampu KUNING pun kena saman ke??? Lepas kejadian itu, saya nekad untuk menjadi pemandu yang berhemah, pastikan belt dan jgn sesekali langgar lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit! AWAS! Pagi yang sibuk, saya meluangkan masa hampir 1 jam di Studio untuk melihat latihan penyanyi Roy bersama dengan kombo MBSA membuat latihan bagi program D'Muzik@LB -"KAMI ANAK MALAYSIA" pada 26 Julai ini. Ermmm.. nampaknya semuanya berjalan lancar. 12.30, saya terpaksa bergegas ke Pejabat SUK untuk mengha...

Shout Award!

Image
Saya sempat meluangkan masa di majlis anugerah baru Shout Award pada Jumaat lepas atas jemputan media, kesibukkan jalan ke Stadium Putra memang terserlah apabila ada latihan MU di Stadium Bukit Jalil. Lautan gelombang merah! Bercirikan MTV dengan penampilan yang tersendiri, Shout Awards berjaya dengan penampilan pertama mereka. Dengan trend undian sms, kemenangan Bunkface bukan satu kejutan lagi. Revolusi Bunkface memang menjadi apatah lagi kumpulan ini memang digilai remaja. Apabila terlalu URBAN, maka Bahasa Ibunda pun dipinggirkan yang saya rasa sedikit kerterlaluan. Ouch…. Penganjur tentu ada jawapan. Persembahan dan konsep yang dibawa ada kelainan namun saya tidak bersetuju apabila kita terlalu berpaksi pada BARAT, tidak ada khilaf apabila nilai timur diketengahkan dan dicirikan dengan konsep 1 Malaysia. Apa-apa pun tahniah 8tv! Post party??? ok la, not bad...

Hari ini SELASA

Semalam, saya dikhabarkan dengan berita kematian rakan sekerja akibat komplikasi jantung. Sama sekali tidak menyangka kerana lewat 2 minggu lepas semasa saya melawat arwah di HKL, arwah sudah sihat dan dijangka keluar hospital. Tuhan lebih menyayangi, saya bangga kerana sempat mengenali seorang pemuzik yang hebat seperti beliau. Di akhir pertemuan yang lalu, arwah sempat berpesan kepada saya, "En Fahmee, jangan sesekali tewas dan mengalah dengan cabaran yang mendatang, saya tahu En Fahmee seorang ketua yang sangat baik dan diplomatik". Ada genangan titisan di kelopak mata arwah. Masih terngiang-ngiang bicara itu. Hari ini SELASA, jam 8 pagi saya bersama dengan Datuk Bandar dan Pengarah Pengurusan sempat melawat jenazah di Kota Damansara. Saya sempat meyaksikan wajah arwah yang tenang buat kali terakhir. AL-Fatihah untuk arwah Ramlee. Hari ini SELASA, buat pertama kali saya "tewas" dan menerima ajakan rakan sekerja untuk sarapan pagi di Kafe. Biasanya, saya lebih suk...

Sekitar Majlis Santapan Sempena 50 Tahun Dewan Negeri Selangor

Image
Memenuhi undangan dan pada masa yang sama memikul tanggungjawab bagi menjayakan Santapan bersama DYMM Sultan Selangor Sempena 50 Tahun Dewan Negeri Selangor di Hotel Concorde adalah suatu yang mengujakan. Girang di hati bila sekali lagi dapat berkolabrasi dan berkerjasama dengan rakan2 dari SUK. Apa yang penting pada malam semalam ialah Titah DYMM Sultan Selangor agar semua YB menjaga kemulian Dewan dan status sebagai Ahli-Ahli Yang Berhormat... yang paling penting jangan menimbulkan sesuatu perkara yang boleh mengundang keadaan yang tidak harmoni! Sama-sama menjaga kedamaian yang kita ada!!!