Sekitar di Majlis Santapan
Bersamaan 10 Mac 2009 bertempat di Grand Ballroom Concorde Hotel telah diadakan Majlis Santapan Diraja, sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Darul Ehsan Yang Kedua Belas, bagi tahun 2009. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah perkenan berangkat hadir di Majlis Tersebut, Majlis Santapan turut dihadiri oleh Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor, Yang Arif Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, barisan saf kempimpinan negeri dan pembesar-pembesar negeri Selangor Darul Ehsan.
Saya bersyukur pada Khalik kerana memudahkan urusan saya di Majlis tersebut. Terima kasih jua kepada Pejabat Dewan Undangan Negeri Selangor kerana diatas kepercayaan kepada saya dalam memikul tanggungjawab sebagai pengacara majlis pada malam itu. Segala yang baik itu datangnya dari Khalik yang Esa, dan yang lemah itu datangnya dari kerdilnya diri saya sebagai manusia.
*Didalam gambar terdri daripada "mentor" saya iaitu Y.Bhg Brig Jen (B) Dato' Mohd Ariffin dan rakan-rakan iaitu Ar-Rohim dan Shafiq
Comments