Tentang kawe....




Panggil sajer kawe Fahmee. Kawe budak kampong anak jati Kelate. Kawe punyai wawasan dan cita-cita yang besa. Kawe bukanlah orang senang, dari kecik lagi doh diajar untuk berdikari. Waktu kecik dulu masa sekolah rendah di Parang Punting, kawe membesar seperti orang2 lain, ada sain-sain dan kawe rasa seronok. Gi sekolah gendong basikal ngan Jaja, kadang2 jalan kaki. Kadang2 muloh Chek atar. Waktu zaman kecik memang bez, dapat main dekcot, main hantu, bola katok, wau, bola beracun, bola tin, polis dan pencuri dan mace2 lagi. Kawe jugo x lupo tolong mok kawe gi antar kueh akok, bekang, koci, cek mek molek dan mace2 kat kedai kopi. Pastu kawe suka sangat tengok citer mirror attack dan suria perkasa hitam.. memang bez!

Masa pantas berlalu, kawe berginjak ke Sek Menengah. Dapat sain2 baru, dapat jadi pengawas, jadi orang glamer, pemidato, pendebat, pengerusi kelab dan mace2 lagi.. ha..ha.. zaman sekolah memang bez. Tapi zaman tu gak zaman yang sangat perit. Kawe pernah sakit tenat, kawe pernah excident, kawe pernah x sedar diri dan mace2 lagi. Kalu ingat memang sedehhh… kawe temui cinta pertama dengan Tengku Saidatul Nurhajar, kawe panggil dia Aja. Memang sayang sengoti tapi kawe ngan Aja xde jodoh.. kawe rasa sedih tapi kawe kena kuat! Juga pada Fariza, terima kasih jugok kerana sempat menyinggah di hati kawe. Mungkin kawe lambat royat soal hati.. Moga demo suma bahagia sokmo. Itu doa kawe…

Bila masuk U, kawe menerima cabaran2 baru. Bukan sene merantau tempat orang. Bukan sene nak terima benda2 baru. Kawe sangat takut masa tu, tapi berkat doa mok dan chek, kawe jadi kuat! Masa diploma di FSSP, mace2 pengalaman pahit maung kawe tempuh. Pernah kena tipu, diftnah, dirompak dan mace2 lagi… Alhamdulillah kawe kuat! Kawe juga mengenali saing2 baik dan erti kehidupan, kawe terus mara untuk jadi terbaik walaupun pernah kecundang! Hati kawe luluh bila dapat tau Chek telah pulang ke Rahmatullah… betapa Tuhan sajer yang tau sedihnya hati kawe masa tu. Kini kawe masih ada mok, tempat kawe mengadu keluh kesah.

Kawe sambung degree di Masscom, kawe amek PR sebab kawe memang minat dan nk jadi PRO berjaya. Alhamdulillah kawe genggam segulung ijazah. Tapi saat paling bez di UiTM dan sangat2 bernilai, kawe juga dapat ijazah x rasmi tentang kehidupan menjadikan kawe sorang yang matang dan kuat!

Waktu pantas berlari, kehidupan terus dilalui… kawe bersyukur Tuhan bagi saing2 baik yang sangat banyak membantu, Azril, Azah, Nik ,Ikin, Mdan,Rina, Zach, Masdayana dan lain2! Tak dilupo buat Che Su n Ku Ars!! Kawe jua bangga kerana mempunyai mentor yang hebat Yg.Bhg Brig Jeneral (B) Dato Mohd Ariffin.

Hari ini buat sekian kalinya, kawe rasa sedih bila membaca email terkahir arwah Irfan.

“Fahmee adalah sahabat terbaik, Lewat pertemuan di KLIA, itulah pertemuan terakhir. Fahmee kalau kita tidak bertemu di Perth hujung tahun ni, jangan lupa lawat irfan di Brunei. Irfan nk tunjukkan rumah baru. Bawalah air mawar sebagai syarat pertemuan”. Al-Fatihah untuk Irfan.

Demi kehidupan yang sempurna kawe akan terus berjuang dan tak nak ngaku kalah! Kawe kena nekad dan bersemangat. Semoga Tuhan selalu ada di samping kawe. Amin

Comments

Anonymous said…
salam, fahmee...tima kasih sgt..aja doakan moga Allah sentiasa memberkati hidupmu dunia dan akhirat..Amin...

Popular posts from this blog

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Saya Anak Merdeka!!!