Posts

Congratz to u my lovable sis (Jaja) & my fwen (Mdan&Izad)

Malam tadi rasa teruja bila dapat bersembang secara maya dengan kawan baik yang berada di Scotland... huk2 MR Hamdan, time is fly.. Dah nak kahwin???studi x habis lagi??? Baguihhh.... Mdan cakap kalau fahmee tak attend wedding ceremony dia dis coming soon August.... "ko kawan baik yang sangat kejam".... ha..ha... :) "Mee, ko jgn lupa tulis dalam diari siap2" itulah antara arahan dan permintaan Mdan. InsyaAllah i'll be there. Pagi ni, i'm excited when got call from my fwen Mr Shahrul Izad, PR Senior Exec di KDEB.... Bro........ lu pun dah nak kawen??? congratz bro... TQ for the invitatation.. so fahmee? when u want get married? Frankly speaking... i want build my career first.. ada rezki nanti akan tiba saat itu...."tiba..tiba hati teringat pada seseorang".....??? About 3.45 pm,my bro message me n he said my lovable sis Jaja juz got a baby boy... (1st baby).... congratz!!!

Learning to be Humble.....

Image
"It's hard to be humble," says an old country song,"when you're perfect in every way." Very few people, of course, actually think they're perfect in every way, but it can still be pretty hard to be humble, especially when you live in a society that encourages competition and individuality. Even in such a culture, however, humility is an important virtue. Learning to be humble is of paramount importance in most religions and spiritual traditions, and humility can also help you develop as a person and enjoy richer relationships with others.

Catatan dari Carlton Holiday

Terima kasih kepada pihak SEKTORAL, Unit Perancang Ekonomi Negeri kerana mengundang saya sebagai penceramah bagi kursus yang dianjurkan kepada kakitangan jabatan. Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dengan mereka, saya memenuhi dua slot iaitu Imej dan Kemahiran Bersosial Komunikasi Berkesan - Etika komunikasi, Khidmat Pelanggan, Etiket Perbualan Telefon dan Perihal Pengacara Majlis Kursus yang diadakan pada jam 9.30 pagi -5.00 petang itu juga memberi satu inspirasi kepada saya untuk terus memperbaiki diri dalam pengucapan awam dan akan terus berkongsi ilmu pengetahuan dengan semua.

Selamat Bersidang Ahli-Ahli Yang Berhormat!!!

Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Ke Dua Belas telahpun bermula pada 21 - 23 & 26 Mei 2008 sebelum ia ditangguh pada suatu masa yang ditetapkan. 'Live Streaming' persidangan boleh diikuti dengan melayari portal kerajaan Negeri Selangor.

Catatan dari Concorde, Shah Alam

Image
Majlis Santapan/Jamuan Makan Malam Sempena Pembukaan Penggal Pertama DUN Selangor Yang ke-12 telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam. D.Y.M.M Sultan Selangor telah berangkat tiba pada jam 8.45 malam. Majlis pada malam itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan. Pada majlis yang sama, D.Y.M.M Sultan Selangor berkenan untuk menyampaikan hadiah Acara Riadah kepada Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Memanjat syukur pada Khalik yang Esa, majlis tersebut berjalan dengan lancar. Sekali lagi pada malam itu, mata melirik dan meninjau-ninjau.... hati tetanya-tanya... di mana gerangan kelibat Ahli-Ahli Yang Berhormat dari Proksi Pembankang?

Upacara Pembukaan Penggal Pertama DUN Selangor ke-12

Upacara Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Kedua Belas telah selamat dijayakan pada 21 Mei yang lalu. Upacara yang bermula seawal 8.00 pagi itu dihadiri oleh semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan dif-dif kehormat. D.Y.M.M Sultan Selangor berangkat tiba pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan dari Tentera Laut Diraja Malaysia. DYMM Sultan Selangor menyeru rakyat negeri ini mengamalkan budaya berjimat cermat dan berharap rakyat Selangor dapat menikmati kualiti hidup yang baik. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 .

Catatan dari Istana Bukit Kayangan

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan pada 20 Mei lepas. Dato’ Menteri Besar mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Dalam pada itu, di majlis yang sama, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Datuk Zauyah Be Lot Khan menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) dengan membawa gelaran Datin Paduka. Beliau sebelum in tidak dapat hadir pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-62 Sultan Selangor pada 11 Disember lalu kerana mengerjakan ibadah haji. D.Y.M.M Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali. Turut menerima watikah pelantikan ialah sepuluh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ne...