Di penghujung Ramadan....

Pantas masa berlalu. Semalam yang pergi, tetap pergi. Hari ini mesti dilalui dengan sebaiknya sebab esok belum tentu hari menjadi milik kita. Andai maut menjemput, maka sudah tersirat dalam kalam Allah bahawa masa dan ajal seseorang itu telah tiba. Saat itu, diri tidak mampu menolaknya. Namun, jiwa selalu berdoa agar Allah sentiasa kasih, sentiasa memanjangkan umur agar diri masih diberi peluang untuk memperbaiki jiwa, memperkasakan iman dan diri juga masih ingin menghirup udara ciptaanNya, diri juga masih belum puas untuk "menjamah" syurga dunia dan diri juga ingin terus menjadi manusia yang soleh serta bertaqwa. Saya tahu.. DIA maha mendengar.

Ramadhan kali ini saya rasakan sedikit baik dari yang lalu, walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki saya bersyukur Allah itu sentiasa kasih dan memberi kekuatan pada jiwa. Memberi peluang kepada saya untuk merasai terawih walaupun lompang, mendisiplinkan masa solat saya, memperbaiki cara pemakanan saya dan yang paling penting menjadikan saya lebih berwasatiah dan mensyukuri nikmatNya.

Berbalik pada hal-hal dunia yang sememangnya tidak pernah tamat, saya terasa muak dengan kes-kes akibat mercun, pembunuhan kejam, rompakan, rogol, ragut dan segala hal yang sangat fatal! Lebih teruk juga konspirasi jahat soal "politik" negara Baghal Baghdad (rujuk post terdahulu) yang semakin dipenghujung menunggu keputusan mahkamah manusia yang belum tentu benarnya. Lebih mengejutkan juga apabila terdapat pengaruh Kristianisasi terhadap umat Islam secara terang-terangan. Nauzubillah!!! Betapa lemahnya kepimpinan yang ada pada hari ini.

Hari ini masyarakat juga mengeluh mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat. Walaupun pemerintah cuba sedaya upaya untuk mengatasinya namun ia masih kurang membantu! Langkah secara holistik yang berlandaskan sikap kerbertanggungjawaban, jujur dan amanah perlu direalisasikan! Adalah haram dan berdosa kiranya perut dari keturunan yang yang kenyang dan diberi makan! Apa-apapun rakyat perlu bijak memilih kerajaan yang mampu memberi naungan yang lebih baik!

Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz