Sekitar Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ke Kuala Selangor
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pihak (MDKS) kerana berjaya menjadi tuan rumah bagi program Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ke Kuala Selangor pada 19 April lepas. Program sehari suntuk itu adalah program yang berjaya dan boleh dibanggakan. Ahli-ahli rombongan tiba di Kuala Selangor seawal jam 10.30 pagi di Homestay Sg.Sireh dan disambut meriah. Ahli-ahli rombongan juga dijamu dengan makanan tradisi seperti kueh tradisional, nasi ambang dan lain-lain. Apa yang lebih menarik, mereka juga turut disajikan sup belut!!!
Perjalanan diteruskan dengan melawat Ke Taman Alam, Bukit Melawati dan selepas itu para rombongan diberi kesempatan untuk membeli-belah hasil laut di Pasir Penambang. Walaupun terasa penat, wajah-wajah ahli-ahli rombangan tetap mengukir senyuman!
Menikmati makan malam yang lazat sambil diserikan dengan persembahan tradisional, jelas terpancar kegirangan di kalangan ahli-ahli rombongan. Kemuncak lawatan ialah menaiki sampan untuk menyaksikan kelip-kelip anugerah Tuhan di bumi bertuah.

Perjalanan itu bermula dengan satu langkah, justeru langkah-langkah perlu diteruskan bagi meneroka perjalanan yang baru! Tahniah untuk semua yang terlibat! Untuk En Saat, lestarikan tugas-tugas anda sebagai PRO yang Berjaya….
Comments