Majlis Perpisahan & Sambutan Hari Jadi






Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera untuk semua, terima kasih kerana terus melawat blog ini. Sekadar berkongsi cerita, hari ini Unit Pengurusan Majlis&Protokol mengadakan Majlis Perpisahan kakitangan Unit ini iaitu En Azmi Ame Hamzah yang sekarang ini telah menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Buluhmas Sdn.Bhd

Majlis yang diadakan di Restoran Tasik Indah Shah Alam ini turut meraikan Pn.Yanti dan En.Fadzly sempena ulang tahun kelahiran mereka. Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera hati kepada En Azmi Ame Hamzah oleh Y.Bhg Brig Jen (B) Dato' Mohd Ariifin Yacob selaku Ketua Jabatan.

"senyumlah pada dunia, pasti dunia akan senyum pada kita"


Comments

Popular posts from this blog

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Selamat Menyambut Hari Kidal!

Sultan Muhammad V letak jawatan!