AYAT-AYAT CINTA bercerita...
Menonton Filem Ayat-Ayat Cinta sangat mengujakan saya! Filem adaptasi dari novel popular yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy ditangani dengan baik. Ia mengisahkan seorang pemuda, Fahri bin Abdullah Shiddiq dari Indonesia yang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir. Fahri seorang aktivis Islam yang muda, bijak, berhemah, santun, tampan telah berjaya "mencairkan" empat hati wanita. Nurul, Noura, Maria dan Aisha seolah -olah dimantera oleh aura si Fahri! Desir pasir di padang tandus... Segar sang pemikiran hati maka terkisah Cinta yang rumit!
Kerana auranya dia difitnah dan dipenjara atas tuduhan memperkosa Noura seorang gadis yang pernah diselamatkan Fahri tapi akhirnya Fahri dikhianati oleh "si betina" yang tidak mengenang budi. Semuanya kerana dendam kerana Fahri tidak membalas surat "ayat-ayat cinta" Noura! Dendam jadi kesumat apabila Fahri menikahi Aisya gadis yang dicintainya. Maria seorang gadis Kristian, jiran Fahri dalam diam mencintai Fahri sepenuh jiwa raga. Ayat-ayat cinta diluahkan dalam catatan luka diari kecilnya. Maria hampir menemui ajalnya apabila dilanggar oleh orang upahan si perogol Noura. Maria adalah saksi penting dalam perbicaraan fitnah terhadap Fahri. Bila keyakinan itu datang, Maria dengan kudrat yang ada perlu berjuang untuk terus hidup dan demi cintanya... Maria akhirnya berjaya menyelamatkan Fahri dari hukuman gantung!
Aisya dengan rela berkongsi Fahri untuk Maria, walupun hatinya terpaksa berperang dengan emosi dia harus tabah untuk getir itu. Maria menang dalam meraih cinta dan akhirnya menjadi isteri kedua Fahri, sebelum dia pergi buat selama-lamanya... Maria memilih untuk bersyahadat... Islam adalah Ad Din... Percayalah, ada hamparan indah buatmu Maria... Betapa agung dan indahnya Islam....
Hati kecil ini terusik tentang Pengorbanan cinta yang agung dipertaruhkan. Kita tidak mungkin mencegah cinta! Tetapi cinta dunia kita kena tinggalkan tatkala kita bersujud kerana diwaktu itu cinta kita hanya untuk Khalik Pencipta! Disitu ada ayat-ayat cinta bercerita..........

Comments