Angkara SANTAU...

Timbul rasa simpati bila petang semalam saya dapat tahu rakan serumah sakit tenat angkara santau. Last wex memang dia tak sihat, ingat demam biasa, lagipun dah dapat treatment kat klinik. Huh, walaupun kami memang tak rapat dan hampir 5 bulan tak bercakap tapi rasa ambil berat kepada kekawan memang lahir dari hati.. budak2 bujang masing2 ada ego sendiri.. kadang2 disebabkan sikapnya yang selalu tidak rasional mengenai banyak perkara menyebabkan semua rakan2 serumah tidak bercakap dengannya. Tak ada guna ada segenggam Ijazah kalau pembawakkan diri macam budak tak sekolah... (budak2 tak sekolah pun lebih baik sebenarnya)..

Lantaran sikap yang kurang ajar, tak ada rasa hormat pada orang lain dan biadap, mungkin mengundang rasa benci pada yang lain. Saya mendapat tahu rakan ini di santau oleh orang yang berdendam dengannya. Selepas pihak Hospital gagal mengesan apakah punca penyakitnya yang datang secara tiba2 akhirnya dia dibawa berubat secara kampung oleh orang alim.. Nauzubillah... masih ada manusia keji dan kuno sanggup menggunakan santau bagi melepaskan amarah dendam. Dunia..dunia...

Inilah antara cerita isi alam, rasa takut juga menyelinap dalam kerdilnya jiwa ini. Semoga Khalik yang Maha Esa dapat mengembalikan kesihatan rakan ini. Sekadar pesanan untuk hati-hati kecil kita semua, ingatlah..kita hidup bukan hanya untuk diri sendiri tapi jua untuk orang-orang lain, kita hidup untuk Agama, ibu-bapa,bangsa, keluarga, sahabat, teman, kawan2, rakan2 dan masyarakat..justeru sama2 kita berhati-hati dalam merencana hidup. Belajarlah merendah diri dan menjadi seorang pemaaf.Moga Khalik yang Maha Esa memberi perlindungan kepada hati-hati kecil kita semua.

Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz