Kisah benar sang pemuda yang sangat membenci ayahnya
Saya memilih untuk menulis status ini tanpa niat untuk membuka aib sesiapa. Literalnya, saya telah mendapat izin dari empunya. Saya menulis intipati yang penting sahaja dan tidak memperincikan kisah penderaan dan trauma yang dialami. Saya juga terpana kerana ia benar wujud dalam masyarakat kita. Lewat 12 Ogos yang lalu, seorang pemuda memberitahu saya bahawa dia teramat benci pada ayahnya kerana penyebab masa depannya yang hancur. Dia juga merasa geram pada ibunya tetapi faham situasi yang terpaksa ditanggung ibunya. Katanya, kisah keluarganya adalah sangat pelik dan maha dasyat! Ayahnya berkahwin lebih daripada empat di mana semuanya masih hidup dan tidak berpisah. Cuma lewat beberapa tahun yang lalu seorang ibu tiri yang juga seorang Doktor perubatan meninggal dunia dalam keadaan sadis. Kebanyakkan perkahwinan ayahnya berlangsung di Siam. Menurut pemuda itu, ayahnya licik, pandai berkata-kata, "cerdik" dalam "hukum hakam" dan wanita akan mudah tertawan kepadanya...