Posts

Showing posts from September, 2015

Syair Asy-Syafie - Lelaki Sejati

وكُنْ رَجُلاً عَلَى الْأَهْوَالِ جَلْدًا ** وَشِيْمَتُكَ السَّمَاحَةُ وَالْوَفَاءُ Jadilah lelaki sejati menghadapi hal-hal meresahkan, Dengan akhlakmu, yang berlapang dan penuh kesetiaan. وإنْ كَثُرَتْ عُيُوْبُكَ فِيْ الْبَرَايَا ** وسَرّكَ أَنْ يَكُونَ لَها غِطَاءُ Walau bertimbun aibmu di hadapan makhluk, Dan engkau mahukan ada penutup baginya. تَسَتَّرْ بِالسَّخَاء فَكُلُّ عَيْبٍ ** يُغَطِّيْهِ كَمَا قِيْلَ السَّخَاءُ Engkau tutupkan dengan sifat pemurah, kerana setiap aib itu.. Akan ditutupi apa yang disebut orang sebagai sifat pemurah. *Bermaksud: Dengan bersikap pemurah dalam melaksanakan kebaikan, menyebabkan aib-aib kita akan ditutup. [Diwan Imam asy-Syafi'e]

Kembali menulis

Setelah sekian lama tidak berblog. Hari ni 3 September, cuba kembali menjengah dan ingin menulis. Saya berharap Allah memudahkan jalan cerita kita semua. Saya usai melunaskan tanggungjawab menjadi pengacara rasmi bagi Sambutan Kemerdekaan yang ke 58 dan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor pada 30.8.2015 yang bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Alhamdulillah, saya berjaya lunaskan amanah dengan sebaiknya. Terima kasih Allah.