Dari jendela hati saya....

Bila Julai bertandang, maka Jun pergi jauh-jauh.. mengusir perkara yang tidak enak bukanlah sesuatu yang mudah! saya kira Jun yang lalu ada suka duka, saya dapat melepaskan rindu pada bonda tercinta, merasai pengalaman hebat dengan persembahan Magical Musicals di Sunway Lagoon, menonton Sound of Musics di Plenary Hall, KLCC dan Jun juga saya dimalukan oleh sang sial tanpa rasa berdosa...

Hari ini 18 Julai.. rasa penat 16 dan 17 Julai semalam sempena Koir Selangor Shines masih lagi terasa. Saya biarkan penat itu terbang di bawa angin kering.. saya rasa bersyukur kerana dapat melunaskan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan sebaik mungkin. Biarpun ada yang "menyalak" dengan beberapa perkara yang bukannya bidang saya, saya terima dengan terbuka. Biarkan "salakan" itu akan megiringi semua keturunannya.

Saya melalui minggu kedua Julai baru-baru ini dengan hati yang sangat remuk dan emosi yang terganggu. Terasa diri terlalu bodoh kerana gagal berulang kali dengan perkara yang sama. Saya berusaha dengan penuh daya. Mungkin ini permainan dunia dan pemain-pemainnya adalah manusia, lalu saya juga teperangkap dalam permainan ciptaan itu. Sungguh saya sedih! sungguh saya rasa lelah, letih dan rasa semangat pun menghilang. Saya cuba istighfar cari ketenangan, berbicara dengan bonda sangat melegakan.. akhirnya saya menerima perkara itu dengan redha apabila saya mengikhlaskan hati saya...

Saya mengulangi sekali lagi, hari ini adalah 18 Julai, di ruang sempit ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh guru-guru, para pelajar dan semua tenaga produksi yang menjayakan Pertandingan Koir Selangor Shines edisi 2011. Dengan rasa bangga juga saya ingin menzahirkan "Selamat Hari Jadi" buat akrab saya, atau adik saya Fadzly Amre.. buat Amre jua, semoga merintis jalan hidup yang lebih baik dan menjadi seorang anggota Polis yang penuh hemah! I'm proud of you my little bro!!!

Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz