Posts

Showing posts from April, 2009

Kemana MECD???

Perdebatan hangat mengenai pemansuhan MECD dibawah kabinet baru pimpinan Y.A.B Dato Seri Mohd Najib sehinggakan isu pemansuhan kementerian itu menimbulkan keresahan di kalangan banyak pihak. Baik saf kerajaan mahupun pembankang mempunyai persepsi yang tersendiri. Disebalik kekalutan itu, saya percaya Kabinet Malaysia mempunyai justifikasi sendiri yang sememangnya mengambil timbang tara terhadap banyak faktor. Justeru, Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju supaya fungsi-fungsi dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah dibubarkan berikutan pelantikan Anggota-Anggota Pentadbiran yang baru pada Jumaat, 10 April 2009 diserapkan ke kementerian-kementerian lain seperti berikut: (1) Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; (2) Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Ban...

Gathering - Alumni GYDP UiTM Malaysia

Image
Melewati Sabtu lepas, 11 April bertempat di Mid Valley, satu pertemuan yang cukup bermakna bagi Alumni GYDP UiTM Malaysia. Setelah hampir 3 tahun tidak bersua, akhirnya “gathering” kali ini menjadi! Terima kasih untuk Jun kerana berusaha bertungkus lumus dalam mengatur pertemuan ini. Terima kasih pada Along dan Faiz kerana menjadi penaja "persidangan pertama". Sebagai pengamal PR, saya akan memastikan saya lah orang yang paling awal untuk hadir. Jangkaan saya tepat, dan tepat 12.28 tgh hari saya udah tiba di Mid Valley. Bukan senang untuk berkumpul bersama, dek kesibukan dan hal kerjaya masing-masing kami semua dibatasi ruang waktu. Saya terharu dan berasa gembira dengan kejayaan rakan-rakan seperjuangan yang kini telah membina kareer yang cukup membanggakan! Tentang waktu lalu, kami semua begitu lantang dalam mempersoalkan hal-hal kebajikan pelajar! Kerana kami bersatu, suara kami didengar walau ada jerih dan kekangan, kami tetap mara dan tabah! Lalu hasil di penghujungnya a...

Art 4 Gaza & Global Warming Campaign

Image
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Limpahtakruah telah mengadakan program “Art For Gaza and Global Warming Campaign” bertempat di Laman Budaya pada 28 Mac lalu. Program tersebut dirasmikan oleh Sasterawan Negara, Y.Bhg Datuk A. Samad Said pada jam 8.15 malam. Laman Budaya “bergelap” untuk tempoh satu jam sebagai tanda simbolik menyokong “60 Earth Hour”. Saya turut berkesempatan untuk menyampaikan puisi sebagai tanda sokongan terhadap program yang diadakan.