Semalam saya berkesempatan menonton filem muzikal Hoore Hoore. Sedikit mengenai sinopsis filem ini. Ia mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan popular. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pert...
Pelantun lagu Cindai sememangnya seorang figura yang hebat! Awal minggu ini beliau berdiri dengan penuh anggun untuk mempromosikan Set Istimewa Vantage di GoShop dan berjaya menjual 22,000 set! Fuyoo Datuk Seri Siti Nurhaliza!!!! Tepukkkkkk Difahamkan 1 set berharga RM369.00 dan jumlah keseluruhan (laku keras) ialah 8.1 juta! Saya yakin sehingga hari ini masih laku keras!Januari yang sangat "awesome" dalam keadaan ekonomi yang kurang menentu. Rakyat Malaysia terutama kaum wan ita masih mempunyai kuasa membeli yang sangat hebat! Aura Datuk Seri Siti Nurhaliza cukup gah. Beliau seolah-olah membina "city" yang mempunyai jelatanya sendiri. Sebenarnya, setiap antara kita mempunyai aura sendiri. Kita juga boleh hebat dan berjaya! Tak perlu membandingkan kita dengan "CT". Beliau kalau menjual sambal belacan pun mesti berjuta-juta juga! Apa yang kita boleh lakukan ialah menggali peluang, mencipta peluang, memperbaiki diri, menerokai potensi, perlu bertindak...
Bismilahiromanirahim Marilah kita sama-sama berselawat kepada junjungan besar baginda Nabi Muhammad (S.A.W). Dia adalah kekasih Allah (S.W.T). Selagi dinamai kehidupan Umur itu adalah sebuah kesempatan Selagi tidak dipanggil pulang Mudalah dengan kesungguhan Dewasalah dengan pengajaran Tualah dengan pengalaman Lapangkanlah jiwa dengan kemaafan Sibuklah dengan kebaikan dan pengetahuan Belajarlah menghargai alam Kayakan dengan senyuman Semoga hari-hari mendatang untuk kita adalah yang baik-baik...moga pengakhiran hidup juga adalah baik... Ajal itu tanpa syarat, dijemput sakaratul maut pun tanpa tertunda walau sesaat cuma. Kita mempunyai 365 bab pada tahun 2019 untuk dilalui dengan warna warni. Panjang umur dilalui hingga bab yang terakhir. Samada bab 1 dipilih dengan hal-hal gembira nan ceria atau sedih dan mengecewakan, ia tetap harus dijalani. Semoga bab berikutnya penuh baraqah. Jadilah orang yang berbahagia dengan berbaik sangka ... Tulus, Fahmee Pr
Comments