Posts

Showing posts with the label General

Di penghujung Ramadan....

Pantas masa berlalu. Semalam yang pergi, tetap pergi. Hari ini mesti dilalui dengan sebaiknya sebab esok belum tentu hari menjadi milik kita. Andai maut menjemput, maka sudah tersirat dalam kalam Allah bahawa masa dan ajal seseorang itu telah tiba. Saat itu, diri tidak mampu menolaknya. Namun, jiwa selalu berdoa agar Allah sentiasa kasih, sentiasa memanjangkan umur agar diri masih diberi peluang untuk memperbaiki jiwa, memperkasakan iman dan diri juga masih ingin menghirup udara ciptaanNya, diri juga masih belum puas untuk "menjamah" syurga dunia dan diri juga ingin terus menjadi manusia yang soleh serta bertaqwa. Saya tahu.. DIA maha mendengar. Ramadhan kali ini saya rasakan sedikit baik dari yang lalu, walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki saya bersyukur Allah itu sentiasa kasih dan memberi kekuatan pada jiwa. Memberi peluang kepada saya untuk merasai terawih walaupun lompang, mendisiplinkan masa solat saya, memperbaiki cara pemakanan saya dan yang paling penting m...

Chef of the house!!!

Image
Ikan percik Kelate Style Kari Sotong Saya rasa saya seorang yang berbakat! haha, angkat bakul sendiri.. x kira.. x kira.. hoho.. saya juga rasa saya seorang yang hensem+comel dan perangai saya kadang2 macam budak2.. Hari ini 8/8.. maksudnya hari ini adalah Ramadhan yang ke 8.. Alhamdulillah... Ramadhan kali ini buat pertama kali saya main masak2 kt dapur kecik saya.. hoho.. buat pertama kali saya juga berpuasa di rumah sendiri di Shah Alam.. rasanya sedikit beza.. lebih rasa tenang dan sedikit selesa. Sepanjang 8 hari yang berlalu saya jadi chef of the house.... Ohh.. yeahhh.. saya dah berjaya masak sardin goreng, masak nasi (nge2), kari ayam, kari sotong, ikan bakar sos kicap berlada, siakap 3 rasa, udang bercili, nasi goreng, mee goreng, telur bakar berkeju, ikan percik, ayam percik, sayur goreng belacan, cendawan goreng seafoods, ayam masak kuzie dan ikan terubok goreng kunyit.. uhh sodap la jugak!!

Drama Anjasmoro yang menyesatkan!!!

Sekadar ingin berkongsi rasa dan luahan yang bermaya! Saya seorang rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik di Negara yang dikatakan demokrasi ini menyarankan agar kerajaan Malaysia, para ulama, mufti dan pihak berwajib mengambil tindakan kepada produksi cerita menyesatkan umat Islam, drama ANJASMORO yang ditayangkan oleh TV3. "Pemesongan dan niat untuk mengelirukan umat Islam secara terbuka ini harus dikecam oleh semua pihak! Ia adalah pengaruh fatal yang menimbulkan kudis, nanah dan virus kepada pemikiran umat Islam. Adalah sesungguhnya, tanpa curiga dan benar belaka, drama itu telah membuktikan kuasa "Syaitan dan Iblis" yang direka "mereka" melebihi kuasa Allah yang satu.. olahan drama itu memesongkan akidah!!!!! Pendustaan dan niat memesongkan Islam perlu ditanggung oleh pemerintah!

Terima kasih yea!!!

Image
Saya ingin berterima kasih kepada Jawatankuasa Pemilihan di organisasi saya yang telah mencalonkan saya untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010. Terima kasih kerana mempercayai dan memberi peluang kepada saya. Saya bekerja niat kerana DIA yang Maha Esa.. Buat bonda, terima kasih di atas doa yang tidak putus-putus.. Buat teman2 dan rakan2 sekerja terima kasih yea!!!

Daulat Tuanku

Image
The declaration of proclamation of His Royal Highness Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra son executed by the Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat at the Istana Balai Besar Kota Bharu on 13 September 2010. Tengku Faris was the Sultan of Kelantan is the 29th in history Sultanate of Kelantan. Tengku Faris was born on October 6, 1969 in Kota Bharu Kelantan. He was the Tengku Mahkota Kelatan date October 6, 1985 in his 16 years of age. Tengku Faris is regarded as a prince who liked people and religious. Since childhood he was given religious instruction by distinguished personalities. He received education at the School of Sultan Ismail, Kota Bharu (1976-1981). After getting excellent results in the UPSR, 5As, he went on to study at the Alice Smith School Road School Association Balemy Kuala Lumpur (1981-1983). His selection as to replace his father, Sultan of Kelantan, Tengku Ismail Petra Sultan Yahaya Petra son Amarhum viewed correctly. How...

Indahnya Jumaat 25 Jun...

Saya amat menyukai Jumaat! kalau di tempat kelahiran sendiri Jumaat adalah hari cuti. Jumaat adalah waktu yang singkat. Lewat 25 jun, pagi Jumaat saya dan Puspa ke Masjid Biru Shah Alam bagi menjayakan program Selangor Fam Trip 2010. Kami tidak dapat menyertai keseluruhan program yang berlangsung pada 25-29 Jun dek banyak kerja dan mesyuarat yang perlu dilunaskan. Untuk itu, saya dan Puspa hanya menjadi LO prgram yang berlangsung di Bandaraya Shah Alam sahaja. Perjalanan pagi diteruskan ke Denai Alam iaitu kawasan produk pelancongan baru. Ternyata ada ketenangan di situ. Angin sepoi bahasa dan persekitaran sedap mata memandang. Saya sempat bersarapan dengan Pengrus DARC, Mr Teo dan PR person Zharif (insan istimewa yang kaliber). Habis kemeja saya kotor kerana didera oleh "Red Indian" yang ada disitu. Terpercik peluh kerana "Red Indian" memang berniat mendera saya di depan umum... dan buat pertama kali juga dalam hidup, saya menunggang kuda. Sungguh teruja!! Perjal...

From : Author Unknown :

Take time to think. It is the source of power... Take time to read. It is the foundation of wisdom.. Take time to quiet. It is the opportunity to seek God... Take time to dream. It is the future made of... Take time to pray. It is the greatest power on earth...                                          (author unknown)

Belasungkawa Aminulrasyid…….

Image
Buat Bonda Norsiah (Sempena Hari Ibu) ... saya persembahkan karya ini sempena hari ibu yang lalu dan bingkisan dilontarkan di "Daerah Akar" hujung bulan lalu... Hujan petang di Shah Alam turut merasai kesedihan Air langit pun meratap sebuah kehilangan Berat kami memandang berat lagi derita jiwa Bonda Norsiah menanggungnya… Tiada sesiapapun yang boleh mentafsir akan peritnya sebuah perasaan Bersulam payah 9 bulan bonda menunggu dengan penuh sirna Putera Bonda Aminulrashid….. Daerah ini tahu…. Putera Bonda putera yang baik Anak yang taat, pelajar harapan Ramai yang tahu bonda…. Ramadhannya di Masjid Santun bongsunya penawar resah Bonda Dia adalah pewaris Negara Apakan daya……sempat menjengah sekadar 15 tahun usia Lazim hidup… Langit tidak ceria kalau tiada santun dan nakal Tapi nakal bersulam hemah Tertib tidak pernah disanggah Adat tetap dikejap kemas Bonda Norsiah… Andai kami mampu….. Kami akan tukarkan kebencian dengan sebuah kasih sayang Kami ...

Malam Puisi Riong-Shah Alam,Selangor

Image

Gamat yang "menggamatkan"

Image
Khamis lalu, saya sempat menonton teater muzikal gamat. Saya teruja apabila tiket untuk menonton di sponsor. Lebih terharu saya menerima 4 tiket untuk menonton teater muzikal ini. Pada mulanya saya turut mengundang beberapa teman, namun akibat hal-hal tertentu ada yang membatalkan di saat-saat akhir. Saya bersama kawan baik Zk tetap teruja untuk ke MaTiC. Walaupun jalan agak jam, Zk agak arif selok belok KL. Terima kasih juga kepada Pak Guard yang membenarkan kami parking di Zon Larangan, sebab parking telah full. Saya terserempak dengan personaliti Wardina yang turut beratur membeli tiket bagi keluarga beliau. Memandangkan saya masih mempunyai 2 lagi tiket extra , saya tidak teragak-agak memberinya kepada Wardina. Berkali-kali beliau mengucapkan terima kasih dan ingin membayarnya. Saya katakan ini untuk anak-anak Wardina. Terukir rasa terharu di wajah mulus wanita santun Malaysia. Mengenai teater Gamat, saya tidak ingin mengulas mengenai naskah ini dan estitikanya dari sudut...

Percy Jackson and the Olympians - The Lightning Thief

Image
Last night, I spent my time with my friend to watch Percy Jackson in Bukit Raja. The Movie starts at 11.55pm. Huhu, I'm still smiling. The movie certainly brought back pure fun and magic into the cinema going experience. Part of the fun is to see how other notable names in the casting list get to play up their gods and demon status. Uma Thurman stars as Medusa, spruced up by special effects snakes adorned on her head, which at certain points looked quite CG-ed for its own good. Hahahaha… gud job Medusa! Anyway, for people out there I’m suggesting all of you to see it on the big screen, the bigger the better. The movie was absolutely fun to watch! I give Percy Jackson and the Olympians - The Lightning Thief  9 out of 10! Synopsis...... It's the 21st century, but the gods of Mount Olympus and assorted monsters have walked out of the pages of high school student Percy Jackson's Greek mythology texts and into his life. And they're not happy: Zeus' lightning bolt has...

Warna 2010

Ada falsafah mengatakan "warna" itu adalah suatu lambang perpaduan. Semoga warna itu memainkan peranan dalam kehidupan. Bila jendela 2009 mula tertutup, saya cuba mengusir segala babak dan fragmen lepas agar berlalu, apakan daya bila kenangan itu terus merayap di dada jiwa. Semua orang berkehendakkan yang terbaik dalam hidup, ingin yang besar-besar belaka, cita-cita besar, rumah besar, kereta besar, gaji besar dan segala macam. Itu adalah keinginan normal bagi makhluk bernama manusia. Pokoknya, bukan senang nak mencapai semuanya tanpa ada kerberlangsungan usaha. Apa yang penting cubalah dahulukan apa yang termampu dengan kita. Jangan tergopoh gapah mengejar semuanya, takut nanti tercicir dek diri tak sabar. Hati kecil mengharapkan semoga warna 2010 adalah terbaik untuk saya, bonda dan semua. Semoga kita terus menghirup udara segar keamanan. Biarlah bait-bait api kebencian menjadi puing yang berterbangan dibawa angin puputan. Semoga tahun 2010 baik-baik sahaja untuk kita. ...

Salam Awal Muharram 1431 Hijriah

Angin puputan dari lembah, Awan mega penuh rona, Tahun berganjak usia berubah, Biar hidup dilalui sempurna.... Salam Awal Muharram 1431 Hijriah.. untuk semua teman, rakan dan taulan.... Moga Khalik lindungi kita semua dari bahaya sang dunia... Amin

Music For Youth's

Image

ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG KE 64 D.Y.M.M SULTAN SELANGOR

Image
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak)., D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J. Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya Bingkisan mengenai Baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah. Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M...

NATRAH@bertha

Image
Saya berkesempatan menonton Natrah, saya begitu teruja dengan arahan pengarah hebat Eirma Fatima yang baru sahaja menggondol 6 anugerah di Anugerah Skrin menerusi Tersasar Di Jalanmu. Teater Natrah..... Bicara Wan Aminah..."bukan soal anak angkat", walau tiada setitis darah mengalir di tubuh Natrah, tapi aku rela mempertaruhkan nyawaku demi Natrah kerana batinnya mengkehendakkan Islam.... kiblatnya adalah Kaabah.... Muhammad (S.A.W) adalah Rasulnya.. waima ia bersungguh.. hanya luahan rasa tidak bermaya... Natrah akhirnya disemadikan sebagai Bertha.

"Kedaulatan Raja - Warisan Yang Mesti Dipertahankan"

Semalam saya berkesempatan menghadiri Wacana Kedaulatan Raja – Warisan Yang Mesti Dipertahankan di Dewan Jubli Perak. Majlis yang dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor adalah satu majlis ilmu yang sungguh bermakna dan memberi pengertian yang sangat besar. Tahniah saya ucapkan kepada penganjur. Dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan, baru saya mengerti mengerti hakikat yang selama ini dikaburi dan tidak diberi kefahaman oleh politikus-politikus dan pemerintah. Sewajarnya, saya juga patut menyalahi diri sendiri kerana tidak membiarkan minda ini terus buta ditinggal masa. Penjelasan oleh Y.Bhg. Professor Emeritus Tan Sri Dato' Dr.Khoo Kay Kim, Y.Bhg. Dato' Salehuddin Saidin dan Y.Bhg. Datuk Professor Dr. Ramlah Binti Adam sungguh terkesan dan memugar paradigma. Saya akan berkongsi dengan kalian konklusi wacana di entry yang akan datang. InsyaAllah.

Salam NOVEMBER

Agak lama saya tak upadate blog. Sangat sibuk dengan kerja-kerja pejabat, tugasan luar dan hal-hal kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Cepat benar masa berlari. Hari ni dah 3 November. Hari ini genap 6 hari di rumah baru.. Adat bujang dan perantauan, pindah randah perkara biasa.. bak kata my bro, pindah randah banyak kali boleh jadi papa kedana.. aduyaiiii. Nauzubillah.. Dalam hati teringin nak ada rumah sendiri. Shah Alam hartanah sangat mahal. Saya ada teringin nak memiliki sebuah apartment yang 90% siap, bila ditanya kembali harganya.. owhh 245k.. tak mampu gua nak membayarnya. InsyaAllah jika ada rezki Alllah dalam hujung tahun ni atau tahun hadapan saya teringin memiliki sekurang-kurangnya sebuah apartment di Shah Alam. Bajet??? biarlah harganya tidak terlalu tinggi, yang mampu dengan saya.. hahaha.. nak membeli rumah?? huh, Shah Alam harga rumah landed house.. semuanya dalam 300k n above......nampaknya kena bermimpi setiap hari agar mimpi jadi realiti... Dalam meneruskan ag...

Saya seorang Islam, Melayu, Malaysia dan MERDEKA

Image
Saya bersyukur dilahirkan sebagai Islam. Sebagai muslim saya wajib beriman kepada Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana menciptakan alam tanpa pertolongan. DIAlah KHALIK yang Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Justeru, saya haruslah sentiasa memperbaiki diri untuk mendapat keredhaan Tuhan dalam erti kata yang sebenar. Semoga saya terus diberi ketetapan hati sehingga saya dikafankan. Akan kuberi hati ini untuk Tuhan yang Maha Pencipta. Saya bangga menjadi anak Melayu Kelantan. Saya akan memastikan semangat Melayu yang kuat dan taat bersendikan adat, bertunjangkan agama akan terus mekar di dalam jiwa saya. Sebagai Melayu, saya memikul tanggungjawab yang besar iaitu untuk hidup serumpun dan harmoni, tanpa mengundang curiga. Sebagai Melayu wirawasta, saya berusaha untuk hidup berdikari selagi ada kudrat. Saya tidak boleh mengharapkan subsidi atau menunggu emas yang tidak akan jatuh dari langit. Saya tidak mahu bermimpi di siang hari. Saya perlu ber...

"Ahlan Ya Ramadhan"

Image
Ahlan Ya Ramadhan , kau datang jua menemuiku yang lemah ini. Semoga DIA terus mengizinkan lagi untuk terus bertemu hingga ke akhir hayatku. Untuk teman-teman, saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa. "Awwaluhu Rahmah, wa awsathuhu maghfirah wa aakhiruhu 'itqun minnar naar" - Permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhiraanya pelepasan api neraka.