Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Pelantun lagu Cindai sememangnya seorang figura yang hebat! Awal minggu ini beliau berdiri dengan penuh anggun untuk mempromosikan Set Istimewa Vantage di GoShop dan berjaya menjual 22,000 set! Fuyoo Datuk Seri Siti Nurhaliza!!!! Tepukkkkkk
Difahamkan 1 set berharga RM369.00 dan jumlah keseluruhan (laku keras) ialah 8.1 juta! Saya yakin sehingga hari ini masih laku keras!Januari yang sangat "awesome" dalam keadaan ekonomi yang kurang menentu. Rakyat Malaysia terutama kaum wanita masih mempunyai kuasa membeli yang sangat hebat!
Aura Datuk Seri Siti Nurhaliza cukup gah. Beliau seolah-olah membina "city" yang mempunyai jelatanya sendiri. Sebenarnya, setiap antara kita mempunyai aura sendiri. Kita juga boleh hebat dan berjaya! Tak perlu membandingkan kita dengan "CT". Beliau kalau menjual sambal belacan pun mesti berjuta-juta juga! Apa yang kita boleh lakukan ialah menggali peluang, mencipta peluang, memperbaiki diri, menerokai potensi, perlu bertindak untuk melakukan perubahan dan yang paling penting melaksanakan hak-hak Allah (S. W. T). Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama! InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Anak Merdeka!!!

Sultan Muhammad V letak jawatan!