Posts

Showing posts with the label Fren n Life

Singapore....

Image
Berpeluang menikmati keindahan Singapore dan UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE sangat mengujakan! pembukaan 2012 yang sangat baik saya kira :)

Sayonora 2011!!!

Berat untuk berceritera memandangkan kekangan masa yang terbatas dan "mood" yang malas dipenghujung tahun. Saya harus mengucapkan selamat berpergian 2011. Pergilah bersama fragmen yang pelbagai rupa dan bentuk membawa kisah suka, tawa mahupun sedih yang melewati 2011. Alhamdulillah saya melalui 2011 dengan baik. Banyak cabaran yang saya depani dengan rasa sabar. Saya juga khuatir pada awalnya, adakah saya mampu menggalas cabaran hidup yang semakin lama semakin berat. Saya ringkaskan antara perkara yang tidak menarik bagi tahun 2011.Saya mengalami sakit yang teruk dan terpaksa berulang alik ke DEMC, gagal dalam ujian yang saya yakin saya lulus, berdepan karenah bodoh yang sangat menyakiti hati, mengalami retak kaki yang teruk dan terpaksa mendapat rawatan KPJ dan saya juga kurang cerdik dalam membuat dan menilai pertimbangan diri dalam beberapa perkara. Saya amat kesal. Kalau difikirkan jua, ia bukanlah tahun begitu teruk kerana Allah itu amat menyayangi setiap hamba-ham...

Tentang Sahabat...

Image
Saya menyayangi sahabat saya dengan seluruh jiwa. Menyemai rasa amanah kepada akrab saya dengan penuh tanggungjawab. Menyanyangi tidak semestinya memiliki. Memadai dengan seluruh jiwa yang ikhlas tanpa berharap apa-apa. Maka benarlah kata pujangga, "Persahabatan adalah cinta yang tidak bersayap". Lumrah manusia, ingin disayangi dan menyayangi. Walau betapa kerdilnya perasaan, tetapi kita harus memliki jiwa yang besar. Dunia ini adalah sempurna yang dipinjamkan KHALIK kepada kita. Nikmatilah ia semampu boleh, secara sederhana dan hemah. Benda yang dipinjamkan boleh ditarik dan diambil balik oleh empunya KUASA bila-bila masa. Seorang ibu adalah kurnia agung dari Allah, maka dilengkapkan kurniaan itu dengan bapa, adik-beradik dan saudara. Kita semua adalah bersaudara.. Sesungguhnya sahabat wujud dari sebuah pertemuan, dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta kali perjuangan dengan sebuah keikhlasan atas nama Allah. Andai seorang sahabat m...

Gonjeng!!!

Image
Buat pertama kali dalam hidup saya membotakkan kepala. Terasa lega apabila melunaskan janji pada niat yang pernah dilafazkan. Saya bangga...saya rasa bersyukur jua! Semoga yang baik-baik saya jalan hidup untuk kita semua.Petang tu, saya yang gonjeng ini ke The Curve untuk meneruskan misi cari makan di tempat yang saya LIKE!!! Hahah MARCHE... total lunch cum dinner RM166.30... worth it! Dalam hidup, kadang-kadang kita harus menikmati perkara kecil... yang selalunya memberi nilai yang besar pada diri....

Salam Lebaran....

Salam lebaran buat tatapan! Selepas sebulan kita berpuasa menunaikan tanggungjawab sebagai muslim, maka Aidilfitri kita raikan dengan rasa kemenangan. Seperti biasa, perasaan teruja untuk pulang ke desa tercinta menyergap jiwa. Kali ini, aku memandu pulang ke kampung. Terasa perjalanan amat lama. Melalui lebuh raya Pantai Timur terasa sedikit lapang walaupun perjalananya panjang. Sempat berhenti di "wilayah" Temerloh. Diri tersenyum sendirian dan moga-moga semuanya baik belaka.. Dalam jiwa, hati tidak pernah putus berdoa agar perjalanan aku dipermudahkan. Alhamdulillah, dengan izinNya aku selamat sampai ke desa tercinta.... SALAM AIDILFITRI!!!

Dari jendela 9 Ogos...

Hari ini sebenarnya saya ingin cuti, x mo keje, nak dok ilex2 sajer memandangkan hari ini adalah ulang tahun kelahiran saya. Umm, orang kata umur itu sekadar angka, tapi masa tetap berjalan tanpa menoleh sesiapapun.. hidup tetap dijalani seadanya. Dek kerana ada kerja, mesyuarat dan majlis yang perlu dilunaskan, saya tetap ke pejabat seperti biasa. Hari ini saya rasa sedikit tenang dan terasa sungguh damai di bulan penuh keberkatan ini. Moga Allah terus kasih. Saya ingin berterima kasih kepada teman, rakan dan taulan atas ingatan buat saya dengam memberi ucapan ulang tahun di Facebook atau boleh juga dipanggil muka buku.. hehe.. Buat sahabat dan akrab saya.. terima kasih juga kerana ingatan kalian tetap kukuh buat saya. Jua terima kasih kerana selalu saja menjadi pertama, kedua dan ketiga.... hahaha.... Hari ini saya berbuka puasa di I-City Shah Alam kerana terikat dengan majlis berbuka puasa bersama Standco Pelancongan Negeri. Turut hadir ialah kenamaaan, yang diraikan ana...

Ramadhan kembali menjengah...

Image
Dari Abi Hurairah r.a, Nabi SAW juga bersabda : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan pengharapan nescaya akan diampun dosa-dosanya yang terdahulu."(Riwayat al-Syeikhan) Alhamdulillah saya memanjat syukur pada Allah kerana tubuh mungil ini masih mampu menghirup udara yang segar. Masih lagi berpeluang melihat kebesaran dunia milik Allah yang esa. Hari ini 2 Ogos, bersamaan juga 2 Ramadhan. Bulan keberkatan dan pengampunan kembali dan saya bersyukur kerana masih dapat menatap wajah Ramadhan kali ini. Saat Julai 2011 berlalu, ia tamat di situ. Tinggalkan noktah yang tak mungkin berulang. Hanya memori yang kita akan kenang, kalau ia baik.. ia boleh menghiburkan jiwa dan sebaliknya kalau memori itu kelat, pahit atau maung.. ia mungkin berbekas parut dalam sukma. Saya berharap bulan Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari sebelumnya. Menginjak umur yang semakin meningkat, menjadikan saya lebih wajar dan matang. Diam itu kadang-kadang lebih baik dari berkata-kata ...

Dari jendela hati saya....

Bila Julai bertandang, maka Jun pergi jauh-jauh.. mengusir perkara yang tidak enak bukanlah sesuatu yang mudah! saya kira Jun yang lalu ada suka duka, saya dapat melepaskan rindu pada bonda tercinta, merasai pengalaman hebat dengan persembahan Magical Musicals di Sunway Lagoon, menonton Sound of Musics di Plenary Hall, KLCC dan Jun juga saya dimalukan oleh sang sial tanpa rasa berdosa... Hari ini 18 Julai.. rasa penat 16 dan 17 Julai semalam sempena Koir Selangor Shines masih lagi terasa. Saya biarkan penat itu terbang di bawa angin kering.. saya rasa bersyukur kerana dapat melunaskan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan sebaik mungkin. Biarpun ada yang "menyalak" dengan beberapa perkara yang bukannya bidang saya, saya terima dengan terbuka. Biarkan "salakan" itu akan megiringi semua keturunannya. Saya melalui minggu kedua Julai baru-baru ini dengan hati yang sangat remuk dan emosi yang terganggu. Terasa diri terlalu bodoh kerana gagal berulang kali dengan perkara ...

D.A.P

Image
Haha.. saje published this foto .. foto lama yang diambil oleh my PR fren, Ar-Rohim.. Tadi call my mentor @ papa @ Dato Ariffin... i juz tell him that im fall in luv with someone ... dia cakap.. uh Fahmee u r D.A.P now... haha? mampus terkejut sekejap... rupa2nya D.A.P itu adalah Di Alam Percintaan... chomel giler ayat tu....

Menjadi Aku

Bonda selalu berpesan, ikhlaslah menjadi diri sendiri. Jujurlah pada setiap sahabat2 mu walaupun jujur itu akan membunuh dirimu. Kalau dada ini boleh dicarik-carik dan sekeping hati kecil boleh berkata-kata dan menzahirkan rasa ikhlas itu mau saja dibukti. Usai agin kering pergi dan bawa sekali rasa itu, biar ia pergi.. Menjadi aku adalah baik dari menjadi sesiapapun! Bebas membuat keputusan hidup dan yang pasti dengan sekuat tenaga aku harus jalani hidupku.

Salam untuk dia....

Image
Salam untuk dia.... semoga dia baik2 sahaja meneladani hidup dan agar semangat dia kental dengan himpunan buku2 dan tugas hakiki. Kalau dia adalah benar milikku, aku terima anugerah Tuhan ini dengan penuh hemah dan hikmah. Semoga tercipta bahagia.....

Walahuuu..

Buat my fren Anson, Hepi Chinese New Yer.. Gong Xi Fa Cai.. moga2 ini taun Alnab Emas bawak lebey manyak wooo rejeki, hapiness dan kesihatan, buat kamu sekeluarga!!! Cuti agak panjang memberi peluang kepada perantau balik ke kampung. Saya doakan perjalanan kalian semua selamat hendaknya. Saya tidak berkesempatan untuk balik cuti sempena Tahun Baru Cina ini kerana saya "standby" untuk any event related with CNY tapi lega event besar not executed. Saya akan pulang ke KB pada awal MAC! muahh..muahhh rindu bonda. Beshh gak cuti 2hr wexday + 2 hr wexend agak berbaloi. Ronda2, cuci keter yg kotor dan calar balar, hair cut, beli stok makanan, tgok muvi The Green Hornet dan paling beshh got a sweet moment.. walahuuu.. tq..

Jika Tercipta Untukku..

Jika yang tercipta itu adalah milikku.. Ia adalah sebuah anugerah Andai hadirmu buat ku, itu maha indah Jika benar tercipta untukku Tidak mudah memahami Bukan senang tuk mengerti Andai ikhlas merajai Pada tangkal hati Tiada lagi sangsi.....

Transformasi, realiti dan ilusi....

Hari ini 24 Januari, bermakna sudah 24 hari telah dirintis bagi tahun 2011. Sedikit gawat pada penghujung 2010 dan permulaan 2011. Saya juga merasa lesu dan kelu. Serabut bermain di minda. Rasal bebal dan geram juga meronta jiwa dek banyak hal yang membelenggu diri. Tabah dan redha adalah jalan yang terbaik walaupun ada duri-duri yang tajam di selekoh perjalanan. Inilah sekolah kehidupan yang seringkali ada manis, pahit maungnya. Permulaan yang kurang baik menyebabkan keinginan transformasi menjadi terbantut seketika. Yang besar itu adalah nafsu dan yang berat adalah amanah. Menghadapi realiti kadang kala jiwa menjadi lenguh. Lebih baik berilusi dan berangan. Tinggalkan saja resah itu,bisik jiwa kecil. Jalan hidup masih jauh. Langkah tidak boleh dimatikan dengan sebuah kekecewaan. Biar...biar.. biar.... ku pujuk jiwa. Mencari semangat yang hilang bukan senang. Cuba nikmati perkara-perkara yang kecil dalam hidup untuk dihargai.

Cuti-Cuti di PD

Lewat November lalu.. saya bersama kawan2 cuti2 di PD.. 3 Hari 2 Malam kami lepak di Chorus Paradise Hotel. Uhhh, time cuti skula agak ramai yang bertandang. Terima dengan hati yang lapang.. Menikmati makanan laut sebagai menu makan malam agak mengujakan. Suam-suam sedap, bolehlaaa dari kelaparan... my fren ZK dan Azah nampak berselera. Kami juga teruskan agenda dengan program jalan-jalan waktu malam disekitar PD.. Meneruskan hari kedua dengan aktivti yang agak mencabar, banana boat .. huhu... besh dan gila2.. ZK hampir lemas!!! saya sendiri kepenatan akibat dicampak ditengah laut. Nasib baik ada jaket keselamatan. Menikmati makanan tengah hari yang tidak sedap kami teruskan dengan bermain bowling di bandar PD.. bolehlaaa.... sekdar menang tempat ke 3... janji gangsa.. huaha.. buat Azah, berusaha dengan lebih gigih lagi yaa!!! Sisa-sisa malam dihabiskan dengan akitiviti karoeke .. agak enjoy !!! uhaaa semua menunjukkan bakat. Saya rasa mual dan jijik apabila melihat ramai anak muda M...

Huh.. Aidiladha........

Salam Aidiladha buat semua. Buat pertama kali saya ambil bahagian untuk akikah di kampung. Berwakilkan bonda untuk untuk uruskan akikah di desa tercinta. Saya menunaikan solat raya di Jalan Klang Lama, memandangkan flite ke KB jam 4 petang. Tiada apa yang menarik di sini, suasananya adalah biasa-biasa saja. Kerana leka dan pengurusan masa yang kurang tepat, saya hampir ditinggalkan oleh oleh AirAsia. Aduyaaiiiii terasa kecut perut yang amat. Alhmadulillah nasib saya baik. Cukuplah pengalaman ini terjadi sekali... no more!!!! Yehhh, sudah sampai umah wooooo..... hepi n enjoy bersama bonda dan anak2 buah yang agak ramai. Percutian yang singkat dimanfaatkan sebaik mungkin. Kembang badan apabila menu utama berasakan daging. Daging goreng, gulai daging, sup daging, kuzie daging dan macam2 lol. Hepi bangattttttttt..

Biarkan berlalu...

Saya tidak sihat semenjak kebelakangan ini. Ada saja yang tidak kena. Terasa sesuatu yang pelik membelenggu diri. Satu badan mengalami kesakitan dan kejang. Emosi juga tidak stabil. Menjadi pemarah, tiba-tiba murung dan kadang-kadang ingin menangis. Saya cuba bertindak rasional dan mengawal diri dengan kudrat yang kental. Alhamdulillah, lewat malam Sabtu yang lepas... semuanya kembali tenang dan moga-moga perkara yang tidak baik itu berlalu.... biar berlalu jauh. Tiada siapa pun yang menyeru..... Semoga Allah melindungi saya, bonda, keluarga dan teman-teman semua. Semoga dijauhi hasad dengki manusia, perbuatan khianat ataupun syak wasangka. Nauzubillah la minzalik..

Adiwarna...

Lama benar tak menulis diruang siber ni dek terlalu sibuk dengan kerja. Lewat September lepas adalah saat yang sangat kalut dan penuh dengan perkara yang diluar jangka! Saya berhempas pulas untuk memastikan Muzikal Adiwarna ditampilkan dengan penuh terbaik. Saya bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan sekerja dan barisan tenaga kreatif yang baik dan profesional. Saya sedaya upaya melunaskan tanggungjawab saya bagi meraikan Sambutan 10 tahun Bandaraya Shah Alam. Pengalaman bersama-sama dengan pihak produksi "Muzikal Adiwarana" adalah sesuatu yang sangat bez, suka, macam cuka pun ada, tapi sangat enjoy!! saya turut belajar ayat-ayat baru seperti kekwat, sentap dan macam-macam ayat yang melucukan. Ini semua 'kerja-kerja" artis budaya. Ha..ha..ha Sebagai Pengarah Muzikal Adiwarna, saya cuba menzahirkan sedaya mungkin "buah tangan" pertama saya. Saya mengolah dengan cara saya, dibantu oleh barisan tenaga kreatif yang saya rasakan mereka semua adalah hebat dan p...

"Leo Rules"

Cepat sungguh masa berlari, saya bertemankan Ogos untuk terus menghirup udara keamanan. Berbekalkan keyakinan diri dan tujuan hidup yang sebenar saya harus bersemangat hingga akhir hayat. Semalam, 9 Ogos bertambahlah lagi usia saya, dengan penuh syukur saya memanjatkan rasa kerdilnya sebagai hamba kepada MAHA PENCIPTA di atas peluang dan kesempatan untuk terus merasai nikmat dan peritnya dunia. DIA MAHA SEGALANYA!!! Saya lemparkan senyuman saya untuk dunia, saya yakin jiwa akan terus muda. Saya juga ingin dedikasikan rasa terima kasih buat bonda tercinta. Bonda tiada galang ganti walau dengan nyawa sendiri. Saya suka ringkaskan hidup ini, tidak mahu ia menjadi rumit dan melankolik. Apabila hidup penuh dengan krisis pasti ia akan menjeratkan diri dengan konflik. Sebagai manusia, kita harus akur dengan catitan dan kamus hidup yang sememangnya telah tertulis sejak azali. Tidak salah menjadi yang terbaik dan menjadi manusia yang luar biasa. Setiap orang punyai impian, tak khilaf untuk berm...

Dari Jendela Surabaya....

Saya memanjatkan syukur pada yang Esa kerana program Lintas Budaya di Surabaya telah lunas dengan penuh bermakna. Delagasi Shah Alam seramai 22 orang telah selamat pulang ke Shah Alam pada 25 Julai 2010. Lewat berada di sana kumpulan kami telah membuat dua kali persembahan iaitu di BG Junction Mall bermula jam 4.00 petang waktu Surabaya 23 Julai 2010 dan persembahan kedua bermula jam 8.00 malam waktu Surabaya 24 Julai 2010 di Taman Surya, Balai Kota Surabaya. Sepanjang di sana, saya sangat teruja kerana dapat mengenali Kota Surabaya secara dekat. Kota yang sangat bingit dan penduduknya yang padat membuat saya sedikit kekok namun saya adalah jenis orang yang cepat menyesuaikan diri. Kami menginap di Hotel Singgasana yang terletak di luar Kota Surabaya. Pilihan yang sangat baik, nyaman dan sangat selesa. Saya amat cerewet mengenai makanan, teman-teman saya maklum mengenai perihal itu. Di Surabaya saya nampaknya “melantak” apa yang ada tanpa banyak soal. Uhh sedap banget foods dia.. pa...