Posts

Showing posts with the label News n Issue

SEMBAH TAKZIAH

Image
Sembah takziah, Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Alutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail,Sultan Johor yang telah Mangkat pada jam 7:08 petang semalam. Semoga Almarhum DYMM ditempatkan bersama golongan meraka yang Beriman... Al-fatihah...

Hey KHAMIS!

Image
Bersama dengan PR Manager, TSSB-En Saat Sekitar Gimik Pelancaran Rakan-rakan media "Semoga Khamis ini menjadi yang terbaik untuk semua" begitulah text sms yang dikirim oleh teman media Ku Ars Azman. Di tempat yang sama di seksyen 2 Shah Alam, kelihatan JPJ sibuk menyaman pesalah trafik. Masa yang genting dek kesibukan orang ramai berpusu ke tempat kerja. Huh, 2 minggu lepas saya juga telah disaman dan terpaksa membayar RM300 kerana melanggar lampu KUNING! tension sangat! lampu KUNING pun kena saman ke??? Lepas kejadian itu, saya nekad untuk menjadi pemandu yang berhemah, pastikan belt dan jgn sesekali langgar lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit! AWAS! Pagi yang sibuk, saya meluangkan masa hampir 1 jam di Studio untuk melihat latihan penyanyi Roy bersama dengan kombo MBSA membuat latihan bagi program D'Muzik@LB -"KAMI ANAK MALAYSIA" pada 26 Julai ini. Ermmm.. nampaknya semuanya berjalan lancar. 12.30, saya terpaksa bergegas ke Pejabat SUK untuk mengha...

Kontroversi (PPSMI)

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima impak besar sekali lagi apabila kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup menolaknya secara tuntas. Buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan, mereka melontarkan justifikasi yang kukuh menolak dasar tersebut dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan pada sidang media di Rumah PENA. Alasan-alasan itu, antaranya: 1.Kebanyakan pemenang Anugerah Nobel tidak datang dari negara pengguna bahasa Inggeris tetapi negara-negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh. 2.Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca". 3.Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan. Pertama, warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan s...

A Charity Dinner Show 2008

Image
Terima kasih kerana mengundang saya ke majlis show amal yang bertempat di Holiday Villa. Rasa tehibur dengan persembahan Adibah Nor, ternyata Adibah pandai memainkan peranan sebagai emcee dan penyanyi pada malam itu! Kehangatan majlis bertambah apabila giliran Anuar Zain mengambil tempat.. ternyata alunan vokal Anuar sangat mantap! Apa2 pun saya rasa terhibur pada malam itu...

Jom makan buah bersama Y.A.B Dato' Menteri Besar

Bertempat di dataran Dewan Undangan Negeri, Pejabat SUK Negeri Selangor telah berlangsung pesta jom makan buah-buahan tempatan bersama Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor. Turut serta ialah Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ahli (MMKN), S.S Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, dif-dif jemputan, delegasi dari Africa, dan hampir 1000 lebih warga kerja di Bangunan SUK. Walaupun hujan mula renyai, dek aroma durian, kelazatan manggis, rambutan dan langsat warga kerja tetap bersemangat menikmati buah-buahan tempatan. Huh, saya sendiri kekenyangan dengan buah-buahan tersebut. Memang sedap!!! Apa-apapun saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan pesta buah-buahan tadi. Saya beranggapan, ini merupakan satu langkah positif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengeratkan hubungan Pentabiran Kerajaan Negeri bersama warga kerja. Tahniah!!!

Sempena Sambutan 100 hari pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

Image
Jumaat lepas.. jadual yang sangat padat! Menuntut komitmen yang jitu bagi memastikan Sambutan 100 hari pentadbiran kerajaan negeri Selangor berlangsug dengan jayanya.Majlis yang berlangung di Stadium Shah Alam itu turut dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Y.B Lim Kit Siang dan Y.B Mohd Amar Nik Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dan dif-dif kehormat yang lain. Lebih 40 ribu rakyat Selangor membanjiri Stadium pada malam itu. Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim dalam ucaptamanya telah mengumumkan tujuh dasar baru Kerajaan Negeri yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat di negeri ini.Tujuh dasar itu ialah bekalan air percuma 20 meter padu, program peningkatan hasil daripada bahan batuan dan mineral, tabung anak kelahiran Selangor, hadiah anak masuk universiti, caruman takaful dan perubatan percuma warga emas, pusat khidmat krisis sehenti (OSCC), dan tabung pendidikan anak-a...

Malam Apresiasi

Image
10 Jun -Terima kasih diucapkan kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor kerana mengadakan malam apresiasi kepada semua warga kerja yang telah menjayakan Persidangan DUN yang ke 12 tempoh hari. Majlis yang diadakan di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar itu juga turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri , Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri dan dif-dif jemputan. Majlis bertambah meriah apabila Y.A.B Dato’ Menteri Besar sudi untuk menghiburkan para hadirin dengan 2 buah lagu.

Kenaikan harga minyak, rakyat terjerat!

Kenaikan harga petrol dan diesel pada kadar 41 peratus sebagai membebankan rakyat dan yang terburuk dalam sejarah negara. Sementara itu, ganjaran memberi wang tunai kepada pemilik motosikal dan kereta pada akhir tahun tidak akan meringankan beban rakyat yang sebelum ini dibebankan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan seperti beras, ayam dan tepung. Pemberian RM625 setahun bagi kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc hanya menjimatkan RM2 sehari. Lazimnya, apabila harga bahan bakar naik, kesan kepada kos kehidupan akan melambung dan inflasi meningkat. Sebagai negara pengeluar minyak, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga bahan bakar itu sebegitu tinggi walaupun ia adalah fenomena dunia yang tidak dapat dielakkan. Negara India yang bukan negara pengeluar minyak hanya menaikkan harga petrol sebanyak 10 peratus hari ini. Kenaikkan harga minyak adalah satu tahap yang cukup menjerat kehidupan rakyat. Kita dihadiahkan den...

Catatan dari Concorde, Shah Alam

Image
Majlis Santapan/Jamuan Makan Malam Sempena Pembukaan Penggal Pertama DUN Selangor Yang ke-12 telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam. D.Y.M.M Sultan Selangor telah berangkat tiba pada jam 8.45 malam. Majlis pada malam itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan. Pada majlis yang sama, D.Y.M.M Sultan Selangor berkenan untuk menyampaikan hadiah Acara Riadah kepada Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Memanjat syukur pada Khalik yang Esa, majlis tersebut berjalan dengan lancar. Sekali lagi pada malam itu, mata melirik dan meninjau-ninjau.... hati tetanya-tanya... di mana gerangan kelibat Ahli-Ahli Yang Berhormat dari Proksi Pembankang?

Catatan dari Istana Bukit Kayangan

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan pada 20 Mei lepas. Dato’ Menteri Besar mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Dalam pada itu, di majlis yang sama, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Datuk Zauyah Be Lot Khan menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) dengan membawa gelaran Datin Paduka. Beliau sebelum in tidak dapat hadir pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-62 Sultan Selangor pada 11 Disember lalu kerana mengerjakan ibadah haji. D.Y.M.M Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali. Turut menerima watikah pelantikan ialah sepuluh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ne...

Keberangkatan D.Y.M.M Sultan Selangor di Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Pringkat Negeri Selangor

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah (S.W.T), dengan limpah taufik dan inayahNya,Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Selangor telah pun berlabuh tirainya bagi tahun 1429 Hijriah bersamaan 2008 Masehi. Majlis penutupan ini sungguh bermakna apabila D.Y.M.M Sultan Selangor telah berkenan berangkat hadir. Turut hadir di majlis tersebut ialah Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor dan dif-dif kehormat yang lain. Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan Nasyid dari kumpulan In Team dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Qari dan Qariah. "....dan berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah dan jangan kamu berpecah belah sesama kamu"- Al Imran ayat 103

Seminar Khas untuk Y.B Ahli Dewan Negeri Selangor

Seminar khas bagi Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor diadakan pada 8-10 Mei yang betempat di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri Selangor. Perasmian Seminar Khas itu dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor. Objektif seminar ini ialah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada Y.B Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor berkenaan perkara-perkara seperti Struktur Pentadbiran Negeri, Pembangunan, Undang-Undang Tubuh, Peraturan Tetap Dewan, Etiket dan Protokol, Komunikasi Berkesan, Akta Pencegah Rasuah, Zakat dan taklimat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taklimat ini disampaikan oleh mereka yang arif di dalam bidang-bidang tersebut. Sebagai Pengacara Majlis, saya melihat seminar ini mempunyai signifikasi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam melestarikan lagi tugas mereka. Saya hairan apabila Seminar Khas ini tiadak dihadiri oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dari proksi Pembangkang sedangkan ada dikalangan mereka menyatakan untuk hadir ketika dihubungi. Apa ya...

Pak Lah deny the speculating....

"I am here. They are all speculating that i want to run away. That i have quit. But why should I resign? My goverment has a strong. Although not two-thirds, it is strong. Why should I run away from responsibility?"