Posts

Meneroka skytrex!

Image
Lewat 23 Februari yang lalu, saya memenuhi jemputan ke Program TS Day Out-Skytrex yang dianjurkan oleh Tourism Selangor Sdn Bhd. Lebih 30 peserta yang turut menyertai program tersebut di Taman Botani Negara Shah Alam. Terasa nyaman bila kaki menjejaki ke sana di samping dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Kisah saya juga telah diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian pada 10 Mac 2013. Terima kasih wartawan Roshlawati. Buat pertama kali saya mencabar diri untuk melakukan aktiviti yang mencabar iaitu Skytrex adventure. Ia adalah aktiviti menempuh halangan di atas udara. Aktiviti ini menguji keberanian kita melawan rasa takut dan gayat. Ini bukan cabaran biasa! Setiap peserta yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan harnest, dua buah caribiner yang diikat pada tali lanyard , pully dan sarung tangan. Sebelum pengembaraan bermula, penerangan dan demonstrasi mengenai cara-cara penggunaan setiap peralatan, soal keselamatan serta langkah-langkah kecemasan a...

Aku dan braces!

Hey! hari ni hari ke 5 aku memakai braces. Dalam erti yang lain aku bergigi besi. Memakai braces bukanlah sekadar untuk suka-suka atau berfesyen. Aku imbas balik sejarah lalu. Sememangnya niat untuk memakai braces ialah bermula dari sekolah menengah lagi. Memandangkan hospital kerajaan terpaksa menunggu lama, sehinggakan bila da belajar di UiTM, giliran tak kunjung tiba. Apakah ini satu birokrasi? huahua..cer tanya Kementerian Kesihatan???? Aku sangat tak mampu untuk membuatnya di klinik swasta memandangkan kos rawatannya sangat tinggi. Tambahan pula, aku anak kampung yang lahir dari keluarga sederhana. Aku belajar pun bergantung kepada PTPTN yang sampai loni hutangnya yang bertimbun aku nak kena bayar bulan-bulan! Bila dah keje dan umo pun makin tua, aku akhirnya nekad untuk memakai braces dan keputusan yang diambil ialah pada hujung tahun lepas. Selepas menyelesaikan beberapa urusan yang perlu seperti x-ray, scaling, tampalan dan hal2 lain yang terkait, maka Ahad 10 Feb adalah ...

Menyingkap tabir 2013

Image
Alhamdulillah, TUHAN masih pinjamkan umur buat aku. Kali ini aku lebih suka untuk menulis secara santai dan mungkin terpaksa langgar bahasa, bermakna penulisan blog aku mungkin aku terdapat caca merba, penggunaan bahasa rojak dan bagai... hurmmm... lebih jujur. Ape2 pun maaf yea! :) Tahun bertambah maka umo pun bertambah. memang tua dah pun aku. Tahun 2012 yang lalu dilalui dengan baik walaupun di penghujung tahun aku dilanda krisis "relationship" yang sangat hebat! jiwa aku tak kuat unutk berkongsi rasa sedih dan sakit itu. Aku tau, LEO ni sensitif orangnya. Demi ALLAH, aku cuba kuatkan hati dan terus bertabah.. parutnya dalam! Semua orang berharap yang baik2 saja dalam hidup mereka. Sama seperti aku, mengharapkan yang baik-baik juga. Kita mampu berharap dan merancang tetapi ALLAH adalah perancang yang besar dan hebat. Kepada DIA yang MENCIPTAKAN.... aku berharap 2013 ada cahaya yang lebih baik. Aku ingin lebih mendekati diri kepada DIA, ingin berusaha menjad...

Selamat tinggal MERLIN

Image
Saya sungguh menyukai drama MERLIN! Drama fantasi ini sangat kena dengan jiwa saya. Dari musim pertama sehingga ke musim yang terakhir iaitu ke 5, bermakna 5 tahun juga saya begitu setia dengan MERLIN. Literalnya, ia dalah sebuah drama berorientasikan sifat kemanusian dan persahabatan. MERLIN membariskan bintang-bintang seperti Colin Morgan sebagai Merlin, Bradley James sebagai Prince Arthur, Anthony Head sebagai Raja Uther, Richard Wilson sebagai Gaius, Katie McGrath sebagai Morgana dan Angel Coulby sebagai Gwen. Pada hemat saya,  Merlin adalah satu imaginatif yang diadaptasi dari naskah legenda yang megujakan. Kita akan mengenali beberapa watak yang berbeza melalui drama ini. Apa-apa pun, akar kepada drama ini ialah Merlin itu sendiri.  Dia ialah pemuda yang mempunyai kuasa magis yang hebat. Namun ia harus menjadi rahsia agung. Prince Arthur pula dikenali dengan sikapnya yang bodoh sombong, egoistik dan keras kepala tetapi di sebalik sikap buruknya itu, dia ju...

Antara aku dan kek!

Image
  Entri kali ini ialah pasal kek! Cuma aku nak katakan yang aku amat suka kek... biarlah orang nak kata apa pun.. aku tak heran sebab yang belinya menggunakan duit aku dan yang makanya adalah diri aku. Hehe! Keterujaan pada kek menyebabkan aku jadi berisi secara tiba-tiba. Berpenat lelah di pusat gymnasium Celebrity Fitness juga adalah sia-sia. Akhirnya aku memilih untuk menamatkan kontrak di CF Subang Prade. Kek menjadikan aku bahagia dan melupakan masalah buat seketika, Menikmati rasa sedap dan manisnya menyebabkan aku begitu gembira. Apatah lagi kalau kek itu pelik ia akan menambahkan rasa teruja. Kek yang cantik tidak semestinya sedap yea! Hye si manis O la Br ata , dirimu amat mengujakan!

Sisipan di Singapore....

Image
Alhamdulillah, ini kali kedua sepanjang tahun 2012 saya berpeluang ke Singapore! Melihat Singapore sebagai sebuah negara kecil tetapi sangat hebat! Malah warganya juga berjiwa besar. Apa2 pun saya gembira dan teruja....  

Lamanya tak berblog!!!

Aduyai sangat lama x berblog! Mungkin saya lebih suka untuk bermuka buku?? sebenarnya faktor masa. Ada hal-hal yang boleh kita kongsi dengan orang, dan ada hal-hal yang harus kita tutup kejap dan menjadi rahsia diri. Berblog kadang-kadang memugar paradigma, dan kadang2 tiada apa yang hendak dikata. Kosong, kelu dan "kejong", menggunakan bahasa Kelatan. Untuk tatapan, saya tinggalkan kata2 ini.... "Hidup kita biarlah bertujuan..."