Posts

SPB Yang di-Pertuan Agong, SPB Raja Permaisuri Agong dan DYMM Sultan Selangor berangkat ke "Malam Menjunjung Kasih"

Saya diberi amanah unutk menjadi pengarah persembahan dan floor manager bagi program "Malam Menjunjung Kasih" sempena kebarangkatan SBP YDPA ke Shah Alam. Bukan tugas kecil yang saya pikul tetapi saya sedaya melunaskan sebaik mungkin. Dibantu oleh stage manager Azmi Ariff dan barisan tenaga produksi, tugas besar ini dilaksana dengan penuh hemah!

Saya Anak Merdeka!!!

Sejarah itu tidak boleh dipadam..... tetapi ia boleh dipinda.. Sejarah itu mendewasakan...dengan sejarah ia mematangkan. Orang2 dulu berjuang sedaya keringat untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Hari ini kita menikmati nafas segar dek orang2 terdahulu. Saya tidak mahu menjadi kacang lupakan kulit. Saya bersyukur menjadi anak merdeka! Jika direnung, Malaysia adalah lebih baik dan aman berbanding dengan negara-negara yang bergolak yang lain. Namun, sebagai anak merdeka, saya tidak boleh diam.. saya tidak boleh memandang saja apabila Malaysia dimusnahkan oleh pemimpin2 yang tamak dan gilakan kuasa. Saya kena ambil peduli apabila melihat kerakusan oleh puak2 yang menindas rakyat yang hanya besarkan perut sendiri.. seperti lembu yang kekeyangan.... saya dan anda harus berbuat sesuatu! kita harus memilih barisan kerajaan yang mampu berbakti kepada rakyat! Rakyat adalah kerajaan!

Salam Lebaran....

Salam lebaran buat tatapan! Selepas sebulan kita berpuasa menunaikan tanggungjawab sebagai muslim, maka Aidilfitri kita raikan dengan rasa kemenangan. Seperti biasa, perasaan teruja untuk pulang ke desa tercinta menyergap jiwa. Kali ini, aku memandu pulang ke kampung. Terasa perjalanan amat lama. Melalui lebuh raya Pantai Timur terasa sedikit lapang walaupun perjalananya panjang. Sempat berhenti di "wilayah" Temerloh. Diri tersenyum sendirian dan moga-moga semuanya baik belaka.. Dalam jiwa, hati tidak pernah putus berdoa agar perjalanan aku dipermudahkan. Alhamdulillah, dengan izinNya aku selamat sampai ke desa tercinta.... SALAM AIDILFITRI!!!

Di penghujung Ramadan....

Pantas masa berlalu. Semalam yang pergi, tetap pergi. Hari ini mesti dilalui dengan sebaiknya sebab esok belum tentu hari menjadi milik kita. Andai maut menjemput, maka sudah tersirat dalam kalam Allah bahawa masa dan ajal seseorang itu telah tiba. Saat itu, diri tidak mampu menolaknya. Namun, jiwa selalu berdoa agar Allah sentiasa kasih, sentiasa memanjangkan umur agar diri masih diberi peluang untuk memperbaiki jiwa, memperkasakan iman dan diri juga masih ingin menghirup udara ciptaanNya, diri juga masih belum puas untuk "menjamah" syurga dunia dan diri juga ingin terus menjadi manusia yang soleh serta bertaqwa. Saya tahu.. DIA maha mendengar. Ramadhan kali ini saya rasakan sedikit baik dari yang lalu, walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki saya bersyukur Allah itu sentiasa kasih dan memberi kekuatan pada jiwa. Memberi peluang kepada saya untuk merasai terawih walaupun lompang, mendisiplinkan masa solat saya, memperbaiki cara pemakanan saya dan yang paling penting m...

Dari jendela 9 Ogos...

Hari ini sebenarnya saya ingin cuti, x mo keje, nak dok ilex2 sajer memandangkan hari ini adalah ulang tahun kelahiran saya. Umm, orang kata umur itu sekadar angka, tapi masa tetap berjalan tanpa menoleh sesiapapun.. hidup tetap dijalani seadanya. Dek kerana ada kerja, mesyuarat dan majlis yang perlu dilunaskan, saya tetap ke pejabat seperti biasa. Hari ini saya rasa sedikit tenang dan terasa sungguh damai di bulan penuh keberkatan ini. Moga Allah terus kasih. Saya ingin berterima kasih kepada teman, rakan dan taulan atas ingatan buat saya dengam memberi ucapan ulang tahun di Facebook atau boleh juga dipanggil muka buku.. hehe.. Buat sahabat dan akrab saya.. terima kasih juga kerana ingatan kalian tetap kukuh buat saya. Jua terima kasih kerana selalu saja menjadi pertama, kedua dan ketiga.... hahaha.... Hari ini saya berbuka puasa di I-City Shah Alam kerana terikat dengan majlis berbuka puasa bersama Standco Pelancongan Negeri. Turut hadir ialah kenamaaan, yang diraikan ana...

Chef of the house!!!

Image
Ikan percik Kelate Style Kari Sotong Saya rasa saya seorang yang berbakat! haha, angkat bakul sendiri.. x kira.. x kira.. hoho.. saya juga rasa saya seorang yang hensem+comel dan perangai saya kadang2 macam budak2.. Hari ini 8/8.. maksudnya hari ini adalah Ramadhan yang ke 8.. Alhamdulillah... Ramadhan kali ini buat pertama kali saya main masak2 kt dapur kecik saya.. hoho.. buat pertama kali saya juga berpuasa di rumah sendiri di Shah Alam.. rasanya sedikit beza.. lebih rasa tenang dan sedikit selesa. Sepanjang 8 hari yang berlalu saya jadi chef of the house.... Ohh.. yeahhh.. saya dah berjaya masak sardin goreng, masak nasi (nge2), kari ayam, kari sotong, ikan bakar sos kicap berlada, siakap 3 rasa, udang bercili, nasi goreng, mee goreng, telur bakar berkeju, ikan percik, ayam percik, sayur goreng belacan, cendawan goreng seafoods, ayam masak kuzie dan ikan terubok goreng kunyit.. uhh sodap la jugak!!

Ramadhan kembali menjengah...

Image
Dari Abi Hurairah r.a, Nabi SAW juga bersabda : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan pengharapan nescaya akan diampun dosa-dosanya yang terdahulu."(Riwayat al-Syeikhan) Alhamdulillah saya memanjat syukur pada Allah kerana tubuh mungil ini masih mampu menghirup udara yang segar. Masih lagi berpeluang melihat kebesaran dunia milik Allah yang esa. Hari ini 2 Ogos, bersamaan juga 2 Ramadhan. Bulan keberkatan dan pengampunan kembali dan saya bersyukur kerana masih dapat menatap wajah Ramadhan kali ini. Saat Julai 2011 berlalu, ia tamat di situ. Tinggalkan noktah yang tak mungkin berulang. Hanya memori yang kita akan kenang, kalau ia baik.. ia boleh menghiburkan jiwa dan sebaliknya kalau memori itu kelat, pahit atau maung.. ia mungkin berbekas parut dalam sukma. Saya berharap bulan Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari sebelumnya. Menginjak umur yang semakin meningkat, menjadikan saya lebih wajar dan matang. Diam itu kadang-kadang lebih baik dari berkata-kata ...