Posts

Dari jendela hati saya....

Bila Julai bertandang, maka Jun pergi jauh-jauh.. mengusir perkara yang tidak enak bukanlah sesuatu yang mudah! saya kira Jun yang lalu ada suka duka, saya dapat melepaskan rindu pada bonda tercinta, merasai pengalaman hebat dengan persembahan Magical Musicals di Sunway Lagoon, menonton Sound of Musics di Plenary Hall, KLCC dan Jun juga saya dimalukan oleh sang sial tanpa rasa berdosa... Hari ini 18 Julai.. rasa penat 16 dan 17 Julai semalam sempena Koir Selangor Shines masih lagi terasa. Saya biarkan penat itu terbang di bawa angin kering.. saya rasa bersyukur kerana dapat melunaskan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan sebaik mungkin. Biarpun ada yang "menyalak" dengan beberapa perkara yang bukannya bidang saya, saya terima dengan terbuka. Biarkan "salakan" itu akan megiringi semua keturunannya. Saya melalui minggu kedua Julai baru-baru ini dengan hati yang sangat remuk dan emosi yang terganggu. Terasa diri terlalu bodoh kerana gagal berulang kali dengan perkara ...

Drama Anjasmoro yang menyesatkan!!!

Sekadar ingin berkongsi rasa dan luahan yang bermaya! Saya seorang rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik di Negara yang dikatakan demokrasi ini menyarankan agar kerajaan Malaysia, para ulama, mufti dan pihak berwajib mengambil tindakan kepada produksi cerita menyesatkan umat Islam, drama ANJASMORO yang ditayangkan oleh TV3. "Pemesongan dan niat untuk mengelirukan umat Islam secara terbuka ini harus dikecam oleh semua pihak! Ia adalah pengaruh fatal yang menimbulkan kudis, nanah dan virus kepada pemikiran umat Islam. Adalah sesungguhnya, tanpa curiga dan benar belaka, drama itu telah membuktikan kuasa "Syaitan dan Iblis" yang direka "mereka" melebihi kuasa Allah yang satu.. olahan drama itu memesongkan akidah!!!!! Pendustaan dan niat memesongkan Islam perlu ditanggung oleh pemerintah!

D.A.P

Image
Haha.. saje published this foto .. foto lama yang diambil oleh my PR fren, Ar-Rohim.. Tadi call my mentor @ papa @ Dato Ariffin... i juz tell him that im fall in luv with someone ... dia cakap.. uh Fahmee u r D.A.P now... haha? mampus terkejut sekejap... rupa2nya D.A.P itu adalah Di Alam Percintaan... chomel giler ayat tu....

Terima kasih yea!!!

Image
Saya ingin berterima kasih kepada Jawatankuasa Pemilihan di organisasi saya yang telah mencalonkan saya untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010. Terima kasih kerana mempercayai dan memberi peluang kepada saya. Saya bekerja niat kerana DIA yang Maha Esa.. Buat bonda, terima kasih di atas doa yang tidak putus-putus.. Buat teman2 dan rakan2 sekerja terima kasih yea!!!

Sisipan di Majlis Santapan bersama DYMM Sultan Selangor

Saya ingin kalungkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada Pejabat DUN kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan persembahan di Malam Santapan bersama D.Y.M.M Sultan Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam. Alhamdulillah, saya dapat lunaskan tanggungjawab itu sebaiknya.

Menjadi Aku

Bonda selalu berpesan, ikhlaslah menjadi diri sendiri. Jujurlah pada setiap sahabat2 mu walaupun jujur itu akan membunuh dirimu. Kalau dada ini boleh dicarik-carik dan sekeping hati kecil boleh berkata-kata dan menzahirkan rasa ikhlas itu mau saja dibukti. Usai agin kering pergi dan bawa sekali rasa itu, biar ia pergi.. Menjadi aku adalah baik dari menjadi sesiapapun! Bebas membuat keputusan hidup dan yang pasti dengan sekuat tenaga aku harus jalani hidupku.

Salam untuk dia....

Image
Salam untuk dia.... semoga dia baik2 sahaja meneladani hidup dan agar semangat dia kental dengan himpunan buku2 dan tugas hakiki. Kalau dia adalah benar milikku, aku terima anugerah Tuhan ini dengan penuh hemah dan hikmah. Semoga tercipta bahagia.....