Posts

D.A.P

Image
Haha.. saje published this foto .. foto lama yang diambil oleh my PR fren, Ar-Rohim.. Tadi call my mentor @ papa @ Dato Ariffin... i juz tell him that im fall in luv with someone ... dia cakap.. uh Fahmee u r D.A.P now... haha? mampus terkejut sekejap... rupa2nya D.A.P itu adalah Di Alam Percintaan... chomel giler ayat tu....

Terima kasih yea!!!

Image
Saya ingin berterima kasih kepada Jawatankuasa Pemilihan di organisasi saya yang telah mencalonkan saya untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010. Terima kasih kerana mempercayai dan memberi peluang kepada saya. Saya bekerja niat kerana DIA yang Maha Esa.. Buat bonda, terima kasih di atas doa yang tidak putus-putus.. Buat teman2 dan rakan2 sekerja terima kasih yea!!!

Sisipan di Majlis Santapan bersama DYMM Sultan Selangor

Saya ingin kalungkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada Pejabat DUN kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan persembahan di Malam Santapan bersama D.Y.M.M Sultan Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam. Alhamdulillah, saya dapat lunaskan tanggungjawab itu sebaiknya.

Menjadi Aku

Bonda selalu berpesan, ikhlaslah menjadi diri sendiri. Jujurlah pada setiap sahabat2 mu walaupun jujur itu akan membunuh dirimu. Kalau dada ini boleh dicarik-carik dan sekeping hati kecil boleh berkata-kata dan menzahirkan rasa ikhlas itu mau saja dibukti. Usai agin kering pergi dan bawa sekali rasa itu, biar ia pergi.. Menjadi aku adalah baik dari menjadi sesiapapun! Bebas membuat keputusan hidup dan yang pasti dengan sekuat tenaga aku harus jalani hidupku.

Salam untuk dia....

Image
Salam untuk dia.... semoga dia baik2 sahaja meneladani hidup dan agar semangat dia kental dengan himpunan buku2 dan tugas hakiki. Kalau dia adalah benar milikku, aku terima anugerah Tuhan ini dengan penuh hemah dan hikmah. Semoga tercipta bahagia.....

Politikus di Negara Baghal Bengong

Al kisah, ramai yang muak sebenarnya dengan permainan politikus yang semakin kotor di Negara Baghal Bengong. Ia adalah sebuah negara yang sememangnya tak ada dalam peta dunia ni. Tak habis-habis dengan seni reka bodoh oleh tangan-tangan syaitan yang amat liat untuk mati. Tatkala menurut nujum pengkaji ilmu alam, Negara Baghal Bengong ini terlepas oleh musibah alam seperti tsunami, gempa bumi dan gunung berapi, maka gerombolan bertopeng syaitan ini semakin tidak takut dan mata serta hati mereka buta bahawa Tuhan itu Maha Melihat.... Lewat semalam, rakyat jelata di negara Baghal Bengong sekali lagi dikhabarkan dengan cerita dongeng fatal yang dibawa oleh pelesit-pelisit durjana. Puak Adiwira cuba dilumpuhkan oleh barisan tentera Puak Puaka Haloba namun bukan semua jelata bodoh dan boleh diperguna... Cerita mengenai Negara Baghal Bengong bukan titik disini tetapi Adipena mengalih paradigma pada isu-isu kemanusian di Negara Loboya. Aduhaii Loboyo....

Walahuuu..

Buat my fren Anson, Hepi Chinese New Yer.. Gong Xi Fa Cai.. moga2 ini taun Alnab Emas bawak lebey manyak wooo rejeki, hapiness dan kesihatan, buat kamu sekeluarga!!! Cuti agak panjang memberi peluang kepada perantau balik ke kampung. Saya doakan perjalanan kalian semua selamat hendaknya. Saya tidak berkesempatan untuk balik cuti sempena Tahun Baru Cina ini kerana saya "standby" untuk any event related with CNY tapi lega event besar not executed. Saya akan pulang ke KB pada awal MAC! muahh..muahhh rindu bonda. Beshh gak cuti 2hr wexday + 2 hr wexend agak berbaloi. Ronda2, cuci keter yg kotor dan calar balar, hair cut, beli stok makanan, tgok muvi The Green Hornet dan paling beshh got a sweet moment.. walahuuu.. tq..