Posts

Salam untuk dia....

Image
Salam untuk dia.... semoga dia baik2 sahaja meneladani hidup dan agar semangat dia kental dengan himpunan buku2 dan tugas hakiki. Kalau dia adalah benar milikku, aku terima anugerah Tuhan ini dengan penuh hemah dan hikmah. Semoga tercipta bahagia.....

Politikus di Negara Baghal Bengong

Al kisah, ramai yang muak sebenarnya dengan permainan politikus yang semakin kotor di Negara Baghal Bengong. Ia adalah sebuah negara yang sememangnya tak ada dalam peta dunia ni. Tak habis-habis dengan seni reka bodoh oleh tangan-tangan syaitan yang amat liat untuk mati. Tatkala menurut nujum pengkaji ilmu alam, Negara Baghal Bengong ini terlepas oleh musibah alam seperti tsunami, gempa bumi dan gunung berapi, maka gerombolan bertopeng syaitan ini semakin tidak takut dan mata serta hati mereka buta bahawa Tuhan itu Maha Melihat.... Lewat semalam, rakyat jelata di negara Baghal Bengong sekali lagi dikhabarkan dengan cerita dongeng fatal yang dibawa oleh pelesit-pelisit durjana. Puak Adiwira cuba dilumpuhkan oleh barisan tentera Puak Puaka Haloba namun bukan semua jelata bodoh dan boleh diperguna... Cerita mengenai Negara Baghal Bengong bukan titik disini tetapi Adipena mengalih paradigma pada isu-isu kemanusian di Negara Loboya. Aduhaii Loboyo....

Walahuuu..

Buat my fren Anson, Hepi Chinese New Yer.. Gong Xi Fa Cai.. moga2 ini taun Alnab Emas bawak lebey manyak wooo rejeki, hapiness dan kesihatan, buat kamu sekeluarga!!! Cuti agak panjang memberi peluang kepada perantau balik ke kampung. Saya doakan perjalanan kalian semua selamat hendaknya. Saya tidak berkesempatan untuk balik cuti sempena Tahun Baru Cina ini kerana saya "standby" untuk any event related with CNY tapi lega event besar not executed. Saya akan pulang ke KB pada awal MAC! muahh..muahhh rindu bonda. Beshh gak cuti 2hr wexday + 2 hr wexend agak berbaloi. Ronda2, cuci keter yg kotor dan calar balar, hair cut, beli stok makanan, tgok muvi The Green Hornet dan paling beshh got a sweet moment.. walahuuu.. tq..

Jika Tercipta Untukku..

Jika yang tercipta itu adalah milikku.. Ia adalah sebuah anugerah Andai hadirmu buat ku, itu maha indah Jika benar tercipta untukku Tidak mudah memahami Bukan senang tuk mengerti Andai ikhlas merajai Pada tangkal hati Tiada lagi sangsi.....

Transformasi, realiti dan ilusi....

Hari ini 24 Januari, bermakna sudah 24 hari telah dirintis bagi tahun 2011. Sedikit gawat pada penghujung 2010 dan permulaan 2011. Saya juga merasa lesu dan kelu. Serabut bermain di minda. Rasal bebal dan geram juga meronta jiwa dek banyak hal yang membelenggu diri. Tabah dan redha adalah jalan yang terbaik walaupun ada duri-duri yang tajam di selekoh perjalanan. Inilah sekolah kehidupan yang seringkali ada manis, pahit maungnya. Permulaan yang kurang baik menyebabkan keinginan transformasi menjadi terbantut seketika. Yang besar itu adalah nafsu dan yang berat adalah amanah. Menghadapi realiti kadang kala jiwa menjadi lenguh. Lebih baik berilusi dan berangan. Tinggalkan saja resah itu,bisik jiwa kecil. Jalan hidup masih jauh. Langkah tidak boleh dimatikan dengan sebuah kekecewaan. Biar...biar.. biar.... ku pujuk jiwa. Mencari semangat yang hilang bukan senang. Cuba nikmati perkara-perkara yang kecil dalam hidup untuk dihargai.

Yeah!! Malaysia is the best.....

Congratulations to the football team Malaysia for creating a new history. I am also proud of the success. What is most important, the people of malaysia should always be patriotic to our country. He,..he 5 star to Khairul Fahmi, Safie Sali & Khairul Idlan Talha..... yeahhh.. Malaysia is the best...

Afal dan Akwal....

Pantas waktu berlari, tidak sampai 2 minggu lagi sisa-sisa 2010 akan berlalu meninggalkan kita. Maka bertambahlah setahun usia. Orang kata, umur sekadar angka.. soalnya sejauh mana kita berjaya merasai nikmat hidup dan meraih bahagia dalam likungan hidup sebelum ini. Ada yang lebih penting, soalnya lagi.. sejauh mana sisa hidup ini kita dambakan pada Pencipta? Setiap orang ada bahagian masing-masing, ada hidupnya mewah, kaya, dilahirkan dalam sudu emas, ada yang harus berusaha kuat, bersungguh-sungguh mencari rezeki, keluar seawal pagi.. itulah bahagian dan nasib masing-masing. Ada yang berharta tetapi jiwanya resah, ada yang miskin tapi hatinya lapang. Perencanaan Tuhan adalah sebaiknya untuk kita, tak semua benda yang kita inginkan kita akan dapat, ada hikmah yang sengaja disembunyikan untuk kita bermuhasabah. Dalam apa jua keadaan pun, kita harus tabah dan terus bersyukur, jangan biarkan rasa cinta pada Allah menjadi goyah. Setiap hari kita disoroti oleh pelbagai berita yang adakala...