Posts

Huh.. Aidiladha........

Salam Aidiladha buat semua. Buat pertama kali saya ambil bahagian untuk akikah di kampung. Berwakilkan bonda untuk untuk uruskan akikah di desa tercinta. Saya menunaikan solat raya di Jalan Klang Lama, memandangkan flite ke KB jam 4 petang. Tiada apa yang menarik di sini, suasananya adalah biasa-biasa saja. Kerana leka dan pengurusan masa yang kurang tepat, saya hampir ditinggalkan oleh oleh AirAsia. Aduyaaiiiii terasa kecut perut yang amat. Alhmadulillah nasib saya baik. Cukuplah pengalaman ini terjadi sekali... no more!!!! Yehhh, sudah sampai umah wooooo..... hepi n enjoy bersama bonda dan anak2 buah yang agak ramai. Percutian yang singkat dimanfaatkan sebaik mungkin. Kembang badan apabila menu utama berasakan daging. Daging goreng, gulai daging, sup daging, kuzie daging dan macam2 lol. Hepi bangattttttttt..

FFM 23

Terima kasih kerana mengundang saya ke Malam Anugerah FFM23. Bertemakan Filem Malaysia Ke Persada Dunia, ia membangkitkan semangat transformasi dalam industri perfilemen. Bertempat di Shah Alam Convection Centre (SACC) Shah Alam, Selangor, FFM 23 tampak meriah dan tersusun. Majlis yang dihadiri oleh tetamu kehormat Y.B Datuk Seri Utama Rais Yatim dan Isteri turut megikut lunas protokol tetapi lebih santai. Ia turut disiarkan secara langsung oleh TV1 dan Astro. Saya tersenyum sendirian kerana jika 7 tahun yang lepas, lewat di FSP, saya dan kawan-kawan tidak pernah ketinggalan untuk "menempatkan" diri ke malam-malam sebegini, teringat di FFM sebelum ini, AJL, Anugerah Skrin, Bintang Popular dan macam-macam lagi. Mungkin zaman remaja yang kurang matang, kami terlalu "excited" dengan seleberiti.. haha... tapi semua pengalaman itu sangat manis dan bez.... Di FFM 23, saya turut berbangga kerana ramai kawan-kawan lewat pengajian di FSP dan MASSCOM UiTM turut berada di sana...

Biarkan berlalu...

Saya tidak sihat semenjak kebelakangan ini. Ada saja yang tidak kena. Terasa sesuatu yang pelik membelenggu diri. Satu badan mengalami kesakitan dan kejang. Emosi juga tidak stabil. Menjadi pemarah, tiba-tiba murung dan kadang-kadang ingin menangis. Saya cuba bertindak rasional dan mengawal diri dengan kudrat yang kental. Alhamdulillah, lewat malam Sabtu yang lepas... semuanya kembali tenang dan moga-moga perkara yang tidak baik itu berlalu.... biar berlalu jauh. Tiada siapa pun yang menyeru..... Semoga Allah melindungi saya, bonda, keluarga dan teman-teman semua. Semoga dijauhi hasad dengki manusia, perbuatan khianat ataupun syak wasangka. Nauzubillah la minzalik..

Adiwarna...

Lama benar tak menulis diruang siber ni dek terlalu sibuk dengan kerja. Lewat September lepas adalah saat yang sangat kalut dan penuh dengan perkara yang diluar jangka! Saya berhempas pulas untuk memastikan Muzikal Adiwarna ditampilkan dengan penuh terbaik. Saya bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan sekerja dan barisan tenaga kreatif yang baik dan profesional. Saya sedaya upaya melunaskan tanggungjawab saya bagi meraikan Sambutan 10 tahun Bandaraya Shah Alam. Pengalaman bersama-sama dengan pihak produksi "Muzikal Adiwarana" adalah sesuatu yang sangat bez, suka, macam cuka pun ada, tapi sangat enjoy!! saya turut belajar ayat-ayat baru seperti kekwat, sentap dan macam-macam ayat yang melucukan. Ini semua 'kerja-kerja" artis budaya. Ha..ha..ha Sebagai Pengarah Muzikal Adiwarna, saya cuba menzahirkan sedaya mungkin "buah tangan" pertama saya. Saya mengolah dengan cara saya, dibantu oleh barisan tenaga kreatif yang saya rasakan mereka semua adalah hebat dan p...

Daulat Tuanku

Image
The declaration of proclamation of His Royal Highness Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra son executed by the Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat at the Istana Balai Besar Kota Bharu on 13 September 2010. Tengku Faris was the Sultan of Kelantan is the 29th in history Sultanate of Kelantan. Tengku Faris was born on October 6, 1969 in Kota Bharu Kelantan. He was the Tengku Mahkota Kelatan date October 6, 1985 in his 16 years of age. Tengku Faris is regarded as a prince who liked people and religious. Since childhood he was given religious instruction by distinguished personalities. He received education at the School of Sultan Ismail, Kota Bharu (1976-1981). After getting excellent results in the UPSR, 5As, he went on to study at the Alice Smith School Road School Association Balemy Kuala Lumpur (1981-1983). His selection as to replace his father, Sultan of Kelantan, Tengku Ismail Petra Sultan Yahaya Petra son Amarhum viewed correctly. How...

Belasungkawa Sosilawati Lawiya, Ahmad Kamil, Kamaruddin dan Noorhisham

Image
Daripada Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Seluruh jiwa-jiwa kecil rakyat Malaysia direntap dengan rasa pilu dek pembunuhan kejam dan sadis oleh "para binatang" terhadap empat umat Islam. Pembunuhan yang paling keji sifatnya itu tidak akan dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Pembalasan karma sedia menunggu "para binatang" tersebut. Semoga tertegak keadilan. Semoga roh-roh mangsa kekejaman pembunuhan itu diampuni dosa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.....

Sisipan Adilfitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitti. Ia tetap disambut dengan rasa sederhana. Bersyukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang tercinta... semoga dapat bersua lagi di Aidilfitri yang mendatang....