Posts

Sumpah Seranah @#%**%$###

Tidak perlu menjadi terlalu sempurna dalam berteman. Kita juga bukan maksum. Kita adalah manusia biasa yang tidak lari dari khilaf dan membuat dosa. Apabila kita berkawan, berteman, bersahabat atau berakrab maka ia turut melibatkan hati dan perasaan. Kerana kita ini manusia, kadang-kadang jiwa tidak sekental mana untuk menerima sumpah seranah atau maki hamun. Kalaulah bangsat, ba@#, setan, haprak, bahlul, bodoh, pan%$# dan pelbagai lagi kata-kata nista itu begitu bacul dan senang terbit dari mulut si pelaku, sejauh mana tali hati mampu bertahan? Hamba bermohon Ya Allah, agar tidak menjebakkan lidah Hamba dengan pengaruh fatal. Satu hari si pelaku juga pasti akan kena sumpah seranah dengan orang lain. Tuhan itu adil. Lebih baik berdiam, tanpa banyak soal waima mahu banyak bicara.. kerna pasti ada sahaja yang tidak kena. Lebih baik mengelak dari mengundang perselisihan faham yang akhirnya menyumpah seranah. Menjadi pendengar baik kepada orang-orang yang memerlukan adalah satu sifat...

Opps LOCO - 3h2malam...

Saya sangat teruja apabila menerima jemputan dari Tourism Malaysia Selangor/Putrajaya ke program Opss Loco di KKB. Saya sendiri awalnya tidak pasti apa disebalik singkatan Opps Loco sehinggalah saya bertanya kepada seorang teman baru. Terima kasih kepada Cik Hana, pembantu saya kerana menguruskan cuti tanpa rekod bagi menghadiri program yang bermanfaat ini. Saya sepatutnya bersama dari teman SUK ke program ini namun disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan, saya bergerak solo bagi Opss Loco. Jumaat 14 Mei yang sangat mendamaikan. Perjalanan diteruskan dari Shah Alam ke KKB. Saya terlelap sehinggalah bas sudah sampai ke destinasi pertama program iaitu di Dewan orang ramai Parlimen Hulu Selangor bagi Majlis Perasmian oleh Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia. Hidangan tengahari yang sangat menyelerakan, nasi kukus ayam dara, cendol, caramel dan rojak. Uhh, mengenyangkan. Selepas Jumaat kami semua bertolak ke Kem Sinar Dawi. Bermulalah satu pengembaraan yang sangat “menyeronakkan”. ...

Malam Puisi Riong-Shah Alam lunas akhirnya....

Hujan lewat petang 30 April pada mulanya amat menggusarkan jiwa. Angin petang yang bertiup kencang membuatkan saya sedikit tidak senang duduk. Alhamdulillah tika senja mula melabuh, hujan seakan-akan faham bahawa “Wasilah Cinta Pencipta & Manusia” bakal bermula. Jika dua minggu sudah saya amat sibuk untuk meguruskan hal-hal “hitam putih” dan pengesahan persembahan bagi Malam Puisi Riong-Shah Alam. Akhirnya tarikh 30 April muncul jua. Sedaya upaya saya menggalas tangunggjawab sebagai Pengarah Projek bagi program tersebut dengan sokongan semua pihak. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk turut beraksi pada malam tersebut bersama Kumpulan Kesenian MBSA dengan membawakan persembahan yang bertajuk “Kerdil Jiwa Hamba”. Kehadiran peminat puisi pada malam itu adalah amat membanggakan kerana lebih dari 1000 orang yang membanjiri Laman Budaya. Para pengunjung terlebih dahulu dihidangkan dengan persembahan video pendek “Sujud” dan dokumentari. Membuka tirai puisi pada malam tersebut ialah...

Malam Puisi Riong-Shah Alam,Selangor

Image

Jalan2 di Melaka...

Jumaat yang indah.. Jumaat dilalui dengan menikmati pemandangan di kota bersejarah, Melaka bersama dengan para media. Menikmati ikan bakar, ikan 3 rasa, sotong goreng tepung, udang, ketam, lala dan macam-macam lagi lauk pauk amat menyelerakan. Kerana Umbai, saya ketepikan untuk seketika nasihat Doktor Pakar. Tidak keterlaluan kalau saya katakan Umbai, adalah dertinasi yang harus dikunjungi jika singgah di Melaka. Saya dan kawan-kawan meneruskan perjalanan ke Bandar Hilir bila malam mula menyinggah. Buat pertama kali saya menikmati suasana malam yang sungguh mengujakan di atas  boat sambil mengelilingi bandar pelancongan Melaka. Terasa menyelusuri kota Venice walaupun diri tidak pernah pun menyinggah ke sana. Sambil menikmati muzik malam, saya sempat menikmati aiskrim Nestle sebagai desert malam sebelum pulang ke Shah Alam. Walaupun badan terasa penat, tetapi ia sungguh menyeronokkan.. minda juga terasa lapang seketika.

Gamat yang "menggamatkan"

Image
Khamis lalu, saya sempat menonton teater muzikal gamat. Saya teruja apabila tiket untuk menonton di sponsor. Lebih terharu saya menerima 4 tiket untuk menonton teater muzikal ini. Pada mulanya saya turut mengundang beberapa teman, namun akibat hal-hal tertentu ada yang membatalkan di saat-saat akhir. Saya bersama kawan baik Zk tetap teruja untuk ke MaTiC. Walaupun jalan agak jam, Zk agak arif selok belok KL. Terima kasih juga kepada Pak Guard yang membenarkan kami parking di Zon Larangan, sebab parking telah full. Saya terserempak dengan personaliti Wardina yang turut beratur membeli tiket bagi keluarga beliau. Memandangkan saya masih mempunyai 2 lagi tiket extra , saya tidak teragak-agak memberinya kepada Wardina. Berkali-kali beliau mengucapkan terima kasih dan ingin membayarnya. Saya katakan ini untuk anak-anak Wardina. Terukir rasa terharu di wajah mulus wanita santun Malaysia. Mengenai teater Gamat, saya tidak ingin mengulas mengenai naskah ini dan estitikanya dari sudut...

Trauma!

Hampir sebulan saya tidak menulis, hampir dua bulan juga saya terpaksa berulang alik ke Hospital kerana kurang sihat. Saya tabah untuk menghadapi itu semua. Walaupun " treatment" pada minggu lepas amat menyakitkan, saya akur agar saya pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Kesihatan tidak boleh diperdagangkan! saya akan menjadi lebih berhati-hati dan menjaga pemakanan di samping menjadi pendengar yang baik bagi arahan doktor. Apa-apa pun saya masih trauma dengan rawatan yang lalu. Walaupun kesihatan yang tidak mengizinkan, saya tetap bersemangat dengan rutin "events" di LBSA. Sabtu lepas juga saya sempat mengurangkan ketengangan minda dengan menonton "Alice in the Wonderland" bersama salah seorang kawan baik saya. Agak terhibur dan saya memang menyukai cerita fantasi. Semoga saya terus merintis jalan hidup ini dengan baik. Semoga kesihatan saya baik-baik sahaja dan saya tahu Allah itu Maha mendengar. Semoga Allah melimpahkan r...