Posts

Salam Awal Muharram 1431 Hijriah

Angin puputan dari lembah, Awan mega penuh rona, Tahun berganjak usia berubah, Biar hidup dilalui sempurna.... Salam Awal Muharram 1431 Hijriah.. untuk semua teman, rakan dan taulan.... Moga Khalik lindungi kita semua dari bahaya sang dunia... Amin

Music For Youth's

Image

ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG KE 64 D.Y.M.M SULTAN SELANGOR

Image
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak)., D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J. Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya Bingkisan mengenai Baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah. Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M...

NATRAH@bertha

Image
Saya berkesempatan menonton Natrah, saya begitu teruja dengan arahan pengarah hebat Eirma Fatima yang baru sahaja menggondol 6 anugerah di Anugerah Skrin menerusi Tersasar Di Jalanmu. Teater Natrah..... Bicara Wan Aminah..."bukan soal anak angkat", walau tiada setitis darah mengalir di tubuh Natrah, tapi aku rela mempertaruhkan nyawaku demi Natrah kerana batinnya mengkehendakkan Islam.... kiblatnya adalah Kaabah.... Muhammad (S.A.W) adalah Rasulnya.. waima ia bersungguh.. hanya luahan rasa tidak bermaya... Natrah akhirnya disemadikan sebagai Bertha.

"Kedaulatan Raja - Warisan Yang Mesti Dipertahankan"

Semalam saya berkesempatan menghadiri Wacana Kedaulatan Raja – Warisan Yang Mesti Dipertahankan di Dewan Jubli Perak. Majlis yang dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor adalah satu majlis ilmu yang sungguh bermakna dan memberi pengertian yang sangat besar. Tahniah saya ucapkan kepada penganjur. Dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan, baru saya mengerti mengerti hakikat yang selama ini dikaburi dan tidak diberi kefahaman oleh politikus-politikus dan pemerintah. Sewajarnya, saya juga patut menyalahi diri sendiri kerana tidak membiarkan minda ini terus buta ditinggal masa. Penjelasan oleh Y.Bhg. Professor Emeritus Tan Sri Dato' Dr.Khoo Kay Kim, Y.Bhg. Dato' Salehuddin Saidin dan Y.Bhg. Datuk Professor Dr. Ramlah Binti Adam sungguh terkesan dan memugar paradigma. Saya akan berkongsi dengan kalian konklusi wacana di entry yang akan datang. InsyaAllah.

Belasungkawa buat arwah Kak Nora....

Mendapat sms dari Fu pada jam 9.21 minit malam, membuat saya tersentak seketika. Masa mencemburui Kak Nora lalu menjemputnya pulang pada Allah Maha Pencipta. Walaupun singkat mengenali arwah, tapi saya amat kagum dengan wanita itu. Kesungguhan dalam memperjuangkan hak-hak pekerja adalah bukan kepalang. Sikap gigihnya membawa banyak angin perubahan terhadap kesatuan sekerja. Lebih sedih apabila saya difahamkan Pegawai Teknologi Maklumat di Jabatan ICT itu meninggal dunia akibat sakit yang tidak dapat dikesan oleh dunia perubatan moden. Malah pakar perubatan juga kelu. Cakap-cakap, arwah terkena buatan khianat manusia yang berhasad dengki. Kalaulah, cakap-cakap itu betul, betapa kejamnya manusia yang laknat itu. Dunia ini pinjaman sementara. Betapa Allah menjadikan pentas ini sebaik-baiknya. Dunia tua akibat manusia salah mewarnakannya. Membiarkan kebencian melebihi segala, membiar nafsu menjadi raja, lalu tanpa rasa berdosa sanggup berkhianat hingga membawa kepada sebuah kematian. ...

Bila Kijang menangis lagi...

Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Hasrat Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim ini musnah apabila Shahurain Abu Samah meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada separuh masa pertama. Kekecewaan pasukan Cik Siti Wan Kembang diteruskan dengan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas beberapa minit permainan separuh masa kedua mula. Pasukan Hoben Jang Hoben itu terus membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Zaquan Adha. Kelantan hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin. Lautan merah membanjiri Staduim Nasional kerana 80% para penonton adalah rakyat Negeri Kelantan. Kemeriahan perlawanan tercemar dek kerana sikap tidak cerdik dan tidak matang sesetengah rakyat Kelantan. Sungguh memalukan! Kijang menangis lagi kata seorang Pakcik Tua yang sanggup meredah banjir, cuti 4 hari dari menoreh getah,...