Posts

Shout Award!

Image
Saya sempat meluangkan masa di majlis anugerah baru Shout Award pada Jumaat lepas atas jemputan media, kesibukkan jalan ke Stadium Putra memang terserlah apabila ada latihan MU di Stadium Bukit Jalil. Lautan gelombang merah! Bercirikan MTV dengan penampilan yang tersendiri, Shout Awards berjaya dengan penampilan pertama mereka. Dengan trend undian sms, kemenangan Bunkface bukan satu kejutan lagi. Revolusi Bunkface memang menjadi apatah lagi kumpulan ini memang digilai remaja. Apabila terlalu URBAN, maka Bahasa Ibunda pun dipinggirkan yang saya rasa sedikit kerterlaluan. Ouch…. Penganjur tentu ada jawapan. Persembahan dan konsep yang dibawa ada kelainan namun saya tidak bersetuju apabila kita terlalu berpaksi pada BARAT, tidak ada khilaf apabila nilai timur diketengahkan dan dicirikan dengan konsep 1 Malaysia. Apa-apa pun tahniah 8tv! Post party??? ok la, not bad...

Hari ini SELASA

Semalam, saya dikhabarkan dengan berita kematian rakan sekerja akibat komplikasi jantung. Sama sekali tidak menyangka kerana lewat 2 minggu lepas semasa saya melawat arwah di HKL, arwah sudah sihat dan dijangka keluar hospital. Tuhan lebih menyayangi, saya bangga kerana sempat mengenali seorang pemuzik yang hebat seperti beliau. Di akhir pertemuan yang lalu, arwah sempat berpesan kepada saya, "En Fahmee, jangan sesekali tewas dan mengalah dengan cabaran yang mendatang, saya tahu En Fahmee seorang ketua yang sangat baik dan diplomatik". Ada genangan titisan di kelopak mata arwah. Masih terngiang-ngiang bicara itu. Hari ini SELASA, jam 8 pagi saya bersama dengan Datuk Bandar dan Pengarah Pengurusan sempat melawat jenazah di Kota Damansara. Saya sempat meyaksikan wajah arwah yang tenang buat kali terakhir. AL-Fatihah untuk arwah Ramlee. Hari ini SELASA, buat pertama kali saya "tewas" dan menerima ajakan rakan sekerja untuk sarapan pagi di Kafe. Biasanya, saya lebih suk...

Sekitar Majlis Santapan Sempena 50 Tahun Dewan Negeri Selangor

Image
Memenuhi undangan dan pada masa yang sama memikul tanggungjawab bagi menjayakan Santapan bersama DYMM Sultan Selangor Sempena 50 Tahun Dewan Negeri Selangor di Hotel Concorde adalah suatu yang mengujakan. Girang di hati bila sekali lagi dapat berkolabrasi dan berkerjasama dengan rakan2 dari SUK. Apa yang penting pada malam semalam ialah Titah DYMM Sultan Selangor agar semua YB menjaga kemulian Dewan dan status sebagai Ahli-Ahli Yang Berhormat... yang paling penting jangan menimbulkan sesuatu perkara yang boleh mengundang keadaan yang tidak harmoni! Sama-sama menjaga kedamaian yang kita ada!!!

Say gud bye - Band Idola 09! see u in 2010?

Image
Setelah 4 bulan, Band Idola bersiaran di LBSA, akhirnya kemuncak pertandingan berlansung dengan jayanya semalam dan sekaligus menutup tirai program Band Idola bagi 2009. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang menjayakan Pertandingan Akhir Band Idola o9. Tahniah pada RIMBA BARA coz jd juara! Band2 yg len pun congratz.. suma hebat lol! Penghargaan istemewa buat warga kerja Bahagian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan, Jabatan Korporat MBSA, buat Cupa, Hana, Abg Mi, & Kak Mas dll tqvm! Owhh.. tqvm gak untuk Erry Putra, Sharpshooter dan SAM.. peace, luv & harmony dowhhhh.... Owhhh.... jgn lupa rajin2 tgok gak http://www.lamanbudaya.blogspot.com/

FINAL BAND IDOLA 2009

Image

Selamat Hari Bapa

Petang di Shah Alam hujan, gemersik angin petang dan sekali-sekala berselang guruh di langit. Lama benar tidak merasa hujan lantaran kontang berpanjangan. Kepada semua insan yang bergelar bapa, saya dedikasikan “Selamat Hari Bapa”. Aduhai anak, hargailah bapa kita selagi waktu bapa kita bernafas. Gemersik rindu pada ayahnda. Rindu… rindu.. rindu… ada gementar menghukum kalbu. Semoga Allah (S.W.T) menempatkan Allayarham Ismail bin Abdullah (ayahnda tercinta) di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Al-Fatihah.

Perempuan Berkalung Sorban

Image
Menoton karya besar dari Indonesia ini mengingatkan saya dengan Ayat-Ayat Cinta yang pernah mencetus revolusi hebatnya cinta lewat waktu lalu. Perempuan Berkalung Sorban sebuah naskah yang sangat baik. Ia tentang kisah pengorbanan seorang perempuan, seorang anak kyai Salafiah sekaligus seorang ibu dan isteri. Anissa (Revalina S Temat), seorang perempuan dengan pendirian kuat, menawan dan bijak. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di pesantren Salafiah putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif dan ada diantara mereka sangat jumud. Didikan yang terlalu tegas dan konservatif mengundang tanggapan Anissa bahawa Islam hanya membela lelaki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang. Dari kecil Anissa mula bangkit dan menyatakan protes, namun protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil dan menjadi luahan rasa yang tidak bermaya. Hanya Khudori (Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Dalam diam Anissa menaruh hati kepada Khudori. Namun cinta itu tidak terb...