Posts

Selamat Hari Cikgu....

Kepada semua cikgu-cikgu nun di luar sana... saya dedikasikan khas untuk untuk cikgu-cikgu, panggilan yang cukup sinonim untuk warga pendidik dengan lafaz yang ikhlas "Selamat Hari Guru". Istimewa buat Jaja dan Cik Su, kekanda tercinta yang terlibat secara lansung dalam dunia pendidikan. Buat teman2, yang begitu ramai memilih profesion perguruan sebagai kerjaya dan buat Nik Yeman, TSNTA, Koha, Rahimi, semoga kalian terus berbakti untuk mendidik anak bangsa!

Utusan Raja Sehari... Ouch!

Image
Di Majlis Perkahwinan Azuan Bersua di ruang sempit ini tapi cukup memadai. Bulan Mei dan Jun adalah bulan utusan raja sehari. Saya menerima 8 jemputan bagi majlis bulan Mei&Jun. Sukar untuk saya memenuhi semua undangan lantaran jarak dan kerterbatasan waktu yang menuntut komitmen kerja. Buat kawan-kawan yang bakal melansungkan perkahwinan, Azuan, Dien, Haray, Azmi, Remy dan lain-lain tahniah saya ucapkan! Terima kasih kerana sudi menjemput. Sekiranya saya gagal memenuhi undangan kalian, di kesempatan ini saya memohon maaf. Jauh disudut hati seboleh-bolehnya saya cuba untuk menghadiri hari bersejarah kalian.

Kontroversi (PPSMI)

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima impak besar sekali lagi apabila kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup menolaknya secara tuntas. Buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan, mereka melontarkan justifikasi yang kukuh menolak dasar tersebut dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan pada sidang media di Rumah PENA. Alasan-alasan itu, antaranya: 1.Kebanyakan pemenang Anugerah Nobel tidak datang dari negara pengguna bahasa Inggeris tetapi negara-negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh. 2.Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca". 3.Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan. Pertama, warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan s...

Huh.. luv 1 Mei

Image
About 1 Mei Happy Labour Day My bez fren bithrday, Azril (Happy birthday to u my buddy) YM with my bez fren Hamdan whose study in Scotland ( i will be there next year) Tomok won 1 Million (congratz bro) Coincident meet up with my bez fren Ristoe and Eza ( i m really miss both of u) Tuah 1 Mei untuk rakyat Malaysia, Melayu yang bernama Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok apabila memenangi pertandingan One in Million musim ke 3. Memecah monopoli perempuan, Tomok sememangynya layak diangkat sebagai juara plihan rakyat Malaysia! Saya turut teruja dan meluangkan masa ke konsert akhir tesebut. Ditemani rakan-rakan, ZK, Kuars, Zulfian Isma Mirza dan Sharir, we r seated in family contestant area, it is very nice view! Saya terpaksa katakan YES untuk Tomok sebab hampir kesemua penonton di Stadium Malawati terhibur dengan persembahan mantap oleh beliau. Bukan bermakna Eshter dan Aweera tidak bagus. Mungkin 1 Mei adalah milik Tomok! Justeru, kita tidak boleh memandang enteng ak...

MAHSURI...

Image
Semalam, penghujung April saya berkesempatan memenuhi undangan dari pihak Istana Budaya untuk menonton Teater Mahsuri. Kali terakhir saya menonton di Istana Budaya ialah pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang. Diruang sempit ini saya dedikasikan rasa terima kasih kepada Istana Budaya. Jangkaan saya tepat, keadaan trafik sangat teruk. Dari Shah Alam ke Istana Budaya mengambil masa lebih kurang 2 Jam. Ditemani rakan baik saya Azzahria, kami berjaya menempuhi kesesakan trafik Malaysia dengan tenang. Nasib kami baik,pementasan akan bermula 15 minit lagi. (Sekitar Pementasan Mahsuri) Bermula dengan babak awal yang baik, gubahan lagu yang sedap didengar halwa telinga, Mahsuri arahan dramatis tanah air, Fauziah Nawi berjalan menyelusuri plot tanpa membosankan. Watak antagonis juga sangat terkesan dan berjaya dihayati dengan baik. Pementasan yang disulami dengan gerak tari yang indah mempunyai ekstetika yang tersendiri. Saya tertarik dengan reka bentuk set dalam pementasan ini. Dibantu...

Kemana MECD???

Perdebatan hangat mengenai pemansuhan MECD dibawah kabinet baru pimpinan Y.A.B Dato Seri Mohd Najib sehinggakan isu pemansuhan kementerian itu menimbulkan keresahan di kalangan banyak pihak. Baik saf kerajaan mahupun pembankang mempunyai persepsi yang tersendiri. Disebalik kekalutan itu, saya percaya Kabinet Malaysia mempunyai justifikasi sendiri yang sememangnya mengambil timbang tara terhadap banyak faktor. Justeru, Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju supaya fungsi-fungsi dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah dibubarkan berikutan pelantikan Anggota-Anggota Pentadbiran yang baru pada Jumaat, 10 April 2009 diserapkan ke kementerian-kementerian lain seperti berikut: (1) Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; (2) Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Ban...

Gathering - Alumni GYDP UiTM Malaysia

Image
Melewati Sabtu lepas, 11 April bertempat di Mid Valley, satu pertemuan yang cukup bermakna bagi Alumni GYDP UiTM Malaysia. Setelah hampir 3 tahun tidak bersua, akhirnya “gathering” kali ini menjadi! Terima kasih untuk Jun kerana berusaha bertungkus lumus dalam mengatur pertemuan ini. Terima kasih pada Along dan Faiz kerana menjadi penaja "persidangan pertama". Sebagai pengamal PR, saya akan memastikan saya lah orang yang paling awal untuk hadir. Jangkaan saya tepat, dan tepat 12.28 tgh hari saya udah tiba di Mid Valley. Bukan senang untuk berkumpul bersama, dek kesibukan dan hal kerjaya masing-masing kami semua dibatasi ruang waktu. Saya terharu dan berasa gembira dengan kejayaan rakan-rakan seperjuangan yang kini telah membina kareer yang cukup membanggakan! Tentang waktu lalu, kami semua begitu lantang dalam mempersoalkan hal-hal kebajikan pelajar! Kerana kami bersatu, suara kami didengar walau ada jerih dan kekangan, kami tetap mara dan tabah! Lalu hasil di penghujungnya a...