Posts

Kemana MECD???

Perdebatan hangat mengenai pemansuhan MECD dibawah kabinet baru pimpinan Y.A.B Dato Seri Mohd Najib sehinggakan isu pemansuhan kementerian itu menimbulkan keresahan di kalangan banyak pihak. Baik saf kerajaan mahupun pembankang mempunyai persepsi yang tersendiri. Disebalik kekalutan itu, saya percaya Kabinet Malaysia mempunyai justifikasi sendiri yang sememangnya mengambil timbang tara terhadap banyak faktor. Justeru, Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju supaya fungsi-fungsi dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah dibubarkan berikutan pelantikan Anggota-Anggota Pentadbiran yang baru pada Jumaat, 10 April 2009 diserapkan ke kementerian-kementerian lain seperti berikut: (1) Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; (2) Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Ban...

Gathering - Alumni GYDP UiTM Malaysia

Image
Melewati Sabtu lepas, 11 April bertempat di Mid Valley, satu pertemuan yang cukup bermakna bagi Alumni GYDP UiTM Malaysia. Setelah hampir 3 tahun tidak bersua, akhirnya “gathering” kali ini menjadi! Terima kasih untuk Jun kerana berusaha bertungkus lumus dalam mengatur pertemuan ini. Terima kasih pada Along dan Faiz kerana menjadi penaja "persidangan pertama". Sebagai pengamal PR, saya akan memastikan saya lah orang yang paling awal untuk hadir. Jangkaan saya tepat, dan tepat 12.28 tgh hari saya udah tiba di Mid Valley. Bukan senang untuk berkumpul bersama, dek kesibukan dan hal kerjaya masing-masing kami semua dibatasi ruang waktu. Saya terharu dan berasa gembira dengan kejayaan rakan-rakan seperjuangan yang kini telah membina kareer yang cukup membanggakan! Tentang waktu lalu, kami semua begitu lantang dalam mempersoalkan hal-hal kebajikan pelajar! Kerana kami bersatu, suara kami didengar walau ada jerih dan kekangan, kami tetap mara dan tabah! Lalu hasil di penghujungnya a...

Art 4 Gaza & Global Warming Campaign

Image
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Limpahtakruah telah mengadakan program “Art For Gaza and Global Warming Campaign” bertempat di Laman Budaya pada 28 Mac lalu. Program tersebut dirasmikan oleh Sasterawan Negara, Y.Bhg Datuk A. Samad Said pada jam 8.15 malam. Laman Budaya “bergelap” untuk tempoh satu jam sebagai tanda simbolik menyokong “60 Earth Hour”. Saya turut berkesempatan untuk menyampaikan puisi sebagai tanda sokongan terhadap program yang diadakan.

Tentang kawe....

Image
Panggil sajer kawe Fahmee. Kawe budak kampong anak jati Kelate. Kawe punyai wawasan dan cita-cita yang besa. Kawe bukanlah orang senang, dari kecik lagi doh diajar untuk berdikari. Waktu kecik dulu masa sekolah rendah di Parang Punting, kawe membesar seperti orang2 lain, ada sain-sain dan kawe rasa seronok. Gi sekolah gendong basikal ngan Jaja, kadang2 jalan kaki. Kadang2 muloh Chek atar. Waktu zaman kecik memang bez, dapat main dekcot, main hantu, bola katok, wau, bola beracun, bola tin, polis dan pencuri dan mace2 lagi. Kawe jugo x lupo tolong mok kawe gi antar kueh akok, bekang, koci, cek mek molek dan mace2 kat kedai kopi. Pastu kawe suka sangat tengok citer mirror attack dan suria perkasa hitam.. memang bez! Masa pantas berlalu, kawe berginjak ke Sek Menengah. Dapat sain2 baru, dapat jadi pengawas, jadi orang glamer, pemidato, pendebat, pengerusi kelab dan mace2 lagi.. ha..ha.. zaman sekolah memang bez. Tapi zaman tu gak zaman yang sangat perit. Kawe pernah sakit tenat, kawe perna...

Raja Sehari

Image
Tahniah diucapkan kepada Irmawati (kekanda) di atas berlangsungnya majlis Raja Sehari pada 15 Mac lalu. Titipkanlah kemesraan di antara kalian, agar kebahagian itu abadi. Semoga kalian seiring dalam melayari bahtera perkahwinan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekitar di Majlis Santapan

Image
Bersamaan 10 Mac 2009 bertempat di Grand Ballroom Concorde Hotel telah diadakan Majlis Santapan Diraja, sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Darul Ehsan Yang Kedua Belas, bagi tahun 2009. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah perkenan berangkat hadir di Majlis Tersebut, Majlis Santapan turut dihadiri oleh Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor, Yang Arif Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, barisan saf kempimpinan negeri dan pembesar-pembesar negeri Selangor Darul Ehsan. Saya bersyukur pada Khalik kerana memudahkan urusan saya di Majlis tersebut. Terima kasih jua kepada Pejabat Dewan Undangan Negeri Selangor kerana diatas kepercayaan kepada saya dalam memikul tanggungjawab sebagai pengacara majlis pada malam itu. Segala yang baik itu datangnya dari Khalik yang Esa, dan yang lemah itu datangnya dari kerdilnya diri saya sebagai manusia. *Didalam gambar terdri daripada "mentor" saya iaitu Y.Bhg Brig Jen (B) Dato' Mohd Ariffin dan rakan-rakan iaitu Ar-Rohim da...

My “santai” wexend!

Image
Sabtu yang tenang! Awal-awal lagi aku kuar rumah dan pegi ke Sunway Pyramid. Huh lega sebab awal pagi orang masih x ramai sangat. Parking banyak dowwh.. suka arrr. Niat kuar hari ini untuk ke PK Time, my Alain Delon broken, sayang bangat jam tu. Amoi tu cakap kena antar kilang maa.. ouch! Xperla nk uat camane. Nasib baik ada jam lain, maka dengan rasminya hari ini aku pakai Jam Seiko Sport pemberian dari my mentor, Y.Bhg Dato’ Ariffin. Having breakfast kt foods court di Jusco. Bihun+Ayam Goreng+The Tarik.. ermmm x sedap!! Shopping? Huh, kepala otak dok fikir apa nk beli aper arr?? Bila gi butik Chardon, xde per yang new arrival. Owhh! Teringat kena beli present untuk bonda n my sis. Nex wex balik KB, flight at 7.50 pm (12 Mac). Untuk bonda n Jiti, Jimi beli handbag wokehh. Tak tau nak pilih maa, lelaki beli handbag? Macam pelik tapi aku dah beli. Untuk aku? Bajet corner, beli t-shirt kat Top Man kira okie. Almost 4 hrs ronda2 cuci mata, so time untuk lunch. Alhamdulilah kenyang perut...