Posts

Santai di Konsert Jason Mraz

Image
Saya berkesempatan untuk menonton konsert julung kali Jason Mraz di Malaysia, huh konsert ini memang mendapat respon baik daripada peminat! Malaysia dipilih sebagai satu destinasi konsert jelajah Asia penghibur kelahiran Virginia itu yang diberi nama ‘We Sing We Dance We Steal Thinks’. Terserempak ngan kawan2 lama macam Acap, Nini dan lain-lain. Antara lagu popular yang disampaikan pada konsert bermula jam 8.30 malam itu adalah I’am Yours, Remedy, Geek In The Pink dan Lucky duet bersama Colbie Calliat. Huh.. boleh tahan enjoy ngan konsert! Huh… pada Cupa yang comel jangan sedey2, semalam x expect Cupa btul2 nk ikut, ingat main2! next time bawa Cupa k?? kita tengok Mocca - Swing Again With Mocca???

Setanggi Kasih

Image
Setanggi Kasih adalah manifestasi dakwah melalui medium hiburan. Laman Budaya Shah Alam kali ini diserikan dengan persembahan yang menampilkan pelbagai elemen seperti gerak tari, nyanyian lagu nasyid, puisi Islam dan hiburan silap mata. Terima kasih kepada artis-artis yang turut menjayakan program Setanggi Kasih seperti, Suhaimi (Ina Naim), Amar, Hafiz Hamidun, Zulfian Isma Mirza,Ku Ars Azman dan aris budaya Kumpulan Kesenian Selangor. Seni budaya untuk semua... lestari ia tanpa sebarang Khilaf, semarakkan rasa cinta pada yang Esa...

Wasilah Cinta Palestin

Image
Alhamdulillah, terima kasih kerana menjayakan Wasilah Cinta Palestin di Laman Budaya baru-baru ini. Walaupun kita memberi luahan rasa pada kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin melalui seni dan cara tersendiri... Luahan ini tetap bermaya!

Laman Budaya Shah Alam membawakan anda "Wasilah Cinta Palestin"

Wasilah Cinta Palestin diadakan sebagai manifestasi mengutuk tindakan kejam rejim zionis membunuh rakyat Palestin. Sokongan berterusan dan pengharapan kepada rakyat Palestin diluahkan melalui seni persembahan yang dinamakan “Wasilah Cinta Palestin”. Program persembahan itu akan menggabungkan persembahan muzik, nyanyian, tarian, puisi dan gerak tari. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat MBSA tersebut akan diadakan di Laman Budaya pada 22 Februari ini, mulai pukul 5 petang. Ia diadakan secara percuma.

Aku Si Alif Kecil...

Image
Bapaku mati dibunuh soldadu... Ibuku mati angkara soldadu... Teman-temanku mati kerana soldadu... Akulah si alif kecil.. Dengarlah dunia... Lihatah lah aku yang tak bermaya ini.. Aku lapar.. Aku takut.. Tubuh mungilku penuh luka.... Bapa, ibu, teman2.. mana kalian? pimpinlah aku, pegang tanganku.. Aku takut melangkah.. Dunia ini ganas... Aku ingin bersama kalian.. Alam dengarlah.. aku si alif kecil Tuhan, aku si alif kecil sudah tak berdaya... Diriku hanya ada KAMU

Hatiku terusik...

Image
2.04 minit pagi... Hati ini tiba-tiba rasa rindu.. rindu yang menerjah di kerdilnya jiwa... Tanpa ditemani unggas malam dan mergastua dinihari, hanya agin malam yang kering. Rindu pada Ayahnda yang telah pulang pada pencipta... Rindu pada Bonda yang makin hari dimamah usia... Rindu pada kenangan yang mengusik jiwa... Rindu pada teman yang pernah hadir menyentuh jiwa.. Rindu pada akrab yang pernah meruntun jiwa Rindu pada masa-masa yang telah menginjak diriku ke alam dewasa Rindu pada petunjuk dari KHALIK yang ESA!!! Dingin angin yang kering sampaikan salamku pada semua.... Tubuhku rasa gigil.. Debarku makkin pantas.. Hatiku terusik lewat dinihari ini..

Owhh Januari

1 Januari Cuti umum sempena Tahun Baru 2009.. ambil kesempatan shoppping di The Curve, Butik Padini.. huh memang bez! erm tq Farid coz belanja kitaorang kat Marche.. puasla bez makan2! 6-11 Januari Bersua kembali di ruang sempit ini.... melewati bulan Januari yang penuh indah tapi ada berliku! girang bila dapat meluangkan masa bersama bonda tercinta di kampung, anak2 buah yang makin membesar. Seminggu di Teratak Tebing Tinggi, masa dihabiskan dengan rehat dan menikmati masakan bonda! TQ Bonda.. Lebih manis bila dapat berjumpa kembali rakan sekolah yang terpisah hampir 10 tahun lalu. En Zulkhairi, sekarang ni anda telah menjadi Kaunselor yang hebat dan mula mencipta nama. Tahniah! sempat kami berbicara di gerai di Pantai Sabak.... pantai yanng dihakis keganasan ombak. 12 dan seterusnya Kembali bertugas, terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Perancangan kerja, SKT, Mesyuarat Jawatankuasa, Event dan proposal… walau diri mengeluh tapi kena bijak mengendalikannya! Walau ada kekang...