Posts

Seminar Khas untuk Y.B Ahli Dewan Negeri Selangor

Seminar khas bagi Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor diadakan pada 8-10 Mei yang betempat di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri Selangor. Perasmian Seminar Khas itu dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor. Objektif seminar ini ialah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada Y.B Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor berkenaan perkara-perkara seperti Struktur Pentadbiran Negeri, Pembangunan, Undang-Undang Tubuh, Peraturan Tetap Dewan, Etiket dan Protokol, Komunikasi Berkesan, Akta Pencegah Rasuah, Zakat dan taklimat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taklimat ini disampaikan oleh mereka yang arif di dalam bidang-bidang tersebut. Sebagai Pengacara Majlis, saya melihat seminar ini mempunyai signifikasi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam melestarikan lagi tugas mereka. Saya hairan apabila Seminar Khas ini tiadak dihadiri oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dari proksi Pembangkang sedangkan ada dikalangan mereka menyatakan untuk hadir ketika dihubungi. Apa ya...

I love this book!!!

Image
A WALK TO REMEMBER (Nicholas Sparks).. l love this book very much and I has repeat a three times., hu..hu by promising that "first you will smile, and then you will cry --- don't say that you haven't been warned." A WALK TO REMEMBER is a heart wrenching account of a young, first love and the choices and steps a person will take to provide another with happiness. Devoted readers of Nicholas Sparks are already familiar with his earlier works, THE NOTEBOOK and MESSAGE IN A BOTTLE, as well as his extraordinary ability to accurately illustrate his characters and the setting around them. He finds the perfect words to describe the nature of the characters, so much so that the reader can identify with the feelings in their hearts. This book is no exception; it lets the readers explore their own feelings and memories of love. Erm.. to all my frens.. catch this book!

Catatan dari Stadium Shah Alam

Image
Malam tadi sekali lagi saya ke stadium Shah Alam. Malang buat Selangor apabila menamatkan kempen bola sepak Liga Super dengan cara paling menyedihkan apabila dibelasah 3-0 malam tadi, sekali gus menyerahkan gelaran naib juara kepada Negeri Sembilan Naza. Skuad Merah Kuning itu bukan saja gagal menduduki tangga kedua di belakang juara 2007/2008, Kedah, malah jatuh ke tangga keempat selepas dipintas oleh Johor FC, yang menundukkan Terengganu 2-1. Penyerang kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha muncul wira pasukannya apabila menjaringkan dua gol buat Negeri Sembilan pada minit ke-44 dan 70.Penyerang import dari Nigeria, Udo Fortune melengkapkan sengsara Selangor dengan menambah gol ketiga pasukan pelawat ketika saingan tinggal kira-kira beberapa minit untuk ditamatkan. Sebagai peminat bola sepak tempatan, saya melihat ramai “pemain senior” seolah-olah malas untuk berjuang dan tahap kecergasan semakin merosot! Kalau terus begitu lebih baik saja beri peluang pada yang betul-betu...

AYAT-AYAT CINTA bercerita...

Image
Menonton Filem Ayat-Ayat Cinta sangat mengujakan saya! Filem adaptasi dari novel popular yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy ditangani dengan baik. Ia mengisahkan seorang pemuda, Fahri bin Abdullah Shiddiq dari Indonesia yang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir. Fahri seorang aktivis Islam yang muda, bijak, berhemah, santun, tampan telah berjaya "mencairkan" empat hati wanita. Nurul, Noura, Maria dan Aisha seolah -olah dimantera oleh aura si Fahri! Desir pasir di padang tandus... Segar sang pemikiran hati maka terkisah Cinta yang rumit! Kerana auranya dia difitnah dan dipenjara atas tuduhan memperkosa Noura seorang gadis yang pernah diselamatkan Fahri tapi akhirnya Fahri dikhianati oleh "si betina" yang tidak mengenang budi. Semuanya kerana dendam kerana Fahri tidak membalas surat "ayat-ayat cinta" Noura! Dendam jadi kesumat apabila Fahri menikahi Aisya gadis yang dicintainya. Maria seorang gadis Kristian, jiran Fahri dalam ...

Majlis Perpisahan & Sambutan Hari Jadi

Image
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera untuk semua, terima kasih kerana terus melawat blog ini. Sekadar berkongsi cerita, hari ini Unit Pengurusan Majlis&Protokol mengadakan Majlis Perpisahan kakitangan Unit ini iaitu En Azmi Ame Hamzah yang sekarang ini telah menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Buluhmas Sdn.Bhd Majlis yang diadakan di Restoran Tasik Indah Shah Alam ini turut meraikan Pn.Yanti dan En.Fadzly sempena ulang tahun kelahiran mereka. Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera hati kepada En Azmi Ame Hamzah oleh Y.Bhg Brig Jen (B) Dato' Mohd Ariifin Yacob selaku Ketua Jabatan. "senyumlah pada dunia, pasti dunia akan senyum pada kita"

Tahniah atas kebangkitan Selangor

Semalam saya sempat menyaksikan perlawanan antara pasukan Selangor menentang Kuala Muda NAZA di Stadium Shah Alam. Rasa girang di hati apabila Selangor bangkit kembali dengan membenam pasukan lawan 4 gol jaringan berbalas 1. Kemenangan Selangor hasil jaringan Frank Seater (m-2), Safee Sali (m-19,27) dan jaringan terakhir oleh Amirulhadi Zainal pada (m-90) yang akhirnya membolehkan Selangor layak ke separuh akhir menerusi agregat 4-2. Harapan untuk Selangor semoga terus maju jaya dalam pertemuan menentang Terengganu nanti!!!

Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) DUN Selangor

Shah Alam - Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) DUN Selangor Kedua Belas berjalan lancar dengan penuh tertib. Majlis tersebut dihadiri oleh kesemua 56 Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis ini menyaksikan Y.B Teng Chang Khim dipilih sebagai Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri manakala Y.B Puan Haniza Mohamed Talha dipilih sebagai Timbalan Speaker yang mana melakar sejarah baru apabila beliau merupakan wanita pertama yang dilantik. Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Parlimen dan dif-dif kehormat yang lain. Selamat bersidang diucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan Majlis pada hari ini. Kepada Abang Ali dan Mr Palikos, bersama-sama kita majukan Unit Pengurusan Majlis dan Protokol.