Posts

AYAT-AYAT CINTA bercerita...

Image
Menonton Filem Ayat-Ayat Cinta sangat mengujakan saya! Filem adaptasi dari novel popular yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy ditangani dengan baik. Ia mengisahkan seorang pemuda, Fahri bin Abdullah Shiddiq dari Indonesia yang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir. Fahri seorang aktivis Islam yang muda, bijak, berhemah, santun, tampan telah berjaya "mencairkan" empat hati wanita. Nurul, Noura, Maria dan Aisha seolah -olah dimantera oleh aura si Fahri! Desir pasir di padang tandus... Segar sang pemikiran hati maka terkisah Cinta yang rumit! Kerana auranya dia difitnah dan dipenjara atas tuduhan memperkosa Noura seorang gadis yang pernah diselamatkan Fahri tapi akhirnya Fahri dikhianati oleh "si betina" yang tidak mengenang budi. Semuanya kerana dendam kerana Fahri tidak membalas surat "ayat-ayat cinta" Noura! Dendam jadi kesumat apabila Fahri menikahi Aisya gadis yang dicintainya. Maria seorang gadis Kristian, jiran Fahri dalam ...

Majlis Perpisahan & Sambutan Hari Jadi

Image
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera untuk semua, terima kasih kerana terus melawat blog ini. Sekadar berkongsi cerita, hari ini Unit Pengurusan Majlis&Protokol mengadakan Majlis Perpisahan kakitangan Unit ini iaitu En Azmi Ame Hamzah yang sekarang ini telah menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Buluhmas Sdn.Bhd Majlis yang diadakan di Restoran Tasik Indah Shah Alam ini turut meraikan Pn.Yanti dan En.Fadzly sempena ulang tahun kelahiran mereka. Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera hati kepada En Azmi Ame Hamzah oleh Y.Bhg Brig Jen (B) Dato' Mohd Ariifin Yacob selaku Ketua Jabatan. "senyumlah pada dunia, pasti dunia akan senyum pada kita"

Tahniah atas kebangkitan Selangor

Semalam saya sempat menyaksikan perlawanan antara pasukan Selangor menentang Kuala Muda NAZA di Stadium Shah Alam. Rasa girang di hati apabila Selangor bangkit kembali dengan membenam pasukan lawan 4 gol jaringan berbalas 1. Kemenangan Selangor hasil jaringan Frank Seater (m-2), Safee Sali (m-19,27) dan jaringan terakhir oleh Amirulhadi Zainal pada (m-90) yang akhirnya membolehkan Selangor layak ke separuh akhir menerusi agregat 4-2. Harapan untuk Selangor semoga terus maju jaya dalam pertemuan menentang Terengganu nanti!!!

Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) DUN Selangor

Shah Alam - Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) DUN Selangor Kedua Belas berjalan lancar dengan penuh tertib. Majlis tersebut dihadiri oleh kesemua 56 Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis ini menyaksikan Y.B Teng Chang Khim dipilih sebagai Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri manakala Y.B Puan Haniza Mohamed Talha dipilih sebagai Timbalan Speaker yang mana melakar sejarah baru apabila beliau merupakan wanita pertama yang dilantik. Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Parlimen dan dif-dif kehormat yang lain. Selamat bersidang diucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan Majlis pada hari ini. Kepada Abang Ali dan Mr Palikos, bersama-sama kita majukan Unit Pengurusan Majlis dan Protokol.

Sekitar Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ke Kuala Selangor

Image
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pihak (MDKS) kerana berjaya menjadi tuan rumah bagi program Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ke Kuala Selangor pada 19 April lepas. Program sehari suntuk itu adalah program yang berjaya dan boleh dibanggakan. Ahli-ahli rombongan tiba di Kuala Selangor seawal jam 10.30 pagi di Homestay Sg.Sireh dan disambut meriah. Ahli-ahli rombongan juga dijamu dengan makanan tradisi seperti kueh tradisional, nasi ambang dan lain-lain. Apa yang lebih menarik, mereka juga turut disajikan sup belut!!! Perjalanan diteruskan dengan melawat Ke Taman Alam, Bukit Melawati dan selepas itu para rombongan diberi kesempatan untuk membeli-belah hasil laut di Pasir Penambang. Walaupun terasa penat, wajah-wajah ahli-ahli rombangan tetap mengukir senyuman! Menikmati makan malam yang lazat sambil diserikan dengan persembahan tradisional, jelas terpancar kegirangan di kalangan ahli-ahli rombongan. Kemuncak lawatan ialah menaiki sampan untuk menyaksikan kelip-kelip ...

Please stop jockeying for power! Malaysian suffered!

I believed that Malaysian truly fed up with all the this back-stabbing and bickering in Umno. There is a greater issue that need to be addressed. I'm really not understand why they wasting time jockeying for power in party??? The Government should focus on running this country and ensuring good governence! We should realized the small people in Malaysia are suffering daily from price increases, inflation cannot even cope with daily expenses. Huh! how can the YB Ministers spend time playing politics and no working hard to help them ease their burden? I do hope Y.A.B Datuk Seri Abdullah doing well on running this country, but if he is to step down, Malaysian hope the transition will be smooth and orderly but in order for that, it has to be a brief transition. Last but not least, I hope Y.A.B Datuk Seri Abdullah would hand over the reins to (.....????) in the best way possible.

Angkara SANTAU...

Timbul rasa simpati bila petang semalam saya dapat tahu rakan serumah sakit tenat angkara santau. Last wex memang dia tak sihat, ingat demam biasa, lagipun dah dapat treatment kat klinik. Huh, walaupun kami memang tak rapat dan hampir 5 bulan tak bercakap tapi rasa ambil berat kepada kekawan memang lahir dari hati.. budak2 bujang masing2 ada ego sendiri.. kadang2 disebabkan sikapnya yang selalu tidak rasional mengenai banyak perkara menyebabkan semua rakan2 serumah tidak bercakap dengannya. Tak ada guna ada segenggam Ijazah kalau pembawakkan diri macam budak tak sekolah... (budak2 tak sekolah pun lebih baik sebenarnya).. Lantaran sikap yang kurang ajar, tak ada rasa hormat pada orang lain dan biadap, mungkin mengundang rasa benci pada yang lain. Saya mendapat tahu rakan ini di santau oleh orang yang berdendam dengannya. Selepas pihak Hospital gagal mengesan apakah punca penyakitnya yang datang secara tiba2 akhirnya dia dibawa berubat secara kampung oleh orang alim.. Nauzubillah... masi...